tertarik dengan perkembangan semasa, saya teringat pernah berbincang bersama rakan2 berkaitan idealisme mahasiswa. apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan idealisme mahasiswa ini? pelbagai kertas kerja, buku politik mahasiswa yang pernah saya baca pasti ada menyentuh serba sedikit ungkapan ini.
apa yang pasti daripada pembacaan saya, saya dapat simpulkan idealisme mahasiswa kepada 3 perkara:
1. mahasiswa berdarah muda
2. tidak terikat pada mana2 pihak
3. membaca isu berdasarkan latar akademik
seperti yang sudah sedia maklum, apabila berkata tentang mahasiswa, pasti sinonimnya adalah golongan remaja. golongan remaja ini disifatkan seperti "cold in blood and green in decision" iaitu mereka yang berdarah sejuk atau dengan erti kata lain berani menanggung risiko dan mentah dalam membuat keputusan. hal ini lah yang menyebabkan golongan remaja merupakan aset yang amat penting dalam negara. tun dr mahathir pernah menyatakan bahawa golongan muda adalah golongan yang terbaik kerana mereka ini mampu bermimpi, memasang angan2 dan berfikir demi masa depan negara. cuma golongan ini perlu dipandu dengan elemen2 yang mampu mengimbangkan sifat berani mereka.
dalam pembacaan saya, kebanyakan penulis kertas kerja dan buku menyifatkan mahasiswa seharusnya tidak terikat pada mana2 pihak. mereka seharusnya menyatakan pandangan dalam sesuatu isu atas kapasiti mereka sebagai mahasiswa. walaupun ciri kedua ini agak sukar untuk dilihat kerana menjadi lumrah manusia untuk memilih pihak, namun ideanya amat menarik. mungkin dalam memberi pandangan, golongan mahasiswa ini akan seskali berpihak kepada pihak A yang tidak sehaluan dengan pihak B. mungkin juga dalam isu2 lain, mahasiswa boleh mempunyai pandangan yang sama dengan pihak B. biar apa pun caranya, dalam menyatakan pandangan, mahasiswa perlu dilatari dengan ciri ketiga.
sebagai penuntut, budaya ilmiah perlu disemai dalam jiwa remaja ini. budaya ini bukan hanya menuntut mahasiswa mempelajari segala teori di dalam kelas tetapi ianya menuntut agar mahasiswa mengaplikasikan secara terus dalam kehidupan seharian. maka lahirlah ungakapan pembudayaan ilmu, penerokaan minda dan sebagainya. hal ini menunjukkan minda golongan remaja adalah amat penting kerana ianya mempunyai kuasa yang tinggi. mana mungkin hal ini disanggah sedangkan pemimpin2 besar seperti tun dr Mahathir, sukarno dsb memandang tinggi golongan ini. malah sirah rasulullah menunjukkan peri pentingnya golongan muda dalam perkembangan Islam dan pembudayaan ilmu. justeru, mahasiswa, seharusnya melatari perbincangan serta pandangan dengan latar ilmiah hasil pembelajaran di kelas dan pembacaan yang meluas. minda remaja amat berharga, maka hidupkannya dengan pembacaan dan latihan2 minda yang sesuai.
memetik pandangan dr. hm tuah iskandar, tiada salahnya mat jenin. tiada salahnya bermimpi dan berangan2 seperti mat jenin. cuma angan2 sahaja tidak mencukupi. inilah dia kuasa minda yang perlu diterokai dan dilatih supaya dapat dioptimumkan penggunaanya.
maka, sebagai orang yang bergelar mahasiswa, kita seharusnya keluar dari kepompong pembelajaran akademik sahaja. suatu masa dahulu mahasiswa adalah mereka yang menjuarai isu masyarakat. dalam era baru ini, kita perlu mencari identiti kita sebagai mahasiswa yang mempunyai idealisme tersendiri.
Wednesday, April 16, 2008
Idealisme Mahasiswa??
Posted by muhammad zukhairi at 8:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment