Friday, February 6, 2009

Forum Untuk Palestin

Tanah Palestin yang dijajah


Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri forum untuk palestin yang diadakan di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada firma guaman yang menaja saya dan rakan-rakan saya menghadiri program tersebut. Program dimulaik dengan ucapan pengerusi Tribunal to Criminalise War, Tun Dr. Mahathir. Walaupun ucapannya agak ringkas, namun saya kira seluruh hadirin berpuas hati kerana ucapan beliau dipenuhi dengan fakta dan sejarah.

Media Massa
Kebanyakan pembentang kertas kerja pasti menyentuh peranan media massa yang dikawal oleh zionis di USA. Kesemua pembentang bersetuju permainan doktrinisasi oleh media massa ini memberi impak kepada masyarakat umum dalam mempercayai dan meletakkan kesalahan bukan kepada zionis, sebaliknya kepada Hamas.

Malah, dalam beberapa siri temubual dengan rakyat Israel, sebilangan besar mereka menyokong tindakan tentera zionis ke atas Palestin. Antara dialog yang masih saya ingat ialah "wipe them all", "take their land" etc. Lebih mengejutkan orang yang mengeluarkan ayat sebegini adalah daripada golongan wanita yang sepatutnya dan secara lumrahnya punyai sifat lembut dan penyayang yang tinggi.

Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya, proses doktrinisasi bagaimana yang telah diterapkan ke atas golongan ini sehinggakan mereka seperti tidak punya rasa peri kemanusiaan terhadap keganasan yang dilakukan. Tentera Zionis bukan hanya membunuh orang dewasa, malahan mereka membunuh kanak-kanak yang baru ingin mengenal erti kehidupan.

Secret Pledge
Salah seorang panelis merupakan calon untuk merebut jawatan presiden USA. Beliau bukanlah calon parti demokrat mahupn republikan. Sebaliknya beliau merupakan calon Green Party, sebuah parti politik baru. Namun beliau gagal menempatkan diri dalam senarai calon kerana keengganan beliau untuk menandatangani akur janji untuk menyokong yahudi dalam kerja buat mereka. Sejauh mana kebenaran perkara ini mungkin perlu diteliti. Namun menurut beliau, sebelum beliau diterima untuk bertanding, semua calon wajib menandatangani sebuah akur janji untuk mengiktiraf negara Israel, memberi segala bantuan ketenteraan kepada tentera zionis, dsb. Dalam erti kata lain, menurut beliau, semua ahli kongres USA telah menandatangani akur janji tersebut.

Usaha berterusan
Pernah dalam lembaran sejarah menunjukkan usaha berterusan mampu merubah sesuatu perkara. Dalam ucapan alu-aluan oleh penganjur, beliau membawa contoh pernah dalam sejarah eropah, seorang rakyat biasa menggerakkan masyarakat menentang sistem perhambaan dan akhirnya beliau berjaya.

Dalam sirah nabi juga menunjukkan bagaimana usaha yang konsisten mampu merubah kejahilan yang telah begitu lama bertapak dalam masyarakat arab. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu boleh berjaya sekiranya ada usaha gigih dan berterusan daripada kita.

Kerja kita
Kadang-kadang pernah juga saya berasa letih apabila terlalu banyak perbincangan, forum, ceramah dsb tentang Palestin. Tetapi saya sedar, mungkin itu antara perkara yang mampu kita lakukan kerana saya percaya masih terdapat ramai di kalangan masyarakat kita yang masih tidak cakna dengan penderitaan saudara kita di sana.

Seorang Ustaz saya yang baru sahaja pulang dari Gaza memaklumkan kepada saya bahawa beliau berkesempatan untuk bertemu dengan Hamas dan menyerahkan bantuan kepada Hamas secara terus. Pegawai Hamas itu berkata, tidak banyak yang sampai ke tangan mereka untuk digunakan. Ada yang mungkin musnah diserang tentera zionis, ada yang disekat di beberapa pintu masuk dan ada juga TERSALAH beri kepada Fatah yang akhirnya tidak disalurkan kepada rakyat Palestin yang menderita.

Namun, janji Allah itu pasti. Pasti akan tiba hari di mana Islam yang selama ini ditindas kembali subur. Persoalannya adakah kita sudah bersedia dan adakah kita sebenar-benarnya menuju dan membantu ke arah itu. Sama-sama kita muhasbah.

0 comments: