Saturday, November 6, 2010

7 months already :)

abg..lamenyerrrrr abg x update blog nih hehe..


we are married for 7 months already.

ups and downs in our relationship..

sweet2 sour gtu hehe..

whatever it is, hopefully we'll always be together to face anything in our life.

insyaALLAh :)


here are some of our wedd pics :)

saje nk upload.

suka tgk2 gmbr kita kawin, a very beautiful moment! :)







khutbah nikah drpd Tok Guru. berdebar2 ye abg hehe ;)



alhamdulillah :)

ini saje buat masa ni.

abg dh pggil sy utk siap2 nk g jalan2 ;)

Friday, March 26, 2010

Undangan Walimah


Assalamualaikum..

Para pembaca, rakan-rakan, diundang ke majlis resepsi perkahwinan saya di Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka pada 3 April 2010 (Sabtu).

Moga kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis walimah saya:-)

Zukhairi Salehudin
Azmi & Associates

Monday, March 1, 2010

Selamat Hari Lahir Ayah


Selamat hari lahir buat ayahanda yang saya kasihi. Saya doakan agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan:-)

Terlalu banyak dan besar jasa serta pengorbanan ayah dalam membesarkan saya. Waktu darjah 1 dulu, tiap2 pagi ayah akan berkayuh menghantar saya ke sekolah. Ayah tak pernah berkira dengan anak2:-) Alhamdulillah, ayah sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam menimba ilmu.

Ketabahan dan ketekunan ayah membuatkan saya sentiasa kagum. Walau pada usia menjangkau 63 tahun, ayah masih gigih mengembara demi berkongsi ilmu yang ada padanya dengan anak bangsa. Ayah memang seorang pendidik yang saya kagumi. Dalam ketegasan dan serius wajah ayah, terpancar kasih sayang ayah pada anak2 dan keluarga. Banyak yang saya pelajari.

Terima kasih ayah atas segala2nya. InsyaAllah tidak akan disia-siakan segala pengorbanan dan dorongan yang ayah bagi selama ini. Anakmu ini akan sedaya upaya membangga dan meggembirakan hati ayah.

Zukhairi Salehudin
Azmi & Associates

Thursday, February 25, 2010

Salam Mulidur Rasul


Berjaya juga mencuri sedikit masa hari ini sebelum sesi ceramah di ofis. Salam maulidur rasul kepada semua rakan.

Berkesempatan berkunjung ke laman2 blog rakan2 lama. Terutamanya rakan2 seperjuangan semasa di KISAS dahulu. Gembira dan duka rasanya. Alhamdulillah, sahabat2 yang berada di Al-Azhar semakin hebat. Rindu saat2 mendalami ilmu2 di KISAS.. Tahniah sahabat2 semua. Teruskan perjuangan kalian menuntut ilmu. Moga kalian bakal menjadi ulama' tersohor di dunia.

Saya? Rindu untuk menjejakkan kaki di tanah haram. Rindu untuk merasai pengalaman menadah kitab depan ulama'2 besar.. Apa2 pun, tetap saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya atas rezeki yang Dia beri kepada saya. Mungkin tawajjuh saya pada jalan ini:-)

Diriku mesti lebih baik dari semalam!!

Zukhairi Salehudin
Azmi & Associates

Tuesday, January 26, 2010

Top 20 schools


Tahniah kepada warga sekolahku, KISAS atas pengiktirafan ini. Kuasa autonomi yang diberi kepada KISAS diharap agar tidak menidakkan keharmonian dan kelangsungan tarbiah di bumi waqafan ini. Sesungguhnya inilah keunikan yang ada di KISAS yang perlu sentiasa dipertahan dan dipertingkatkan.

Sunday, November 29, 2009

BTN: Perpaduan atau sebaliknya?

Beberapa minggu kebelakangan ini, isu BTNN sibuk dibincangkan. Ada yang bersetuju bahawa BTN adalah medium perpaduan, namun ramai juga yang tidak bersetuju. Bagi saya, orang yang selayaknya menyatakan pandangan adalah mereka yang menjadi peserta kepada program WAJIB ini. Saya yakin, sudah pasti tetap akan ada perbezaan pandangan terhadap program ini lantaran perbezaan persepsi, latar belakang, corak pemikiran dsb.

Ramai yang tidak bersetuju dengan program ini rata-ratanya memusatkan hujah bahawa program ini adalah program doktrinisasi yang negatif dan bersifat perkauman. Malah, penceramah-penceramah seolah-olah berada dalam "comfort zone" memberikan ceramah kerana 100% peserta adalah bebas daripada kaum-kaum lain. Mereka yang bangkit memberikan pandangan yang kontra pula, akan mengalami pengalaman di'serang' oleh penceramah sepanjang program tersebut. Wallahu'lam.

Namun, telah terdapat ura-ura bahawa program ini akan dinilai semula oleh pihak kerajaan. Persoalannya ialah bagimanakn bentuk "nilaian" yang akan dilakukan. Bilakah ianya akan dijalankan? Apakah 'outcome' penilaian tersebut? Adakah ianya akan selari dengan konsep 1 Malaysia yang dicanang-canang oleh Perdana Menteri? Tunggu dan lihat sahaja.

