
Sejak 8.30 malam tadi, gelombang perubahan lanskap politik negara dapat dirasai. hal ini berikutan sampainya keputusan tidak rasmi di telefon bimbit asya mengatakan beberapa orang besar n lama parti pemerintah kalah. bukan sekadar kalah mudah tetapi mempunyai beza majoriti yang agak besar. sms pertama yang saya terima menyatakan Pas menang besar di Kelantan dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tumbang pada puteri reformasi, nurul izzah dsb.

"Samy Vellu lost the Sungai Siput parliamentary seat on his 72nd birthday, which virtually ended a long and colourful career in politics spanning more than 30 years."
(NST, 9 March 2008)
hal ini diikuti dengan jatuhnya pulau pinang kepada parti dap dan pkr. kemenangan di perak oleh barisan alternatif serta kemenangan besar di kelantan menafikan apa yang berlaku pada pilihanraya lepas. begitu juga di kedah dan beberapa kerusi dun di negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan BA.
pagi ini, 5 buah negeri berada di bawah BA iaitu, kelantan, selangor, perak, kedah dan juga pulau pinang. hal ini amat menarik minat saya. saya tidak sabar2 menanti bagaimanakah kerajaan selepas ini. pengharapan saya agar perbahasan di parlimen menjadi semakin matang dan berdasarkan fakta2 yang jelas. kehadiran pembangkang yang ramai di parlimen juga mampu menjadi agen check and balance yang efisyen agar parti majoriti yang memerintah lebih cakna pada kehendak rakyat dan rintihan rakyat.memetik kenyataan dalam NST:
"Though it had managed to secure a simple majority in parliament, the loose opposition alliance of the DAP, Pas and PKR managed to take control of Penang, Kedah, Selangor, Perak and retained Kelantan comfortably."

kini, komposisi di parlimen agak seimbang. pihak BA berjaya menafikan 2/3 BN di sana. seperti pengaharapan saya, saya mengharapkan perbahasan di parlimen lebih efektif dan bernas. biarlah kesemua parti yang ada di parlimen benar2 membicarakan soal pembangunan negara dan pada masa yang sama tidak melupakn rakyat. pembangunan fizikal memang nampak gah. tetapi jika jiwa rakyat tidak diisi, kebajikan rakyat hanya bermusim, tidak ada gunanya pembangunan serba mega itu. ke arah lanskap politik negara yang baru!!
No comments:
Post a Comment