Dalam pengetahuan saya, sekarang telah bermula pepriksaan akhir semester bagi UIAM. Beberapa rakan dan juga junior saya menghubungi bertanyakan pendapat untuk chambering. Saya sedari saya bukanlah punyai pengalaman yang banyak dalam hal ini. Tetapi saya bantu sekadar yang termampu.
Pada semester terakhir saya, saya pernah meminta pendapat seorang pensyarah Professional Practice saya antara membuat chambering atau terus terjun ke alam korporat (in-house counsel) atau terus menyambung belajar (sangat berkobar-kobar nak sambung belajar sebenarnya). Nasihat yang saya peroleh ialah lalui chambering dahulu. Alasan yang diberi adalah cukup mudah. Pertama ialah berkaitan pendedahan awal dan proses untuk menimba pengalaman. Kedua, perbezaan kedudukan antara lepasan universiti dengan lepasan chambering.
Saya tekad melakukan chambering walaupun pada asalnya hati membuak-buak untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga pensyarah saya yang mencadangkan agar saya lalui chambering dahulu sebelum menyambung belajar kerana mempunyai kelebihan mengasimilasikan antara teori dengan praktikal. Maka, segala tindakan dan perancangan saya atur menjelang peperiksaan akhir semester saya yang lepas termasuk mendapatkan senarai firma di sekitar Kuala Lumpur.
Kepada yang berkeinginan untuk meneruskan pembelajaran, ada kelebihan dan kekurangannay juga meniggalkan sebentar alam pembelajaran. Tetapi, bagi saya ianya sesuatu yang subjektif kerana lain orang, lain sifatnya. Ada yang berkurangan momentumnya untuk sambung belajar apabila sudah menceburi alam pekerjaan. Tetapi, ada juga yang tidak.
Ada yang menasihati agar jangan pergi ke firma-firma guaman yang besar kerana kemungkinan tidak akan banyak belajar. Wallahua’lam. Saya tak dapat nak komen perkara ini. Kepada sahabat-sahabat yang brkeinginan untuk melalui chambering ini, saya sarankan agar bersedia dari segala sudut kerana sesungguhnya apa yang kita pelajari di alam universiti hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang kita tempuhi semasa chambering. Malah, perlu juga persiapkan diri untuk sedia pulang lewat dari tempat kerja, bekerja pada hujung minggu dsb.
Walau apa pun pilihan sahabat-sahabat, pastikan diri anda thabat dgn pilihan tersebut. Apabila kita telah berazam, maka bertawakkal pada AllahJ Semoga kalian cemerlang dalam peperiksaan kalian!!!