Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429!!

Setelah sekian lama blog ni tak di’update’kan. Alhamdulillah ada jugak peluang nak meng’update’kan. Buat permulaannya saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru hijrah keada semua. Moga-moga kedatangan tahun baru memberi keazaman baru yang jitu untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Azam’ azam’ azam….!!!

Apabila sampai sahaja tahun baru (kebiasaannya tahun baru 1 januari), pasti perkataan azam sibuk meniti di bibir-bibir manusia. “aku berazam nak dapat anugerah dekan 2 kali tahun ni”, “azam aku… aku nak jadi kaya”, “aku punya azam nak beli rumah besar”, aku pulak nak kawin lagi” dan sebagainya.

Persoalan pertama, sejauh manakah azam yang pernah kita buat ketika datangnya tahun baru baik calendar masihi mahupun hijrah telah berjaya kita laksanakan? Adakah azam tersebut hanya tinggal kenangan sekada memasang angan-angan kosong tanpa sebarang tindakan?

Persoalan kedua, kenapa perlu kita menunggu tahun baru tiba, barulah kita mula memasang azam untuk melakukan perubahan? Tidak bolehkah kita membiasakan diri kita bahawa setiap hari aku mesti berubah memperbaiki diri aku menjadi insan yang lebih baik daripada semalam?

Persoalan ketiga, adakah azam yang kita pasang itu bersifat retorika semata-mata ataupun ianya mampu untuk dicapai?

Persoalan-persoalan ini perlu difikirkan oleh setiap orang. Dalam Islam digalakkan untuk kita melakukan perubahan secara berterusan. Seperti mana dalam satu nasyid yang menekankan umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Penekanan yang diberikan adalah bersifat daily. Kita sebagai umat Islam perlu sentiasa memperbaiki dan mempertingkat keupayaan diri kita agar kita sentiasa cemerlang dan tidak ketinggalan di belakang.

Punca??

Ada pendapat yang mengatakan hal ini berlaku kerana umat Islam pada masa kini rata-ratanya terlalu senang dengan kehidupan mereka. Mereka berpada dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Malah mereka semakin terikut-ikut dengan segala godaan dunia. Dalam satu hadith nabi riwayat Hakim, Abu Hurairah r.a. mendengar Rasululluah s.a.w. bersabda bahawa umat nabi Muhammad ini akan ditimpa dengan penyakit umat-umat dahulu iaitu terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasad dengki. Perkara ini telahpun diperjelaskan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang dahulu dan kini ianya benar-benar berlaku.

Kita terlalu seronok dengan keadaan kita sekarang tanpa memikirkan keadaan Islam sebenarnya. Oleh sebab itulah kita gagal mencabar diri kita supaya memastikan hari ini lebih baik dari semalam untuk diri kita dan juga Islam. Kita terlalu mengejar harta dunia sedangkan kita lupa kehidupan yang kekal abadi. Adakah hari ini lebih baik dari semalam dalam ibadah kita?

Hijrah

Kedatangan tahun baru hijrah perlu diinsafi dan dihayati sejarahnya. “ala, sejarah lagi. Bosan la”. Tapi sejarah la yang mengajar kita mengenali Rasulullah dan pengorbanan para sahabat. Daripada sejarah kita mengatur kehidupan masa depan. Penghijrahan Rasulullah ke kota Madinah (yahtrib) penuh dengan kisah pengorbanan, keperitan, kesatuan, ketaatan dsb. Sebagai umat yang mengakui mencintai Rrasulullah, kisah ini seharusnya sudah berada dalam fikiran kita dan pada bila-bila masa sahaja mampu menghuraikannya.

Kisah Saidina Ali yang masih kecil, namun berani menggantikan tempat tidur Rasulullah, kisah Saidina Abu Bakar menahan sakit patukan ular, kisah kebijaksanaan rasulullah mengatur perancangan, mukjizat-mukjizat dsb seharusnya mampu menjadi pendorong yang kuat untuk kita melakukan perubahan secara total demi masa depan Islam.

Hari ini untuk berubah!!

Sahabat-sahabat sekalian, soal berubah bukanlah bersifat annually. Salahkah kita mengatakan pada diri kita bahawa setiap hari aku mesti berubah? Biarlah sebesar mana pun azam kita, perubahan yang konsisen memperbaiki diri setiap hari amat perlu. Sentiasa memotivasi diri dengan saranan-saranan yang positif mampu mendorong seseorang itu memperbaiki kehidupan seharian. Pelajari sejarah rasulullah dan hayatinya. insyaAllah kita mampu menjadi umat Islam yang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

1 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.