Sunday, October 18, 2009

Update

MasyaAllah.. Lama tidak berkesempatan untuk membelek2 blog ini. Banyak perkara yang berlaku di sekeliling yang tidak sempat untuk dicoretkan.


1. Perginya seorang sahabat UIAM

13 September 2009 lepas, saya dikhabarkan dengan pemergian sahabat dari Palestin. Beliau merupakan seorang penuntut di UIAM. Walaupun tidak mengenali secara rapat, saya perasan beliau kerana beliau turut aktif berpesatuan. Selanjutnya

2. Konvokesyen

Terima kasih atas segala-galanya:-)

Alhamdulillah, kurang lebih 10 bulan menunggu majlis konvokesyen, akhirnya saya dan rakan-rakan bertemu jua di CAC Main Hall (tempat kami mengambil peperiksaan hujung semester). Untuk kulliyyah undag-undang, kali ini giliran kami menerima ijazah daripada sultan Pahang. Tahniah kepada semua!

Tahun ini juga merupakan tahun kedua pakain baru diguna (robe baru dan mortarboard). Terasa rindu dgn pakaian konvokesyen yang lama. Walaupun robe yang lama agak tebal dan berat, tetapi apabila dipakai, akan nampak lebih kemas berbanding robe baru yang ringan. Pemakaian songkok juga menggambarkan keunikan UIAM sebelum-sebelum ini. Malah, kita berbangga apabila melihat bekas pelajar memakai songkok tersebut di mana-mana. Contohnya, imam masjid luar (bekas pelajar UIAM) memakai songkok tersebut ketika membaca khutbah jumaat dan mengimamkan jemaah. Namun kali ini ianya hanya tinggal kenangan dan sudah tiada bezanya UIAM dgn mana-mana universiti lain.

3. Kerja

Selesai konvokesyen, saya menunggu satu lagi tarikh besar dalam kerjaya saya sebagai peguam. Kami memanggilnya "long call". Ianya seperti satu majlis penerimaan masuk sebagai peguam. Sama seperti konvokesyen di universiti, cuma prosedurnya berbeza.

Setelah tamat "chambering", kerja-kerja datang bertalu-talu. Hehe.. Harap-harap saya mampu menguruskan semuanya. Alhamdulillah, pengalaman semasa bergiat dalam organisasi pelajar semenjak di bangku sekolah lagi banyak membantu saya.

4. Tahun baru

Tahun 2010 "is just around the corner". Pasti lebih banyak cabaran dan perkara besar menanti saya. InsayaAllah akan saya persiapkan diri untuk segala-galanya:-)

Semoga sahabat-sahabat saya sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi.