Sunday, December 16, 2007

Penggunaan otak yang optimum - siri 2


Saya menerima beberapa kiriman sms bertanya tentang strategi mengingat yang kedua. Akhirnya Berjaya juga saya siapkan strategi ini untuk dikongsi bersama. Sebelum kita teruskan, pernahkah anda mendengar cerita mat jenin? Ringkasnya sedang dia memanjat pokok kelapa, dia beangan-angan untuk menjadi kaya. Maka lahirlah ‘malay saying’ angan-angan mat jenin. Sebenarnya mat jenin adalah orang yang hebat. Silapnya ialah tidak kena pada waktunya ketika dia berangan-angan. Dia telah memikirkan perancangannya pada masa akan datang dan dia telah menggambarkan segala2nya dalam mindanya.

Teknik kedua ini bukanlah berkaitan memasang angan-angan. Tetapi ia dipanggil teknik visual atau bayangan minda. Mari kita adakan sedikit ujian. Perhatikan senarai pasangan perkataan-perkataan di bawah dalam masa 1 minit. Kemudian tanpa melihat semula, cuba anda senaraikan perkataan-perkataan tersebut bersama pasangannya.

Kucing-cawan
Rokok-anjing
Butang-kayu
Atap-angin
Daun-cermin
Batu-otak
Roda-langsat
Kawat-buku
Motor-cahaya
Padi-besi
Komputer-papan
Baju-ikan
Kerang-lori
Kasut-kapal
Basikal-kura-kura



Saya percaya sekiranya seseorang hanya membacanya tanpa menggunakan apa2 teknik mengingat yang tertentu, sudah pasti sukar baginya untuk mengingati semua pasangan perkataan di atas. Namun sekiranya kita mampu melakukan banyangan minda, kita mampu meningkatkan penggunaan otak kita secara interaktif kerana kita sebenarnya telah menggunakan otak kanan dan otak kiri. Menurut Profesor Madya Haji Ab. Fatah b. Hasan, kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan teknik ini dapar menigkatkan ingatan jangka pendeknya kepada 12% berbanding pelajar yang tidak menggunakan teknik ini. Peningkatan ini menurut beliau akan meningkatkan pula daya ingatan jangka panjang sebanyak 26%. Walau apa pun angka peratusan yang diberi, saya percaya teknik ini memang mampu membantu daya ingatan seseorang pelajar.


Sebagai contoh, pasangan perkataan-perkataan yang pelik di atas dihubungkan dengan membayangkan seekor kucing menyorok dalam cawan, atau minum menggunakan cawan dan sebagainya. Daya ingatan pelajar yang menggunakan teknik bayangan ini akan meningkat berbanding pelajar yang membaca senarai perkataan tadi secara berulang-ulang dan kuat. Peratusan daya ingatan dengan menggunakan bayangan minda ini adalah tinggi berbanding cara kedua walaupun bayangan tersebut tidak jelas.


Setakat ini dahulu. moga-moga teknik ini sedikit-sebanyak dapat membantu.

1 comments:

Anonymous said...

bagus artikel ni abg
bagus sngt