Tuesday, March 18, 2008

Selamat pengantin baru!!!

alhamdulillah saudara amin berjaya melangsungkan majlis perkahwninannya pada 9 mac lepas. tatkala orang sibuk mengunsi pd 8 mac tu, abg amin kita ni berdebar2 menanti hari esoknya pulak.hehe...


tahniah buat abg amin idris. tamat juga zaman bujang beliau. didoakan behagia selama2nya=)


haa!!! yang mengapit tu bila lagi agaknya???

Sunday, March 16, 2008

nasyid BARU kisas



sebenarnya kisas dah ada lagu dah. insyaAllah kalau saya teringat keseluruhannya, saya try tulis semula.

Sunday, March 9, 2008

Lanskap Baru Politik Negara


Sejak 8.30 malam tadi, gelombang perubahan lanskap politik negara dapat dirasai. hal ini berikutan sampainya keputusan tidak rasmi di telefon bimbit asya mengatakan beberapa orang besar n lama parti pemerintah kalah. bukan sekadar kalah mudah tetapi mempunyai beza majoriti yang agak besar. sms pertama yang saya terima menyatakan Pas menang besar di Kelantan dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tumbang pada puteri reformasi, nurul izzah dsb.

pada mulanya, saya agak terkejut juga dengan kemenangan nurul izzah. tetapi diperhatikan semula, memang boleh dijangka kemenanangan beliau di sana. kejutan kedua yang saya terima ialah apabila televisyen mengumumkan kekalahan orang lama bn i.e. Datuk Seri S Samy Vellu, menteri kerja raya.

"Samy Vellu lost the Sungai Siput parliamentary seat on his 72nd birthday, which virtually ended a long and colourful career in politics spanning more than 30 years."
(NST, 9 March 2008)

hal ini diikuti dengan jatuhnya pulau pinang kepada parti dap dan pkr. kemenangan di perak oleh barisan alternatif serta kemenangan besar di kelantan menafikan apa yang berlaku pada pilihanraya lepas. begitu juga di kedah dan beberapa kerusi dun di negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan BA.

pagi ini, 5 buah negeri berada di bawah BA iaitu, kelantan, selangor, perak, kedah dan juga pulau pinang. hal ini amat menarik minat saya. saya tidak sabar2 menanti bagaimanakah kerajaan selepas ini. pengharapan saya agar perbahasan di parlimen menjadi semakin matang dan berdasarkan fakta2 yang jelas. kehadiran pembangkang yang ramai di parlimen juga mampu menjadi agen check and balance yang efisyen agar parti majoriti yang memerintah lebih cakna pada kehendak rakyat dan rintihan rakyat.memetik kenyataan dalam NST:

"Though it had managed to secure a simple majority in parliament, the loose opposition alliance of the DAP, Pas and PKR managed to take control of Penang, Kedah, Selangor, Perak and retained Kelantan comfortably."

lebih membuatkan saya tersenyum ialah apabila bekas menteri penerangan,Datuk Seri Zainuddin Maidin, zam, turut kalah. teringat saya ketika MPPK yang lepas ketika bersama rakan2 mpp bermesyuarat dengan menteri2 dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, beliau dengan lantangnya mengutuk pandangan yang diutarakan oleh perwakilan pelajar agar perlunya satu mekanisma bagi mengawal budaya hiburan melampau di kaca telivisyen. cadangan dan saranan untuk diwujudkan program-program berbentuk pendidikan agama ataupun moral yang lebih menarik minat turut tidak direspon dengan baik. lebih memalukan ialah apabila melihat respon yang beliau berikan sewaktu al-jazeera menemu bualnya rentetan demonstrasi bersih di kuala lumpur tahun lepas. sikap kurang profesional dalam menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan sangat2 mencemar imej seorang menteri. lebih2 lagi beliau secara terus-terusan menuduh stesen televisyen berkenaan bersekongkol dengan pembangkang. alangkah malunya.

kini, komposisi di parlimen agak seimbang. pihak BA berjaya menafikan 2/3 BN di sana. seperti pengaharapan saya, saya mengharapkan perbahasan di parlimen lebih efektif dan bernas. biarlah kesemua parti yang ada di parlimen benar2 membicarakan soal pembangunan negara dan pada masa yang sama tidak melupakn rakyat. pembangunan fizikal memang nampak gah. tetapi jika jiwa rakyat tidak diisi, kebajikan rakyat hanya bermusim, tidak ada gunanya pembangunan serba mega itu. ke arah lanskap politik negara yang baru!!

