Sunday, December 23, 2007

Pesanan Imam Al-Ghazali

Setiap pagi hari, sesudah melakukan solat subuh, seharusnya kita meluangkan waktu dan hati barang sesaat untuk membuat perjanjian dengan diri, seperti juga seorang saudagar membuat perjanjian dengan seorang rakan yang akan memperdagangkan barangnya. seraya akan mengosongkan kedainya sebentar daripada pembeli.

kita tegaskan kepada diri: wahai diri, barang daganganku hanyalah umurku ini. bila dia habis, maka habis pulalah modalku, dan aku tidak boleh lagi berdagang maupun mencari laba (keuntungan). sekarang hari yang baru telah diberi tuhan kepadaku dan tuhan telah berkenan mengundurkan ajalku. kalaulah Dia mewafatkan aku, tentu aku akan mengangankan untuk dikembalikan ke dunia walaupun satu hari sahaja agar aku dapat beramal soleh. wahai diri, janganlah disia-siakan hari yang sehari ini!! setiap tarikan nafas adalah satu permata yang tiada ternilai harganya."


ihya' ulumuddin

perumpamaan yang diguna oleh imam al-Ghazali amat bertepatan sekali berkaitan umur kita. ibaratkan diri kita sebagai seorang saudagar ataupun businessman la, nescaya dalam kotak pemikiran kita akan memikirkan keuntungan. sama jugalah kehidupan kita.

teringat di waktu sekolah menengah dahulu, perumpamaan yang slalu dibawa oleh muzakkir ; jikalah pahala yang diberi atas amalan-amalan soleh ini dijelmakan dalam bentuk wang, cntohnya sekali berzikir akan jatuh depan mata rm10, maka ramailah yang akan berlumba2 membuat kebaikan. begitu juga kiranya balasan terhadap mungkar diberi on the dot umpama perangkap lalat di kedai (yang lampu warna biru), nescaya ramai meninggalkan mungkar. tetapi semua itu tidak dizahirkan untuk menguji keimanan kita kepadaNya. hakikatnya, seperti yang kita percayai, setiap amal yang dilakukan, pasti ada ganjaran-Nya.

Saturday, December 22, 2007

Zaman muda;-)



Zaman skolah dulu.. haha, rindu those days. mana la rakan2 yang bersama2 dalam video ni sekarang yer?? yang tau mudzil adalah ex-ydp mpputp.. congrats!!!

Friday, December 21, 2007

Nasyid best!!



ya Allah, hati-hati ini begitu gelap dari nur iman.. bantulah kami meredahi kehidupan duniawi yang penuh pancaroba ini.




ya Allah jangan lah biarkan kami terlalu leka dengan tipu daya dunia ini..

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Qurban

belas ihsan ibnuishak.blogspot.com
Kehadiran eidul adha perlu memberi signifikan dan kesan dalam diri kita sebagai pejuang dan penyambung dakwah Rasulullah s.a.w. teringat saya kepada satu teka-teki yang dilontarkan oleh ustaz saya semasa zaman persekolahan dahulu. soalannya berbunyi siapakah orang paling popular di dunia? kami yang pada ketika itu menjawab dengan pelbagai nama kerana menganggap ustaz tersebut hanya ingin bergurau. akhirnya ustaz tersebut memberitahu 2 nama iaitu nabi Ibrahim a.s. dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Alasannya? kerana kedua-dua nama ini pasti tidak lekang daripada bibir umat islam paling kurang 5 kali sehari. (solat la)


kehadiran eidul adha menyingkap peristiwa bersejarah nabi Ibrahim a.s. bersama anak kesayangan baginda nabi Ismail a.s. Nabi Ismail merupakan anak nabi Ibrahim bersama Siti Hajar. Keimanan pada-Nya dan kasih sayang seorang bapa diuji oleh Allah dengan perintah untuk menyembelih nabi Ismail a.s. berdasarkan firman-Nya dalam surah as-shaffat : 101-111. secara ringkasnya, ayat ini menceritakan keadaan di mana nabi Ibrahim a.s. berkata kepada nabi Ismail bahawa baginda telah bermimpi agar menyembelih nabi Ismail dan bertanyakan pendapat anak kesayangan-Nya itu. maka balas nabi Ishak a.s. agar bapanya mengerjakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadanya. maka di sinilah Allah s.w.t. telah menunjukkan kebesaran-Nya. anaknya nabi Ismail telah ditukarkan oleh-Nya dengan seekor biri-biri.


daripada kisah yang ringkas ini, dapat kita saksikan kebesaran Allah dan ketaatan hambanya dalam melaksanakan perintah-Nya. antara dua kasih, nabi Ibrahim dan anaknya meletakkan kasih kepada Allah lebih utama dalam kehidupan.


bersempena eidul adha ini, mari kita sama-sama koreksi diri kita, sejauh mana kita meletakkan pengorbanan kita demi agama ini, sejauh manakah kasih kita pada-Nya, bnyak manakah yang telah kita sumbangkan demi agama ini. saya cukup yakin jika dibuat kajian tentang sejarah qurban ini, pasti ramai golongan muda gagal menceritakan kisah nabi Ibrahim dan anaknya ini. maka, uidul adha hanya berlalu begitu sahaja. umpama hari-hari perayaan biasa bagi umat Islam tanpa penghayatan yang sebenar. walaupun mungkin ada disebut dalam khutbah selepas solat sunat, tetapi sejauh manakah ia mampu menusuk hati-hati umat islam yang kian gelap ini.

Sunday, December 16, 2007

Penggunaan otak yang optimum - siri 2


Saya menerima beberapa kiriman sms bertanya tentang strategi mengingat yang kedua. Akhirnya Berjaya juga saya siapkan strategi ini untuk dikongsi bersama. Sebelum kita teruskan, pernahkah anda mendengar cerita mat jenin? Ringkasnya sedang dia memanjat pokok kelapa, dia beangan-angan untuk menjadi kaya. Maka lahirlah ‘malay saying’ angan-angan mat jenin. Sebenarnya mat jenin adalah orang yang hebat. Silapnya ialah tidak kena pada waktunya ketika dia berangan-angan. Dia telah memikirkan perancangannya pada masa akan datang dan dia telah menggambarkan segala2nya dalam mindanya.

Teknik kedua ini bukanlah berkaitan memasang angan-angan. Tetapi ia dipanggil teknik visual atau bayangan minda. Mari kita adakan sedikit ujian. Perhatikan senarai pasangan perkataan-perkataan di bawah dalam masa 1 minit. Kemudian tanpa melihat semula, cuba anda senaraikan perkataan-perkataan tersebut bersama pasangannya.

Kucing-cawan
Rokok-anjing
Butang-kayu
Atap-angin
Daun-cermin
Batu-otak
Roda-langsat
Kawat-buku
Motor-cahaya
Padi-besi
Komputer-papan
Baju-ikan
Kerang-lori
Kasut-kapal
Basikal-kura-kura



Saya percaya sekiranya seseorang hanya membacanya tanpa menggunakan apa2 teknik mengingat yang tertentu, sudah pasti sukar baginya untuk mengingati semua pasangan perkataan di atas. Namun sekiranya kita mampu melakukan banyangan minda, kita mampu meningkatkan penggunaan otak kita secara interaktif kerana kita sebenarnya telah menggunakan otak kanan dan otak kiri. Menurut Profesor Madya Haji Ab. Fatah b. Hasan, kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan teknik ini dapar menigkatkan ingatan jangka pendeknya kepada 12% berbanding pelajar yang tidak menggunakan teknik ini. Peningkatan ini menurut beliau akan meningkatkan pula daya ingatan jangka panjang sebanyak 26%. Walau apa pun angka peratusan yang diberi, saya percaya teknik ini memang mampu membantu daya ingatan seseorang pelajar.


Sebagai contoh, pasangan perkataan-perkataan yang pelik di atas dihubungkan dengan membayangkan seekor kucing menyorok dalam cawan, atau minum menggunakan cawan dan sebagainya. Daya ingatan pelajar yang menggunakan teknik bayangan ini akan meningkat berbanding pelajar yang membaca senarai perkataan tadi secara berulang-ulang dan kuat. Peratusan daya ingatan dengan menggunakan bayangan minda ini adalah tinggi berbanding cara kedua walaupun bayangan tersebut tidak jelas.


Setakat ini dahulu. moga-moga teknik ini sedikit-sebanyak dapat membantu.

Ziarah!!!

Semalam rakan sebilikku sibuk mengemas compartment dia. Hehe, banyakla habuk yang Berjaya disapu bersih. Teringatla pada blog ni yang dah dua minggu tak di’update’kan. Ntah kenapa ntah. Semalam juga saya berkesempatan menziarahi ustazah zaidah yang mengajar saya bahasa arab sewaktu di tingkatan 6 dahulu. Alhamdulillah bukan sahaja dapat berjumpa dengan ustazah tetapi dapat juga bertemu rakan lama yang telah tamat pengajiannya di US. Dapat la jugak saya mengambil semangat daripada dia untuk meneruskan pengajian saya di peringkat master dan phd kelak. Doa2kan saya Berjaya, insyaAllah.

Rupa-rupanya ustazah mengalami penyakit ‘misteri’. Semuanya gara-gara sikap manusia yang ingin mencapai sesuatu tetapi memohon pertolongan daripada ‘orang’ yang salah. Apa2 pun, menurut suami ustazah, semuanya dah ok. Cuma ustazah masih lagi trauma. insyaAllah, kita sama-sama doakan ustazah cepat pulih seperti sediakala yer.

Tiba di Klang, saya dapat rasakan suasana yang jauh berlainan daripada UIA. Rindu pada sistem pentarbiahan di KISAS yang pernah saya lalui satu waktu dahulu. Saya berbangga dan berterima kasih kepada guru-guru dan sebior-senior saya dahulu yang membentuk saya. Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk ke sana dahulu. Walaupun asramanya semalam sunyi (sbb bdk2 tengah cuti), tapi dapatla teringat zaman-zaman belajar di sana dulu.

Harapan pada junior yang masih berada di KISAS agar dapat meneruskan dan mempertahankan keunikan di KISAS nih.

Tuesday, December 4, 2007

Semester 2 kembali!!

Selamat Kembali ke Taman Ilmu dan Budi, UIAM.
SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN-TEMAN SEKALIAN!!

Saturday, December 1, 2007

Penggunaan Otak Yang Optimum!!!

Pernahkah anda mengalami keadaan yang mana anda mengulangkaji pelajaran semalaman, anda menghafal apa yang anda pelajari untuk peperiksaan pada keesokan harinya? Kemudian sewaktu di dewan peperiksaan anda gagal mengeluarkan apa yang ada hafal sebelum2 ini? Atau anda banyak menghafal, tetapi hanya sedikit sahaja yang anda kenalpasti ‘melekat’ dalam otak anda?

Segala persoalan di atas adalah perkara yang kerap bermain dalam fikiran para penuntut baik di peringkat sekolah menengah mahupun di universiti terutamanya di saat-saat menghadapi peperiksaan. Adakah otak manusia akan semakin berkurangan kapasiti dan kemampuannya apabila kita meningkat dewasa? Mari kita bincang bersama-sama.

Tahukah anda bahawa otak manusia dewasa mengandungi 10 billion neuron? Mari kita bandingkan dengan otak seekor lebah. Otak seekor lebah hanya mempunyai 900 neuron. Namun dengan otak yang sekecil itu, lebah mampu menjalankan pelbagai kegiatan luar biasa seperti membina sarang, memproses madu yang amat bernilai, menganalisis cahaya suria untuk menentukan arah tujunya dan sebagainya. Mari kita bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh manuisa dengan kapasiti otak yang berpuluh-puluh kali ganda besarnya daripada otak lebah.