[sila klik]

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lama sungguh tidak ada kesempatan untuk meng'update' blog ini. Apabila ada cuti yang betul2 cuti barulah berkesempatan untuk menjenguk blog ini=)

Selamat hari raya aidiladha kepada semua! Kita sama2 hayati sirah rasulullah dan para nabi yang terdahulu. Semoga kita sentiasa mampu menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya..

Salam ukhuwwah!

Sunday, October 18, 2009

Update

MasyaAllah.. Lama tidak berkesempatan untuk membelek2 blog ini. Banyak perkara yang berlaku di sekeliling yang tidak sempat untuk dicoretkan.


1. Perginya seorang sahabat UIAM

13 September 2009 lepas, saya dikhabarkan dengan pemergian sahabat dari Palestin. Beliau merupakan seorang penuntut di UIAM. Walaupun tidak mengenali secara rapat, saya perasan beliau kerana beliau turut aktif berpesatuan. Selanjutnya

2. Konvokesyen

Terima kasih atas segala-galanya:-)

Alhamdulillah, kurang lebih 10 bulan menunggu majlis konvokesyen, akhirnya saya dan rakan-rakan bertemu jua di CAC Main Hall (tempat kami mengambil peperiksaan hujung semester). Untuk kulliyyah undag-undang, kali ini giliran kami menerima ijazah daripada sultan Pahang. Tahniah kepada semua!

Tahun ini juga merupakan tahun kedua pakain baru diguna (robe baru dan mortarboard). Terasa rindu dgn pakaian konvokesyen yang lama. Walaupun robe yang lama agak tebal dan berat, tetapi apabila dipakai, akan nampak lebih kemas berbanding robe baru yang ringan. Pemakaian songkok juga menggambarkan keunikan UIAM sebelum-sebelum ini. Malah, kita berbangga apabila melihat bekas pelajar memakai songkok tersebut di mana-mana. Contohnya, imam masjid luar (bekas pelajar UIAM) memakai songkok tersebut ketika membaca khutbah jumaat dan mengimamkan jemaah. Namun kali ini ianya hanya tinggal kenangan dan sudah tiada bezanya UIAM dgn mana-mana universiti lain.

3. Kerja

Selesai konvokesyen, saya menunggu satu lagi tarikh besar dalam kerjaya saya sebagai peguam. Kami memanggilnya "long call". Ianya seperti satu majlis penerimaan masuk sebagai peguam. Sama seperti konvokesyen di universiti, cuma prosedurnya berbeza.

Setelah tamat "chambering", kerja-kerja datang bertalu-talu. Hehe.. Harap-harap saya mampu menguruskan semuanya. Alhamdulillah, pengalaman semasa bergiat dalam organisasi pelajar semenjak di bangku sekolah lagi banyak membantu saya.

4. Tahun baru

Tahun 2010 "is just around the corner". Pasti lebih banyak cabaran dan perkara besar menanti saya. InsayaAllah akan saya persiapkan diri untuk segala-galanya:-)

Semoga sahabat-sahabat saya sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi.

Monday, September 21, 2009

Malam Raya!!!



Malam raya kami di kampung ini meneruskan tradisi 'menghantar takbir' dari rumah ke rumah. Alhamdulillah bilangan penduduk di kawasan sini semakin ramai. Ini menyebabkan kumpulan yang diketuai ayah saya terpaksa dipecahkan kepada dua bagi mengelakkan habis lambat. tahun ini kurang lebih 12 buah rumah untuk dikunjungi pada malam raya tersebut di bawah kumpulan ayah saya. Jadi, setelah disepakati, kami berpecah kepada 2 kumpulan lagi.

Suasana ini dirasai saban tahun pada hari raya Aidilfitri dan juga hari raya Aidiladha. Kalau tidak berpecah kepada 2 kumpulan , saya yakin akan tamat dalam lingkungan 1 pagi. Bagi kebanyakan kami, kami merasakan hal ini kurang sesuai kerana semestinya tuan rumah ingin berehat dsb. Malam raya baru-baru ini kami dapat menamatkan proses hantar takbir dalam lingkungan 11 malam sahaja. Hehe.. awal la pulak.

Saya dapat tahu di kampung lama saya, satu kumpulan berkunjung ke 37 buah rumah!!! Fuh, saya tak pasti bagaimana mereka buat. Yang saya maklum rumah terakhir ialah pada pukul 2 pagi!!

Pelbagai kegembiraan dapat dirasa. Yang dewasa gembira berjumpa jiran-jiran bertukar-tukar cerita, yang kecil-kecil gembira bermain mercun bersama-sama rakan-rakan dan mengumpul duit raya (saya pun dapat juga, hehe..)

Raya kali ini ada kelainan dalam kumpulan takbir saya. Hehe.. anak sedara perempuan saya yang berumur 4 tahun sibuk ingin mengikuti. Hehe.. Jadinya, dia seorang sahajalah yang perempuan dalam kumpulan kami.

Apa-apa pun, dalam kita bergembira, jangan dilupa pada yang susah. Saya teringat rakan saya, Allahyarham Zumratullah, pada 26 Ramadhan 1430 lepas, genap setahun Allahyarham kembali ke rahmatullah. Kepada keluarga Allahyarham, saya yakin rakan saya pergi dalam keadaan baik dan moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah..

Thursday, September 17, 2009




Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat serta pengunjung blog saya:-) moga Ramadhan yang berlalu telah menjadi madrasah tarbiyyah yang terbaik untuk kita!

p/s : jemputlah menziarahi rumah saya:-)

Sunday, September 13, 2009

Masa kecederaan


Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu pada 10 ramadhan terakhir. Pada ketika inilah disarankan agar kita mempertingkatkan amalan demi memburu lailatul qadar. Pada waktu inilah mujahadah yang tinggi diperlukan.


Mengapa saya mengatakan mujahadah yang tinggi diperlukan? Secara lazimnya, pada hari-hari terakhir inilah momentum untuk beribadah sudah semakin pudar. Maka semestinya mujahadah yang tinggi itu diperlukan. Malah Rasulullah juga menerangkan betapa beruntungnya mereka yang bertemu dengan lailatul qadar; “...dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang telah lalu.” - riwayat Bukhari dan Muslim.


Maka, sama-sama kita pertingkatkan amalan kita. Moga-moga kita dipilih olehNya bertemu lailatul qadar. Kita jadikan Ramadhan ini sebagai madrasah untuk kita biasakan diri dengan amal ibadah. Moga-moga perginya Ramadhan nanti, kita sudah terbiasa untuk banyak beribadah kepadaNya:-)

Monday, August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini genap 52 tahun kita mencapai kemerdekaan. Persoalan yang sering bermain di minda saya saban tahun adalah, "adakah kita benar2 Merdeka?"

Walaupun secara fizikalnya kita boleh berbangga kita telah merdeka, namun secara minda, kita masih berat dijajah. Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin.

Amat sedih dan merisaukan melihat kepada generasi muda pada waktu ini. Saya berkesempatan pada sambutan kemerdekaan dahulu untuk bersama-sama dengan rakan-rakan saya menjalankan ops dakwah pada malam kemerdekaan di KLCC. Sememangnya saya melihat satu pemandangan yang amat menyedihkan. Budaya hedonisme semakin mencengkam generasi muda. Masjid berdekatan hanya untuk golongan skema dan ustaz-ustaz sahaja.

Zaman muda ini sememangnya zaman yang cukup mencabar. Pada masa inilah darah muda membuak-buak ingin mencuba pelbagai perkara yang menyeronokkan. Zaman muda inilah mata kita 'buta'. Buta dalam membezakan mana yang seronok untuk kebaikan kita dan orang terdekat kita dan mana yang 'seronok-seronok' sahaja. Namun beban ini tidak seharusnya diletakkan sepanuhnya kepada golongan muda. Beban ini dipikul bersama oleh semu pihak. Pihak berkuasa dengan tanggungjawab mereka mengawal unsur hiburan melampau. Orang awam bertanggungjawab saling memperingati dsb.

Kemerdekaan pada hari ini hanya sekadar cuti, konsert, pembaziran duit, sampah-sarap bersepah-sepah, mabuk, dsb. Perkara-perkara ini tidak lari daripada sambutan kemerdekaan. Apakah sebenarnya yang ingin dicapai dengan mengadakan sambutan secara besar-besaran ini? Adakah anak-anak muda hari ini benar-benar merdeka dalam erti yang sebenar-benarnya? Merdekakah jiwa mereka?

Akhirnya, hari kemerdekaan ini hanyalah sebgai hari cuti umum, tidak lebih dari itu..

Thursday, August 20, 2009

Ahlan ya Ramadhan



Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur bertemu sekali lagi dgn bulan mulia ini. Selamat berpuasa semua!!

Ahlan ya Ramadhan

"Panjatkan keampunan dalam bulan mulia ini"


Salam Ramadhan kepada semua!

Bulan penuh keberkatan

Sesungguhnya, bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh dengan barakah. Sebagai contohnya, dalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim, apabila hadirnya bulan ramadhan, maka akan terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah syaitan:


اِذََا جاَءَ رَمَضَانَُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ


Dalam bulan ini kita akan berdepan dengan musuh yang paling hampir dengan kita iaitu hawa nafsu. Manfaatkanlah sebulan berpuasa ini sebagai medan mendidik dan melenturkan hawa nafsu kita. Moga-moga, tamatnya Ramadhan, kita mampu menjadi hambaNya yang soleh!

Pertingkatkan Amalan

Bukanlah hanya pada bulan ini sahaja perlu untuk kita pertingkatkan amalan. Namun, mari ktia sama-sama menjadikan bulan ini sebagai permulaan kita meningkatkan amal ibadah kita. Moga-moga bulan ini mampu menjadi latihan kepada diri kita supaya kita terbiasa untuk sentiasa mempertingkat amal ibadat pada masa-masa akan datang. Amat rugilah bagi sesiapa yang membiarkan Ramadhan ini berlalu pergi begitu sahaja.

Puasa bukan hanya menehan diri dari lapar dan dahaga, tetapi puasa itu amat luas konotasinya. Sekiranya kita hanya mampu untuk menhan diri dari lapar dan dahaga sahaja, maka itu hanyalah puasa awam. Puasa ini merangkumi pelbagai aspek. Kata kunci utama adalah menahan diri dari sebarang perkara yang membatalkan puasa dan merosakkan pahala puasa. Maka, renung-renungkan kerja buat kita seharian:-)

Membentuk "self control"


Tidak boleh tidak, puasa ini adalah asas kepada kita mendidik diri kita supaya punyai kawalan diri yang tinggi. Bak kata abu saif (ustaz Hasrizal) ketika menyampaikan pengisian di firma kami, puasa melatih diri untuk menekan butang "pause". Dalam bulan ini, bukan sahaja kita mengawal nafsu makan dan minum kita, malah kita mendidik diri supaya mengawal diri daripada perkara-perkara lain yang mampu merosakkan pahala puasa kita.

Sebagai contoh, entah mengapa, fenomena yang acapkali berlaku ialah, dalam bualan puasa inilah orang cepat melenting. Maka puasa juga mampu mendidik kita agar mengawal amarah diri ini. Jika sesorang itu diprovokasi sehingga menaikkan amarahnya, seharusnya dia bersabar dan mengawal dirinya dan hanya berkata "Inni soim" (Sesungguhnya aku berpuasa). Dalam hadith di bawah ini, seseungguhnya kekuatan individu itu bukanlah diukur dengan kekuatan fizikalnya mengalahkan musuh, tetapi kekuatan dirinya mengawal kemarahan.

لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالسُّرْعَةِ وَاِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.



Madrasah tarbiyyah yang terbaik

Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, moga-moga kita mampu menjadi hamba Allah yang lebih baik, insyaAllah.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.



Wednesday, August 19, 2009

KISAS adalah universiti? Bukan la..

Musykil saya membaca berita ini. Sejak bila Kolej Islam Sultan Alam Shah (my secondary school) ni tawarkan diploma or ijazah?

Diharapkan agar sidang redaksi akhbar KOSMO sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang berita.

Thursday, August 13, 2009

Alfatihah: Ustaz Asri


Mari kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 11 pgi tadi. Sesungguhnya banyak jasa beliau dalam dunia dakwah terutamanya melalui seni hiburan nasyid. Moga dunia ini tidak kering daripada pendakwah-pendakwah muda yang meneruskan gerak kerja dakwah ini. insyaAllah!!

Sunday, August 9, 2009

Awlawiyyat : Keutamaan

Buatlah pilihan dengan bijaksana

Beberapa minggu yang lepas, ada sahabat saya bertanya pendapat saya antara pembelajaran (study) dengan jemaah/persatuan kampus, mana yang perlu diutamakan. Persoalan ini sememangnya biasa saya temui dan sesungguhnya persoalan ini bersifat subjektif. Bagi saya tidak ada satu jawapan mutlak terhadap persoalan ini. Jawapannya bergantung sepenuhnya pada pembacaan keadaan semasa dengan berlandaskan kaedah-kaedah fiqh. Kemudian, perlunya pilihan dibuat dengan bijaksana.

Fiqh Awlawiyyat


Apa yang dapat difahami adalah meletakkan sesuatu pada tangga peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan yang adil. Secara kasarnya ialah mendahulukan perkara yang penting berbanding yang kurang penting. Perkara yang wajib mestilah didahulukan berbanding perkara yang tidak wajib. Perkara berkaitan awlawiyyat ini boleh dikaji dengan meneliti ayat-ayat al-Quran dan juga hadith-hadith nabi, Sebagai contohnya, Rasulullah bersabda, "Berdiri di medan jihad sehari semalam, lebih utama ganjarannya daripada puasa dan qiyamullail sebulan lamanya".

Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Muwazzanat

Harus diingati bahawa, dalam menentukan keutamaan, pertimbangan juga harus diambilkira. Perbandingan di sini bermaksud menilai seuatu perkara dengan membandingkan pelbagai kemaslahatan atau manfaat dan juga keburukan. Dalam pertimbangan maslahah ini, para ulama' usul mengklasifikasikan maslahah kepada tiga bahagian (i) daruriyyah (yang paling penting), (ii) hajjiyyah (yang diperlukan) dan (iii) tahsiniyyah (pelengkap).

Beberapa panduan dalam mengutamakan maslahah adalah seperti berikut:
1. kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil
2. kemaslahatan jamaah (ramai) ke atas kemaslahatan individu
3. kemaslahatan yang kekal ke atas kemaslahatan yang sementara
4. kemaslahatan yang asasi ke atas kemaslahatan sampingan

Jemaah vs Study

Berbalik kepada persoalan ini, jika ingin dihurai dengan lebih terperinci, boleh diadakan satu slot ceramah(hehe..) Cukup saya menyentuh secara 'general' dan pandangan ini bersifat peribadi.

Haruslah sesorang itu mengambilkira kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh Islam dalam menjawab persoalan ini. Jemaah/persatuan itu penting namun ianya tidak bermaksud 'study' tidak penting. Kedua-duanya penting kerana (i) perlunya sekumpulan manusia yang melakukan gerak kerja dakwah sepertimana yang disarankan dalam banyak ayat al-Quran dan hadith rasulullah. (ii) perlunya pembelajaran kerana ianya dituntut oleh agama agar Muslim sentiasa menimba ilmu. Kedua-duanya sama penting.

Belajar boleh di mana-mana sahaja

Pertimbangan perlu dilakukan dengan bijak. Memberi fokus melampau terhadap pembelajaran sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam jemaah/persatuan, pada pendapat saya, adalah tidak kena. Begitu juga sekiranya fokus diberikan kepada jemaah/persatuan tanpa menitik-beratkan kepada akademik, turut salah bagi saya.

Jadi macam mana? Imam Hassan al-Banna mengatakan "tanggungjawab melebihi masa yang ada" Ini merupakan sesuatu yang boleh diterima. Maka bergantung kepada kebijaksanaan kita mencatur perjalanan hidup kita. Keseimbangan perlu ada antara kedua-dua tanggungjawab ini.

Kebijaksanaan mencatur

Dalam permainan catur, strategi paling penting. Di sini kita membuat pilihan mana yang perlu digerakkan dahulu, mana yang tidak, mana yang perlu dikorbankan dan mana yang penting untuk disimpan dan sebagainya. Begitu juga dalam soal ini.

Institusi jemaah/persatuan perlu bijak mencatur ahli-ahlinya menjalankan tanggungjawab dalam gerak kerja dakwah. Ahli-ahli pula perlu ada rasa tanggungjawab melaksanankan amanah yang telah diberikan. Acapkali berlaku bebanan tanggungjawab. Hal ini saya dapati berpunca daripada (i) kesilapan jemaah/persatuan mencatur strategi mengikut keupayaan ahli-ahli yang ada (ii) sifat/sikap segelintir ahli yang meninggalkan amanah sehingga orang lain yang terpaksa menampung (iii) individu yang gagal mengurus masa kehidupan seharian.

Individu juga berperanan untuk mengatur kehidupan seharian dengan bijak. Disiplin sangat penting dalam kehidupan. Fokus yang tinggi perlu diberi semasa sesi pembelajaran kerana (i) berkat daripada guru/pensyarah, (ii) mudah memahami pelajaran ketika guru/pensyarah masih ada di depan mata (iii) menjimatkan masa untuk mengulangkaji semula pembelajaran di dalam kelas. Soal pengurusan masa inilah yang selalu diabaikan oleh individu.

Kadang-kadang, percaturan jemaah/persatuan itu sangat baik, namun disebabkan kurangnya disiplin individu terhadap kehidupannya seharian menyebabkan pelbagai masalah timbul baik untuk dirinya sendiri mahupun kepada jemaah/persatuan.

Komunikasi sesama ahli jemaah/persatuan juga penting. Hal ini bagi mengelakkan tugasan diagihkan secara tidak adil (tidak meletakkan sesuatu di tempatnya). Contohnya seseorang itu akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya, sebijaknya dia dilepaskan untuk membuat ulangkaji terakhir daripada disibukkan dengan gerak kerja lain. Maka rancang dan buatlah pilihan dengan bijaksana. (wallahua'lam)

Akademi Zakat Selangor 3


Kali ini kami Global Genius Consultant ("GGC") sekali lagi kembali ke Hulu Langat bagi menganjurkan program Bijak Belajar yang ketiga. Walaupun bilangan peserta yang hadir kali ini lebih kecil daripada program sebelum ini, namun mereka tetap hebat dan "happening"!

Kali ini GGC turut disertai En Amin Idris selaku trainer berpengalaman. Jadi, kebanyakan slot dikendalikan oleh beliau;) Malah, En Ahmad Fadzly juga sempat meluangkan masa untuk berkongsi input dengan para peserta kali ini. Sememangnya mereka adalah trainer yang sangat berpengalaman. (kene banyak menuntut nih)

Saya sempat berkongsi dengan para peserta beberapa syarat asas untuk menimba ilmu:

Hubungan dengan Allah

Perlu disedari bahawa Allah adalah pemberi segala-galanya. Biar kuat mana pun usaha kita lakukan, tetapi hubungan kita dengan Allah tidak terjaga, belum tentu kejayaan itu akan datang kepada kita. Imam Waqi' berpesan kepada anak muridnya, Imam Syafi'ie, bahawasanya ilmu itu adalah Nur (cahaya), dan cahaya ini tidak akan masuk ke dalam hati manusia yang banyak melakukan maksiat. Maka dalam saat-saat terakhir ini, pertingkatkanlah amalan dan hubungan kita dengan Allah.

Hubungan sesama manusia

Sesungguhnya hamba Allah itu adalah mereka yang berjalan di muka bumi Allah ini dalam keadaan rendah diri. Hubungan sesama manusia juga amat penting. Terutamanya akhlak kita kepada ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa berjasa besar dalam menjaga dan membesarkan kita. Guru-guru pula dimuliakan kerana ilmu mereka dan jasa mereka mencurahkan ilmu kepada kita. Mereka ini penting kerana mereka adalah asbab kepada kita mengenal dunia dan berpendidikan:)

Hormati Ilmu


Perkara ini amat kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang dapat dilihat buku-buku dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai, dipijak-pijak dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi, kadang-kadang ada antara buku-buku atau nota-nota ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran. Beradablah dengan ilmu kerana ilmu inilah yang membezakan kita dengan orang lain.

Tahniah kepada adik Shukri kerana terpilih sebagai pemenang hadiah istimewa daripada GGC. Kepada yang lain, tahniah juga kerana berjaya menghadirkan diri dan menjalani ke program ini. Andan sememangnya layank untuk mengecapi kejayaan!

Akademi Zakat Selangor 2 (24-26 Julai 2009)

MasyaAllah.. Lama sungguh saya tak update blog ini. Tidak berkesempatan untuk mencuri-curi masa mengemaskini. Banyak pengalaman baru yang saya tempuhi dalam perjalanan mentafsir kehidupan dunia ini.

Hulu Langat
Sesudah berprogram di Shah Alam, kali ini saya bersama-sama Hariri dan Hafiz (zaujah turut serta) berpadu tenaga dan fikiran menjayakan satu lagi program Akademi Zakat Selangor di bawah payung Global Genius Consultant. Kali ini kami beralih angin. daripada tengah-tengah bandar Shah Alam, kami berhijrah ke kawasan peranginan di Hulu Langat pula. Kekuatan peserta kali ini adalah seramai 40 orang kesemuanya. Mereka terdiri daripada calon-calon SPM 2009.

Motivasi dan Teknik Belajar

Alhamdulillah saya juga turut berkesempatan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan. Di samping menyampaikan modul Pusat Zakat, saya selitkan juga modul-modul seronok belajar daripada Global Genius Consultant. Kami percaya bahawa pembelajaran seharusnya dijalani dalam keadaan seronok. Soalnya, apakah teknik-teknik yang mampu merubah sesi pembelajaran kepada satu sesi yang menyeronokkan. Alhamdulillah, respon yang diberi amat memberansangkan:)

Tetapkan Sasaran anda!

Secara asasnya, kami menekankan perlunya bagi para peserta meletakkan sasaran yang jelas. Sememangnya banyak pakar motivasi memberi tips yang sama. Maka, sasaran sangat memainkan peranan yang penting kerana sasaran membuatkan diri kita terpandu untuk mencapai sesuatu. Bukan sahaja sasaran berbentuk kecemerlangan dalam SPM, malah sasaran ini perlu melangkaui akademik dengan mengambilkira kehidupan secara menyeluruh.

Hargailah Nikmat

Ada yang diberi kelapangan dalam kehidupan ini oleh Allah. Ada yang hidup dalam keadaan kesempitan yang teramat-sangat. Saya berbisik dengan rakan saya, Hariri, bahawa para peserta ini amat beruntung kerana mendapat bantuan daripada pusat zakat. Maka perlulah sentiasa beringat dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan:) Kelapangan yang dikecapi ini mungkin bila-bila masa sahaja akan ditarik. Pasti berlaku kesukaran umpama insan celik yang ditarik nikmat penglihatannya.
Buatlah keputusan

Segala teknik telah dikongsi. Pendedahan demi pendedahan telah dipaparkan. Pintu sudah dibuka, hanya diri sendiri yang berhak membuat keputusan untuk melangkah masuk melalui pintu tersebut. Maka adik-adik peserta, buatlah keputusan sekarang untuk menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. InsyaAllah berkat usaha dan doa padaNya, anda semua mampu mengecap kejayaan yang diinginkan.

Tuesday, July 21, 2009

Sematkan azam, buatlah keputusan

Big boss berkongsi kepakaran
Alhamdulillah, saya diberi peluang bersama-sama rakan saya, Hariri untuk membantu program kecemerlangan akademik Asnaf Selangor hujung miggu lepas. Terima kasih kepada En Ahmad Fadzli Yusof, Global Genius Consultant, atas peluang dan ruang yang diberi.

Go Man United!!


Saya bersama-sama saudara Hariri bertindak sebagai fasilitator gandingan mengendalikan beberapa slot utama:) Saudara Hariri sememangnya mantap! hehe..