Sekitar PRU 12

Alhamdulillah semalam saya dapat juga menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara dengan mengundi di kawasan kampung saya. suasana tidak semeriah di Kelantan seperti mana yang digambarkan oleh sahabat2 saya di sana. sejurus selepas maghrib, saya sudahpun bersedia di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan semasa keputusan pru-12 ini.

sms tidak henti2 saya terima dari rakan-rakan memberi keputusan tidak rasmi. tidak kurang juga yang menyampaikan maklumat2 pengalaman berjaya bersama-sama men'detect' penyelewengan dan taktik bacul pihak pemerintah dalam memastikan kemenangan masih berpihak kepada mereka. rakan saya di kelantan berjaya menahan beberapa bas yang penuh dengan 'hantu2' dari kawasan luar. antara yang berada di dalamnya termasuklah pelajar-pelajar luar, warganegara asing spt thailand dsb. di perak pula, di kuala gula, semanggol, taktik yang amat kotor turut dilaksanakan. para petugas parti yang bertanding berjaya memperoleh kertas undi palsu yang telah siap bertanda daripada pengundi-pengundi yang telah diupah oleh pihak tertentu untuk menyeludup masuk.

perkara sebegini seringkali dimomokkan oleh pihak kerajaan adalah propaganda pihak lawan yang terdesak. tetapi inilah realiti yang berlaku. rakan saya ditawarkan sehingga rm400 untuk mengundi di KELANTAN dengan menggunakan kad pengenalan orang lain. persoalannya, di manakah fungsi SPR sebenar-benarnya? bagaimana pula polis? jika terdapatnya laporan berlaku penyeludupan dakwat di selatan thailand, lantas penggunaan dakwat dibatalkan pada saat2 terakhir, mengapa perkara yang sering berulang ini (pengundi 'hantu', kertas undi palsu dsb) masih lagi tidak mampu untuk ditangani pihak spr. kehadiran undi pos yang menyelamatkan beberapa calon pada saat2 akhir turut menjadi tanda tanya. sudah benar2 teluskan sistem demokrasi negara?

sewaktu saya mengikuti satu program anjuran SUHAKAM tahun lepas, saya tertarik dengan perbandingan sistem pilihanraya yang berlaku di Indonesia dengan Malaysia. cukup satu perkara yang menarik minat saya. di Indonesia, kesemua calon yang bertanding pada pilihanraya diberi kemudahan liputan oleh media prima. mereka diberi ruang yang sama dengan parti pemerintah untuk berkongsi manifesto, berucap di kaca2 televisyen dsb. hal sebegini malangnya tidak berlaku di negara kita. benar2 demokrasikah kita?

lebih menjelikkan saya ialah mereka mengatakan mahasiswa dilarang terlibat sama dengan politik. apa yang sebenarnya berlaku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan politik pembangkang. apabila adanya mana2 mahasiswa mahupun pelajar yang didapati berada di ceramah-ceramah anjuran parti lawan kerajaan, ataupun membantu berkempen dsb, mereka ini dengan sesegera yang mungkin akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti. hal ini amat berbeza jika mahasiswa didapati bersama-sama dengan parti kerajaan walaupun secara terang-terangan. sikap double standard ini menunjukkan terdapatnya kuasa yang mengatasi undang2 negara pada masa kini. jika undang2 itu ingin diaplikasikan,maka pengaplikasian undang2 tersenut mestilah menyeluruh tanpa ada pilih kasih!!



apa2 pun yang berlaku, saya tetap mempercayai bahawa perlunya berlaku pertandingan di padang yang sama rata. mana mungkin pokok akan bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. mana mungkin kisah2 pengundi 'hantu' dan beberapa penyelewengan yang lain berlaku kalau tidak ada puncanya. ianya benar2 berlaku dan dihadapai oleh kenalan2 rapat saya yang berada di negeri2 yang 'panas'.

Munajat Tok Guru


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Saturday, March 8, 2008

8 Mac - Selamat Mengundi!!!

kepada warga Malaysia, selamat mengundi!! buat rakan2 mahasiswa, cast your vote prudently. kita turut menyumbang kepada masa depan negara!!