Sunday, March 8, 2009

Maulud Nabi

1. Alhamdulillah pihak firma Azmi & Associate telah menganjurkan sesi ceramah/tazkirah di pejabat sebelum solat jumaat baru-baru ini. Penceramah jemputan adalah Ustaz Malik. Alhamdulillah dalam kesibukan menjalankan tuntutan kerja, pihak firma masih memperuntuk dan memberi ruang agar hati-hati warga firma diberi peringatan.

2. Penceramah membawa kami sedar dengan situasi sekarang yang mana, umat Islam semuanya leka. Kita hilang rasa cinta pada rasul. Kita meletakkan al-Quran sbg perhiasan. Tertarik saya pada kata-kata ustaz, kita hanya ingat pada al-Quran apabila nak halai jin/syaitan, nak pelaris perniagaan etc jer. selain daripada itu, kita lupa..(muhasabah)

3. Penceramah menekankan bukti cinta kepada rasul bukanlah hanya membuat sambutan maulidurrasul, berarak dsb. Walaupun bagus diadakan beditu kerana sekurang-kurangnya ia mampu melahirkan kesedaran kepada yang leka, atau yang mungkin tak tau langsung soal kelahiran nabi ini. Bukti cinta kepada rasul ialah kita sedar akan misi rasulullah di muka bumi ini. Ustaz membacakan petikan ayat daripada surah an-Nahl yang menyatakan apakah misi sebenar rasulullah.

4. Adalah menjadi misi untuk menegakkan kalimah Allah, menolak kemungkaran dsb. Inilah yang kita warisi dan perlu diteruskan sebagai lambang kecintaan kepada rasulullah. Dakwah!! Kita diseru melakukannya menurut kemampuan diri sendiri dalam kapasiti dan ruang yang ada.

5. Ketika rasulullah di saat-saat nazak, rasulullah pernah memohon agar kesakitan menghadapi kematian oleh umatnya akan ditanggung oleh baginda. Luluh dan menangis para malaikat melihatkan pengorbanan rasulullah di saat-saat terakhir hayatnya.

6. Amatlah wajar kepada umat Islam untuk mendalami sirah rasulullah bagi menanamkan rasa cinta terhadap baginda. Segala pengorbanan yang rasulullah lakukan bagi memastikan kalimah tauhid ini tertegak amatlah wajar dihargai.

Salam maulidurrasul!!!

0 comments: