Tuesday, August 12, 2008

8A PMR SASARAN KAMI!!!!

bersama encik amin idris

Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta motivasi kali ini. Untuk program kali ini, saya menemani encik amin idris menjayakan program motivasi anjuran perodua di rawang. Kehadiran peserta yang berasal dari pelbagai sekolah sekitar rawang tidak membantutkan partisipasi mereka dalam slot motivasi ini.


Program dimulakan dengan sesi ice-breaking. Sungguh bersemangat sekali peserta-peserta ini. Memang pada awalnya, kelihatan ada yang malu-malu. Maklumlah, sekolah yang berbeza. Namun, sesi ice-breaking ini hanyalah bagi menarik perhatian peserta-peserta kepada penceramah. Agak berbeza sedikit jika ice-breaking dijalankan bagi program yang bersifat 2 hari lebih.

“…guru pengiring bagi sekolah-sekolah yang turut serta juga memberi respon yang positif…”


Alhamdulillah, dari pagi hingga ke petang, encik amin idris sempat untuk berkongsi bebrapa perkara dimulai dengan sesi motivasi diri sendiri serta diikuti beberapa teknik-teknik belajar berkesan. Secara keseluruhannya, alhamdulillah pihak penganjur berpuas hati dengan program ini. Malah guru pengiring bagi sekolah-sekolah yang turut serta juga memberi respon yang positif. Moga-moga, ada impak yang amat bak kepada peserta-peserta yang bakal menduduki PMR tidak lama lagi. Salam kejayaan kepada semua!!!

apa yang suka sangat tu???

senyuman ceria calon PMR 2008

4 comments:

Anonymous said...

being facilitators, not only do the students learn from us, but we also learn a lot from them....that's the beauty of being a faci!! :-)

Anonymous said...

u r a good faci..all da best..may Allah bless u..

muhammad zukhairi said...

thanks to both of you:) hopefully i'll get a lot of experiences in my journey

Nurul 'Izzah said...

Sorang lagi bakal ikut jejak Abg Amin..hehe :D