Alhamdulillah semalam saya dapat juga menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara dengan mengundi di kawasan kampung saya. suasana tidak semeriah di Kelantan seperti mana yang digambarkan oleh sahabat2 saya di sana. sejurus selepas maghrib, saya sudahpun bersedia di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan semasa keputusan pru-12 ini.
sms tidak henti2 saya terima dari rakan-rakan memberi keputusan tidak rasmi. tidak kurang juga yang menyampaikan maklumat2 pengalaman berjaya bersama-sama men'detect' penyelewengan dan taktik bacul pihak pemerintah dalam memastikan kemenangan masih berpihak kepada mereka. rakan saya di kelantan berjaya menahan beberapa bas yang penuh dengan 'hantu2' dari kawasan luar. antara yang berada di dalamnya termasuklah pelajar-pelajar luar, warganegara asing spt thailand dsb. di perak pula, di kuala gula, semanggol, taktik yang amat kotor turut dilaksanakan. para petugas parti yang bertanding berjaya memperoleh kertas undi palsu yang telah siap bertanda daripada pengundi-pengundi yang telah diupah oleh pihak tertentu untuk menyeludup masuk.
perkara sebegini seringkali dimomokkan oleh pihak kerajaan adalah propaganda pihak lawan yang terdesak. tetapi inilah realiti yang berlaku. rakan saya ditawarkan sehingga rm400 untuk mengundi di KELANTAN dengan menggunakan kad pengenalan orang lain. persoalannya, di manakah fungsi SPR sebenar-benarnya? bagaimana pula polis? jika terdapatnya laporan berlaku penyeludupan dakwat di selatan thailand, lantas penggunaan dakwat dibatalkan pada saat2 terakhir, mengapa perkara yang sering berulang ini (pengundi 'hantu', kertas undi palsu dsb) masih lagi tidak mampu untuk ditangani pihak spr. kehadiran undi pos yang menyelamatkan beberapa calon pada saat2 akhir turut menjadi tanda tanya. sudah benar2 teluskan sistem demokrasi negara?
sewaktu saya mengikuti satu program anjuran SUHAKAM tahun lepas, saya tertarik dengan perbandingan sistem pilihanraya yang berlaku di Indonesia dengan Malaysia. cukup satu perkara yang menarik minat saya. di Indonesia, kesemua calon yang bertanding pada pilihanraya diberi kemudahan liputan oleh media prima. mereka diberi ruang yang sama dengan parti pemerintah untuk berkongsi manifesto, berucap di kaca2 televisyen dsb. hal sebegini malangnya tidak berlaku di negara kita. benar2 demokrasikah kita?
lebih menjelikkan saya ialah mereka mengatakan mahasiswa dilarang terlibat sama dengan politik. apa yang sebenarnya berlaku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan politik pembangkang. apabila adanya mana2 mahasiswa mahupun pelajar yang didapati berada di ceramah-ceramah anjuran parti lawan kerajaan, ataupun membantu berkempen dsb, mereka ini dengan sesegera yang mungkin akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti. hal ini amat berbeza jika mahasiswa didapati bersama-sama dengan parti kerajaan walaupun secara terang-terangan. sikap double standard ini menunjukkan terdapatnya kuasa yang mengatasi undang2 negara pada masa kini. jika undang2 itu ingin diaplikasikan,maka pengaplikasian undang2 tersenut mestilah menyeluruh tanpa ada pilih kasih!!
apa2 pun yang berlaku, saya tetap mempercayai bahawa perlunya berlaku pertandingan di padang yang sama rata. mana mungkin pokok akan bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. mana mungkin kisah2 pengundi 'hantu' dan beberapa penyelewengan yang lain berlaku kalau tidak ada puncanya. ianya benar2 berlaku dan dihadapai oleh kenalan2 rapat saya yang berada di negeri2 yang 'panas'.
Sunday, March 9, 2008
Sekitar PRU 12
Posted by muhammad zukhairi at 9:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment