
Segala persoalan di atas adalah perkara yang kerap bermain dalam fikiran para penuntut baik di peringkat sekolah menengah mahupun di universiti terutamanya di saat-saat menghadapi peperiksaan. Adakah otak manusia akan semakin berkurangan kapasiti dan kemampuannya apabila kita meningkat dewasa? Mari kita bincang bersama-sama.
Tahukah anda bahawa otak manusia dewasa mengandungi 10 billion neuron? Mari kita
bandingkan dengan otak seekor lebah. Otak seekor lebah hanya mempunyai 900 neuron. Namun dengan otak yang sekecil itu, lebah mampu menjalankan pelbagai kegiatan luar biasa seperti membina sarang, memproses madu yang amat bernilai, menganalisis cahaya suria untuk menentukan arah tujunya dan sebagainya. Mari kita bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh manuisa dengan kapasiti otak yang berpuluh-puluh kali ganda besarnya daripada otak lebah.


TEKNIK MENGINGAT
Saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca sekalian beberapa strategi yang saya amalkan dalam proses mengingat. Secara ringkasnya saya mengklasifikasikan teknik2 ini kepada 6 teknik utama iaitu permulaan, pengakhiran, bayangan, hubungan, unggulan dan tinjauan.
Permulaan & Pengakhiran
Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama perhatikan senarai perkataan di bawah dalam masa 20 saat dan uji ingatan anda dengan cuba menulisnya semula tanpa mengikut urutan:
Kucing
Sungai
Rumah
Buku
Kaki
Air
Pokok
Pintu
Baju
Kuda
Bunga
P. Ramlee
Angin
Pisang
Cantik
Tahun
Burung
Hitam
Terbang
Tinggi
Kasut
Laut
Lampu
Kertas
Payung
Jam
Daun
Pinggan
Gemuk
Putih
Baiklah, saya percaya adalah tidak mungkin dapat ditulis kesemuanya. Menurut kajian, seseorang mungkin dapat menulis perkataan2 yang berada di permulaan dan akhiran berbanding yang berada di tengah2. sungguh mudah menulis semula perkataan-perkataan kucing, sungai dan rumah berbanding perkataan-perkataan seperti angin, pisang, cantik dsb. Perkara ini di panggil the primary effect dan the recency effect.

Contohnya,
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa petama) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa kedua) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa ketiga) – awal & akhir masa
Dengan mengaplikasikan teknik ini, penggunaan otak dapat dioptimumkan pada ketiga-tiga unit masa iaitu pada unit pertama pengawalan dan pengakhiran waktu belajar, begitu juga yang kedua dan ketiga.
Rehat pada peghujung setiap unit masa adalah amat penting. rehat dalam ertikata merehatkan minda dan fizikal kita sepenuhnya daripada bahan pembelajaran. Kita boleh berehat dengan bersiar-siar sebentar mengambil udara segar atau melakukan latihan penjernihan minda. Kajian telah menunjukkan ingatan manusia akan bertambah selepas berehat pendek. Perkara ini dapat meningkatkan ingatan terhadap bahan yang telah dipelajari dan juga peningkatan ingatan terhadap bahan yang berikutnya.
Saya berharap teknik ini mampu membantu sahabat-sahabat semua dalam pembelajaran.. Untuk teknik-teknik berikutnya, insyaAllah akan saya usahakan perkongsian pada masa2 akan datang. Where there is the will, there is a way!!
0 comments:
Post a Comment