Saturday, December 1, 2007

Penggunaan Otak Yang Optimum!!!

Pernahkah anda mengalami keadaan yang mana anda mengulangkaji pelajaran semalaman, anda menghafal apa yang anda pelajari untuk peperiksaan pada keesokan harinya? Kemudian sewaktu di dewan peperiksaan anda gagal mengeluarkan apa yang ada hafal sebelum2 ini? Atau anda banyak menghafal, tetapi hanya sedikit sahaja yang anda kenalpasti ‘melekat’ dalam otak anda?

Segala persoalan di atas adalah perkara yang kerap bermain dalam fikiran para penuntut baik di peringkat sekolah menengah mahupun di universiti terutamanya di saat-saat menghadapi peperiksaan. Adakah otak manusia akan semakin berkurangan kapasiti dan kemampuannya apabila kita meningkat dewasa? Mari kita bincang bersama-sama.

Tahukah anda bahawa otak manusia dewasa mengandungi 10 billion neuron? Mari kita bandingkan dengan otak seekor lebah. Otak seekor lebah hanya mempunyai 900 neuron. Namun dengan otak yang sekecil itu, lebah mampu menjalankan pelbagai kegiatan luar biasa seperti membina sarang, memproses madu yang amat bernilai, menganalisis cahaya suria untuk menentukan arah tujunya dan sebagainya. Mari kita bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh manuisa dengan kapasiti otak yang berpuluh-puluh kali ganda besarnya daripada otak lebah.


Secara teorinya, kita diajar bahawa otak manusia mempunyai 2 bahagian utama iaitu otak kanan dan otak kiri. Rata-rata manusia biasa banyak menggunakan sebelah otak sahaja dalam kehidupan seharian dan jarang sekali mengintergrasikan kedua2 otak yang dipercayai mampu memberikan impak yang jauh lebih baik. persoalannya, bagaimanakah kita dapat menggunakan kedua-dua belah otak kita???



TEKNIK MENGINGAT

Saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca sekalian beberapa strategi yang saya amalkan dalam proses mengingat. Secara ringkasnya saya mengklasifikasikan teknik2 ini kepada 6 teknik utama iaitu permulaan, pengakhiran, bayangan, hubungan, unggulan dan tinjauan.

Permulaan & Pengakhiran

Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama perhatikan senarai perkataan di bawah dalam masa 20 saat dan uji ingatan anda dengan cuba menulisnya semula tanpa mengikut urutan:

Kucing
Sungai
Rumah
Buku
Kaki
Air
Pokok
Pintu
Baju
Kuda
Bunga
P. Ramlee
Angin
Pisang
Cantik
Tahun
Burung
Hitam
Terbang
Tinggi
Kasut
Laut
Lampu
Kertas
Payung
Jam
Daun
Pinggan
Gemuk
Putih


Baiklah, saya percaya adalah tidak mungkin dapat ditulis kesemuanya. Menurut kajian, seseorang mungkin dapat menulis perkataan2 yang berada di permulaan dan akhiran berbanding yang berada di tengah2. sungguh mudah menulis semula perkataan-perkataan kucing, sungai dan rumah berbanding perkataan-perkataan seperti angin, pisang, cantik dsb. Perkara ini di panggil the primary effect dan the recency effect.

Perkara ini turut berlaku semasa kita berada di dalam kelas. Kebiasaannya kita dapat menumpukan perhatian sewaktu di permulaan kelas dan beransur2 rendah penumpuan kita. Akhirnya, penumpuan kita akan meningkat semula pada penghujung kelas. Secara praktikalnya, kita perlu menyedari hakikat ini dan cuba menyusun jadual ulangkaji kita dengan mengambil kira faktor ini. Contohnya, kita mempunyai 3 jam untuk mengulangkaji. Jika kita mengulangkaji secara berterusan selama 3 jam ini, kita hanya akan mampu mengoptimumkan ingatan kita pada dua tempat iaitu pada awal dan akhir tempoh 3 jam tersebut. Sebaliknya, jika kita pecahkan 3 jam ini kepada 3 unit masa, kita akan dapat menggandakan ingatan kita kepada 3 kali ganda. Teknik ini dikenali sebagai Basic Rest Activity Cycle.

Contohnya,
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa petama) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa kedua) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa ketiga) – awal & akhir masa

Dengan mengaplikasikan teknik ini, penggunaan otak dapat dioptimumkan pada ketiga-tiga unit masa iaitu pada unit pertama pengawalan dan pengakhiran waktu belajar, begitu juga yang kedua dan ketiga.

Rehat pada peghujung setiap unit masa adalah amat penting. rehat dalam ertikata merehatkan minda dan fizikal kita sepenuhnya daripada bahan pembelajaran. Kita boleh berehat dengan bersiar-siar sebentar mengambil udara segar atau melakukan latihan penjernihan minda. Kajian telah menunjukkan ingatan manusia akan bertambah selepas berehat pendek. Perkara ini dapat meningkatkan ingatan terhadap bahan yang telah dipelajari dan juga peningkatan ingatan terhadap bahan yang berikutnya.


Saya berharap teknik ini mampu membantu sahabat-sahabat semua dalam pembelajaran.. Untuk teknik-teknik berikutnya, insyaAllah akan saya usahakan perkongsian pada masa2 akan datang. Where there is the will, there is a way!!

0 comments: