Dalam lebih kurang 3 hari lepas saya membelek-belek sebuah akhbar prima. kebiasaannya saya jarang membaca akhbar sisipan. tapi dah dalam bosan2 tu, saya tengok-tengok jugala. ada saru ruangan berkaitan temubual artis menarik perhatian saya. seperti biasalah jika ada wording dalam temubual tersebut yang agak menarik, pasti wartawan tersebut akan memaparkannya dengan besar di awal berita.
apa yang menarik perhatian saya ialah berkaitan soalan wartawan tersebut tentang penampilannya yang seksi walaupun selepas berkahwin:
apa yang menarik perhatian saya ialah berkaitan soalan wartawan tersebut tentang penampilannya yang seksi walaupun selepas berkahwin:
wartawan: Bagaimana pula dengan imej seksi ****. Apakah akan berkurangan selepas bergelar isteri?
artis: Terus terang, bergelar isteri bukanlah halangan untuk tidak lagi berpakaian seksi. Sementelah suami saya sendiri pun tak kisah saya hendak berpakaian seksi kerana sejak dia kenal ****, memang **** seksi pun. Malah dia lagi suka kalau saya berpakaian seksi (ketawa). Dia hendak saya jadi macam dulu dan saya sendiri tidak suka untuk jadi hipokrit. Saya tidak mahu menjadi sesetengah pihak yang pada asalnya seksi tetapi hidup berpura-pura. Esok lusa, apabila sudah tidak tahan, kembali menjadi seksi.
saya faham ada orang pasti menjawab soal agama tidak boleh dipaksa-paksa, xnak jadi hipokrit dsb. malah ada yang cakap ko peduli ape. kubur lain-lain. (jwb kat orang yang ckp macam ni, akau tegur sbb aku taknak kubur aku nanti duk sebelah ko. bising!!) yang menjadi persoalannya ialah mengapa kenyataan-kenyataan sebegini boleh dipaparkan di akhbar tanpa sebarang tapisan. perkara yang dibincangkan bukanlah perkara furu'. ianya adalah antara perkara yang basic iaitu kewajipan bagi seorang yang mengakui Islam bagi menutup aurah mereka. tidakkah terfikir bahawa pembaca mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat? tidakkah institusi media massa ini seharusnya bersa-sama kerajaan dalam memperjuangkan ISLAM HADHARI yang dicanang-canangkan memperjuangkan ajaran Islam. ayau mungkinkah dalam IH ni saranan menutup aurah tidak ada??
wartawan: Tidak takut dengan pandangan keluarga mentua yang mungkin tidak senang dengan imej **** itu?
artis: Keluarga suami saya memang sporting. Mereka boleh menerima **** seadanya dan mereka juga memahami kehendak saya. Dan saya pun pernah ke rumah mereka dengan hanya berseluar pendek saja. Jadi saya tidak lihat perkara ini sebagai satu isu besar. Selagi suami mengizinkan, selagi itu **** akan kekal dengan imej seksi (ketawa).
apabila saya membaca petikan ini, saya pulak yang merasa malu. tidakkah dalam kursus-kursus perkahwinan telah ditekankan peranan dan tanggungjawab suami? peranan suami dan isteri dalam agama dsb. apabila isu aurah dikatakan bukan isu besar, maka saya berpendapat seharusnya semua pihak baik dari agensi kerajaan mahupun swasta atau orang persendirian memikirkan mana silapnya sistem kita ini yang melahirkan budaya pemikiran sebegini. silapkah ibu bapa yang mendidik anak2? atau silap keadaan yang tidak dikawal oleh penguasa sprti hiburan2 dsb? silap guru-guru di sekolah yang hanya mengajar bagi menghabiskan silibus dan bukannya mendidik? atau silapkah sistem pendidikan negara kita? atau silapkah kita semua yang tidak melakukan kerja2 dakwah?
bukan tujuan saya ingin menyalahkan orang lain. tetapi dalam isu ini kita perlu memerhati semula segala punca bagi memudahkan kita mengubatinya. jika kita inginkan Islam, semua pihak harus bersama-sama membantu memberi kefahaman yang jelas tentang islam. kalau seorang artis muda telah didenda kerana membuka bajunya semasa konsert, kenapa perkara-perkara yang berkaitan aurah ini tidak diambil cakna oleh pihak berwajib. buat sahabat-sahabat yang berada di lapangan dakwah, pergiatkan usaha kita. insyaAllah usaha tidak akan sia2. sekadar pandangan dari hambaNya yang dhoif.
1 comments:
Subhanallah.. syukron, berkongsi artikel ni
Post a Comment