Kehidupan tanpa matlamat ibarat daun yang ditiup angin. Peri pentingnya matlamat adalah bagi mempastikan perjalanan hidup sentiasa terpandu. Matlamat dalam pelajaran, kehidupan, pekerjaan dan tidak boleh tidak, matlamat akhir di hari akhirat kelak.
InsyaAllah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya


Namun, walaupun ada matlamat yang jelas, manusia sering terlupa. Bak kata Imam Ghazali, dunia ini ibarat pentas lakonan. Para pelakonnya adalah manusia memainkan watak sebagai pengembara. Pengembara ini sedang mengembara di atas jambatan dan ia mengembara dalam keadaan terlupa hala tujunya. Inilah sifat manusia yang pelupa.

Tahniah kepada peserta-peserta yang begitu 'happening'! Kami optimis dengan kemampuan diri anda. Kami yakin jauh di sudut hati anda, anda ingin menjadi insan yang jauh lebih baik daripada diri anda hari ini:)

Peserta terbaik!!!

Sunday, July 12, 2009

Tips Hilangkan Mengantuk


assalamualikum abg hairi..
sye nie one of eldaterrians! 1st of all, thanx 4 da motivation that RK gave to eld.. nk minx some helps from u.. HOW TO NOT GET SLEEPY IN CLASS?? slain drpd tido awl???! thanx!~

Respon saya (dengan sedikit 'modifications'):

1.TIDUR MENCUKUPI; bukan kurang tidur dan bukan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, Osman Affan, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam bermula pada pukul 10-11 malam dan bangun di awal pagi untuk bersiap-siap untuk solat subuh dan sebagainya.

2. TIDUR YANG BERKUALITI; ramai antara kita yang tidur mencukupi tetapi tidur kita bukannya tidur yang berkualiti. TIdur yang berkualiti beerti kita merehatkan diri kita sepenuhnya. Bagaimana ye? Antara perkara yang menyumbang kepada tidur yang berkualiti adalah suasana. Pastikan suasana bilik kita gelap dan tiada bunyi-bunyi yang boleh menggangu tidur kita.

3. PERMAINAN OTAK; semasa saya di universiti dahulu, saya membiasakan diri melelapkan mata dan mula melakukan permainan otak. Antara perkara yang saya lakukan ialah saya mengira nombor 1-10 dan 10-1 semula dengan membayangkan nombor-nombor tersebut dalam bentuk. Saya melakukan perkara ini berulang-ulang. Perkara ini adalah untuk mengoptimumkan tahap penggunaan otak. Ulangi perkara ini sehingga tidur.

4. MINAT; hadith pertama dalam buku hadith 40 susunan Imam Nawawi adalah berkaitan niat. Niat ini amat penting dalam kehidupan seharian kerana dengan niat yang betul dan positif, akan melahirkan tindak-tanduk yang positif. Sentiasa berbisik pada diri sendiri, "Hari ini aku akan belajar benda yang baru dan menarik!"atau apa-apa yang mampu menaikkan semangat kita belajar. Minat tidak datang sendiri tetapi ditanam dengan niat yang betul, insyaAllah.

5. BACAAN SEBELUM KELAS; antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.

6. SENAMAN RINGAN; rakan saya berkongsi dengan saya petua beliau. Beliau selalunya selepas Subuh melakukan senaman ringan dengan ber'jogging' ataupun berjalan-jalan untuk mendapatkan udara yang segar. Pastikan senaman ini adalah senaman ringan sahaja. InsyaAllah mampu membantu menyegarkan diri:)

7. POSISI; pilih tempat yang paling hampir dengan cikgu/pensyarah. Ada beberapa sebab, menimbulkan rasa segan untuk tidur, suara cikgu/pensyarah lebih jelas didengari, mungkin cikgu/pensyarah lebih mudah menegur kita sekiranya tertidur dll.

8. AKTIF; ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalulah bertanya atau memberi pandangan dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah tidak akan mengantuk kerana otak kita sentiasa digunakan secara kreatif dan aktif.

Di atas adalah antara perkara-perkara yang mungkin boleh membantu. Saya pun kadang-kadang turut rasa mengantuk dalam kelas. Jika saya tidak tahan sangat, di waktu kosong, saya akan tidur sebentar di surau;) Selamat mencuba!:)

Tuesday, July 7, 2009

Dock Brief

It is my third time doing my dock brief. I was shocked because there were only 4 cases with 5 "OKT". All of them asked me to do the mitigation for them. I was shocked because during my 2nd dock brief, there were almost 20 cases to mitigate within a day. Be that as it may, I was the last person to report back at the legal aid room. haha... Anyway, it was a nice experience:)

p/s : tak lama lagi dah nak habis chambering dah.doakan saya!!:)

Monday, July 6, 2009

Kem Kecemerlangan STPM/STAM KISAS


Peserta-peserta muslimeen f6 yang hebat!


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dipilih oleh Allah untuk kembali ke sekolah yang mengenalkan saya kepada proses tarbiah iaitu KISAS. Kali ini, saya dijemput oleh abg Syaari bagi membantu beliau menjayakan kem kecemerlangan STPM/STAM.


Alamak, apa benda plak yang aku langgar nih?


Rasa rindu pada suasana yang terjaga di bumi waqafan terubat. Memang telah lama memasang niat untuk kembali ke KISAS. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya kembali juga akhirnya. Syukur juga saya panjatkan kepada ALlah kerana saya berkesempatan untuk menunaikan solat secara berjemaah di musalla Saidina Ali. Teringat zaman ketika saya bergelar pelajar di KISAS. Terubat juga rindu saya selama ini:) Bersih muka adik-adik KISAS di musalla. Alhamdulillah, musalla tersebut masih lagi seperti dahulu, disuburkan dengan majlis-majlis ilmu, bacaan-bacaan al-Quran dsb.


Ha, buat ape tu abg Syaari?



Banyak juga perubahan dari segi fizikal yang saya lihat. Saya terkejut apabila dibawa melawat ke dewan kuliah. Dewan kuliah yang satu ketika dahulu hanya bermeja dan berkerusi yang diperbuat daripada kayu, kini telah berubah wajah setaraf dengan dewan-dewan kuliah di universiti. Malah saya kira jauh lebih baik. Untungnya pelajar-pelajar KISAS sekarang. Saya berbisik kepada junior saya, "tidak ada alasan untuk mereka tidak berjaya".

Sesi forum: perkongsian pengalaman


Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat terutamanya Cikgu Jamaliah dan Ustazah Rashidah Noor yang sanggup meluangkan masa hujung minggu mereka untuk bersama-sama kami menjalankan program ini. Terima kasih juga kepada Ustazah Nik Hazifah, ustazah yang mendidik saya dengan ilmu Quran dan Sunnah, ayat dan hadith ketika di KISAS, kerana saya difahamkan belaiulah yang menimbulkan idea untuk dilaksanakan kem ini.

Kumpulan TERBAIK keseluruhan. Tengoklah fasi depa;p

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada abg. Syaari kerana sudi menjemput saya untuk turut serta dalam program ini. Abg Syaari sememangnya hebat. Lebih2 lagi dibantu oleh zaujah kesayangan beliau (cewaah!) Shukran jazilan

Opps!! Eh kereta sapa yang kat belakang tu?


Imam Ghazali pernah berpesan, mengembaralah kamu mencari ilmu, kerana Singa yang lapar tidak akan kenyang jika tidak keluar dari gua, air yang bertakung akan berbau busuk sekiranya tidak mengalir dan anak panah tidak akan bermandi darah sekiranya tidak dilepaskan dari busur.

Maka adik-adik tingkatan 6 semua, segala ilmu, teori dan tips telah dibentangkan. Tinggal anda untuk melakukan langkah pertama menuju kejayaan. Moga kejayaan sentiasa mendampingi kalian.

Eldaterra : Straight A's

En Amin menyampaikan ceramah

MasyaAllah, lamanya niat di hati nak update blog ni. Setelah berminggu-minggu ketiadaan masa yang sesuai untuk menulis, alhamdulillah dapat juga saya curi masa sedikit hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada RK Training terutamanya Abg. Amin kerana sudi mengajak saya dan rakan serumah saya, Hariri untuk berprogram bersama Eldaterra (SSP Cyberjaya). Seperti yang saya jangkakan, sememangnya pelajar-pelajar SSP 'happening', aktif, tidak mudah mengaku kalah dan bijak untuk saling menghormati.

Seperti biasa, tugas ice-breaking diberikan kepada saya. Saya memutuskan untuk menggunakan ice-breaking yang simple dan mudah. Maklumlah, pelajar-pelajar SSP semuanya mmg mantap dan 'happening' dah. hehe.. Terima kasih kepada Hariri yang turut membantu saya menghidupkan suasana dan menjadi 'stand' mikrofon. (hehe..)

Wah!! Berjalan berpegangan tangan lah!

Dalam banyak aktiviti yang dijalankan, saya teringat kembali saat saya di Kolej Islam dahulu. Kemanisan ukhuwwah memang terasa kerana susah dan senang kami lalui secara bersama sebagai satu batch. 3 peringkat ukhuwwah yang diajar dahulu: (i) husnuszon (bersangka baik), (ii) salamatus sadri (berlapang dada), (iii) ithar (melebihkan sahabat lain dari diri sendiri).

Saya kagum dengan seorang peserta yang sanggup sujud dan membenarkan rakan-rakannya berdiri di atas badannya semata-mata untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan. Scary juga saya melihatnya.


Relaku berkorban demi sahabatku tersayang.


Wah! Macam tugu negara!

Walau apa pun, terima kasih atas memori indah bersama anda semua. Didoakan moga anda semua beroleh kejayaan ayng diimpikan, insyaAllah.



"carilah helah untuk berkawan, jangan cari alasan untuk bermusuh"

Tuesday, June 30, 2009

Not Feeling Well

Dear friends, not feeling well today. shivering from morning till now. er, lot to share, but yet to get time to write. To Eldaterra, I'll definitely write something later, insyaAllah.