1. Ada orang rasa lega dapat masuk ke sekolah-sekolah agama mahupun institusi-institusi pengajian tinggu yang beraliran agama Islam. Hal ini mungkin kerana mereka berfikir, "hah, di sinilah peluang untuk aku mendalami ilmu agama, hisup dalam suasana yang baik dan mendidik diriku menjadi hambaNya yang taat pada perintahNya".
2. Ada pula yang bersifat kontra. "Alamak, macam mana boleh dapat sekolah agama ni??? Boring la". Pernah saya berbual dgn beberapa orang yang punyai pemikiran sebegini. Antara alasan mereka, budak-budak sekolah agama ni jumud, konservatif etc. Ada juga yang cakap, "Aku taknak masuk sekolah agama, tapi mak ayah aku yang suruh."
3. Biar apa pun alasan dan pemikiran manusia, kita tidak boleh lari daripada fitrah manusia yang punyai pandangan yang berbeza-beza dalam sesuatu perkara. Nafsu berkehendakkan kepada kesukaan yang bersifat sementara. Syaitan sentiasa membisik agar kita terpesong dari landasan yang benar. Maka, berhati-hatilah kita dalam memberi kepercayaan sepenuhnya pada pandangan kita.
4. Sebagai muslim, kita percaya dan yakin, suruhan Allah adalah wajib dipatuhi manakala yang disuruh untuk ditinggalkan, maka wajib juga untuk kita tinggalkan. Ada perkara-perkara yang mungkin tidak dapat kita sandarkan kepada rasional atas perkara-perkara yang wajib dipatuhi ini. Namun bagi saya, ianya adalah simbol pengabdian dan ketaatan kita kepada perintahNya.
5. Pakaian adalah sebahagian nikmat Allah yang tertentu bagi manusia. Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Memelihara dan melindungi diri daripada panas, sejuk, cahaya matahari dan hujan adalah tujuan asas berpakaian. Hal ini seperti firman Allah bermaksud :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian daripada yang diciptakan-Nya, benda untuk berteduh dan Dia menjadikan bagi kamu sebahagian daripada gunung-ganang sebagai tempat berlindung, dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian yang memelihara kamu daripada panas dan sejuk, juga pakaian yang memelihara kamu ketika berjuang. Demikianlah Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepada-Nya dan mematuhi perintah-Nya.”
(Surah An-Nahl ayat 81)
6. Pemakaian dalam ajaran Islam sangat lengkap. Secara dasarnya apa2 pakaian yang menutup aurat adalah dibenarkan. Malah dalam soal pemakaian ini, dianjurkan agar ianya bersih kerana Islam itu suka kepada kekemasan dan kebersihan. Syarak turut mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama, disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika bersendirian dalam gelap.
7. Menurut pendapat Imam Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai, begitu juga ketika berseorangan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai Asma', perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.” (Baginda pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya)
8. Dalam soal tudung bagi wanita pula, firman Allah, “Dan hendaklah mereka [perempuan beriman] menutupkan kain tudung ke dadanya.” (QS An-Nuur [24] : 31)
9. Ada pula yang berkata, "Alaa, aku takmo hiprokrit. Konon2 pakai tutup aurat, tapi dalam hati aku ni tak suka." Macam mana ye kalau nak cakap dgn mereka ni???
10. Bagi saya, lebih baik hipokrit kepada manusia daripada kita terus-menerus mengabaikan perintahNya. Dari sudut aqidah, keutamaan kita pada Allah, bukannya pada manusia. Lebih2 lagi, pada pemahaman saya, kita telah jadi "hiprokrit" dengan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat kerana kita mendakwa kita Muslim dan kita patuh pada perintahNya, sedangkan dalam perbuatan kita kita tidak menggambarkan sepertimana yang sepatutnya. Wallahua'lam.
11. "Aku tak suka paksa2. Biarlah datang dari hati aku." Hm.. dulu masa kecik2kita memaksa diri kita puasa. Malah mak dan ayah pun "memaksa" kita berpuasa. Daripada situ kita membentuk hati kita untuk menerima ini adalah ibadah yang wajib. Bagi saya, hati ini perlu dibentuk. Bukannya hati ini yang membentuk perilaku kita.
Wallahua'lam.