Secara teorinya, kita diajar bahawa otak manusia mempunyai 2 bahagian utama iaitu otak kanan dan otak kiri. Rata-rata manusia biasa banyak menggunakan sebelah otak sahaja dalam kehidupan seharian dan jarang sekali mengintergrasikan kedua2 otak yang dipercayai mampu memberikan impak yang jauh lebih baik. persoalannya, bagaimanakah kita dapat menggunakan kedua-dua belah otak kita???



TEKNIK MENGINGAT

Saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca sekalian beberapa strategi yang saya amalkan dalam proses mengingat. Secara ringkasnya saya mengklasifikasikan teknik2 ini kepada 6 teknik utama iaitu permulaan, pengakhiran, bayangan, hubungan, unggulan dan tinjauan.

Permulaan & Pengakhiran

Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama perhatikan senarai perkataan di bawah dalam masa 20 saat dan uji ingatan anda dengan cuba menulisnya semula tanpa mengikut urutan:

Kucing
Sungai
Rumah
Buku
Kaki
Air
Pokok
Pintu
Baju
Kuda
Bunga
P. Ramlee
Angin
Pisang
Cantik
Tahun
Burung
Hitam
Terbang
Tinggi
Kasut
Laut
Lampu
Kertas
Payung
Jam
Daun
Pinggan
Gemuk
Putih


Baiklah, saya percaya adalah tidak mungkin dapat ditulis kesemuanya. Menurut kajian, seseorang mungkin dapat menulis perkataan2 yang berada di permulaan dan akhiran berbanding yang berada di tengah2. sungguh mudah menulis semula perkataan-perkataan kucing, sungai dan rumah berbanding perkataan-perkataan seperti angin, pisang, cantik dsb. Perkara ini di panggil the primary effect dan the recency effect.

Perkara ini turut berlaku semasa kita berada di dalam kelas. Kebiasaannya kita dapat menumpukan perhatian sewaktu di permulaan kelas dan beransur2 rendah penumpuan kita. Akhirnya, penumpuan kita akan meningkat semula pada penghujung kelas. Secara praktikalnya, kita perlu menyedari hakikat ini dan cuba menyusun jadual ulangkaji kita dengan mengambil kira faktor ini. Contohnya, kita mempunyai 3 jam untuk mengulangkaji. Jika kita mengulangkaji secara berterusan selama 3 jam ini, kita hanya akan mampu mengoptimumkan ingatan kita pada dua tempat iaitu pada awal dan akhir tempoh 3 jam tersebut. Sebaliknya, jika kita pecahkan 3 jam ini kepada 3 unit masa, kita akan dapat menggandakan ingatan kita kepada 3 kali ganda. Teknik ini dikenali sebagai Basic Rest Activity Cycle.

Contohnya,
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa petama) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa kedua) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa ketiga) – awal & akhir masa

Dengan mengaplikasikan teknik ini, penggunaan otak dapat dioptimumkan pada ketiga-tiga unit masa iaitu pada unit pertama pengawalan dan pengakhiran waktu belajar, begitu juga yang kedua dan ketiga.

Rehat pada peghujung setiap unit masa adalah amat penting. rehat dalam ertikata merehatkan minda dan fizikal kita sepenuhnya daripada bahan pembelajaran. Kita boleh berehat dengan bersiar-siar sebentar mengambil udara segar atau melakukan latihan penjernihan minda. Kajian telah menunjukkan ingatan manusia akan bertambah selepas berehat pendek. Perkara ini dapat meningkatkan ingatan terhadap bahan yang telah dipelajari dan juga peningkatan ingatan terhadap bahan yang berikutnya.


Saya berharap teknik ini mampu membantu sahabat-sahabat semua dalam pembelajaran.. Untuk teknik-teknik berikutnya, insyaAllah akan saya usahakan perkongsian pada masa2 akan datang. Where there is the will, there is a way!!