Tuesday, November 25, 2008

KISAS, dalam kenangan

baru-baru ini saya mengemas2 bilik saya di rumah. em, terjumpa album-album lama sewaktu di tingkatan 6. hehe, terus saya scan gambar2 yang menarik untuk dikongsi bersama:)













kat atas ni bilik saya masa upper 6. duduk 2 orang je. tapi sorang lagi kawan saya (hadi awang) selalu datang melepak kat bilik saya. study kat situ. maklumla bilik lawa!! hehe... hadi dan syauqi sekarang ada di al-azhar. bila la hangpa nak balik??














ni pulak jamuan kelah 6 atas 5. kelas sejarah. cikgu norisah adalah guru kelas kami. ha, ustazah zaidah pulak yang ngajar kami bahasa arab. manala kawan2 semua sekarang?? dengar2 ada yang dah jadi ustaz. yang kat fountain tu, sebahagian upper 6 lelaki. kitorang ambik waktu prep pagi sket untuk ambik gambar.hehe..














sahabat2 yang bersama-sama dari tingkatan 4 sehinggalah tingkatan 6. shukran jazilan semua. ukhuwwah yang dibina akan dijaga selama2nya insyaAllah. (semangat je pakai baju BADAR petang2 sbb nak pegi ambik gambar)














hehe... yang belah kiri ni, performance masa anugerah kokurikulum rasa2nya.. join soutul mujahideen form 5. (saya pernah letak video ni kat blog ni dulu). ha, yang belah kanan tu, hari guru. saya jadi emcee. then jemputla ustaz fazdi untuk wat persembahan. tiba2 dia ajak skali saya join dengan soutul f5. hehe.. malu jugak sbb masa tu saya xmo naik. tapi cikgu2 perempuan sume suruh saya join skali. hehe...














teringat masa lawatan lembaga ketua pelajar. kami bermalam di sebuah sekolah sains di kelantan (tak ingat sekolah ape). masa malam selepas slot penerangan oleh sekolah berkenaan, kami diminta mengadakan sedikit persembahan secara mengejut semasa makan malam. mujur kebanyakan LKP adalah ahli2 soutul. habis je makan malam, tiba2 pintu bilik kami diketuk. ada pejar sekolah tersebut minta record nyanyian kami. hehe.. semangat je aji & the geng masa ti.

ha, time hari sukan sekolah pulak, saya masuk rumah thariq!!! ramai jugak stayers yang masuk rumah thariq sampaikan cikgu2 pun pelik. nak wat camne kan? hehe.. masuk rumah sukan bukan sekadar masuk tau. saya mengambil bahagian dalam acara 400 n 800 meter. hehe.. bila fikir2 balik, tak sangka plak. alhamdulillah dapat tempat ke-2 (kalau tak silap la). game, saya ambil bahagian dalam petanque (betul ke eja ni?). dapat jugak tempat tapi bukan nombor 1 la.














gambar di sebelah kanan tu masa 1st year di uia. kisas sambut ulang tahun ke-50 penubuhan. jadinya saya pun turut serta dalam acara dinner. dapat free table sbb cikgu-cikgu sponsor. hehe.. ha, suzaime tu pakai baju pinjam!!! hehe.. pinjam abg nidzamuddin. sekarang ni abg nidzamuddin bekerja sebagai pensyarah di UPSI. mohsein??? dia sekarang di SC.

5 keunikan di KISAS... mula2 datang rasa macam pelik jer. tapi 4 tahun duduk di kisas, rasa kemanisan keunikan2 ini.. suasana yang terjaga, cikgu2 yang sangat2 penyayang (berbeza sket dengan sekolah lama saya) etc. tapi tak semua lepasan kisas merasai keunikan ini.. teringat lagu kisas yang lama...

kota ini zahirnya usang,
namun sedari di dasarnya,
tertanam mutiara berkurun lamanya...
yang tabah pasti memiliki....

6 comments:

NIVYANFAZZA said...

KISAS always in my heart!!!
tapi mutiara yang tertanam berkuru lamanya itu, tak pasti adakah diri ini memiliki atau tidak....
dunia ini penuh dengan pancaroba....
thanks bang mengingatkan memori di KISAS...
SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

Faridzul Nasaruddin said...

Salam.
Waa...rindunyer KISAS...

Anonymous said...

sekola lama sblum kisas,sultan muhammad x mo cita ek.knangan pahit ker?terigt cikgu husin,cikgu mukhtar.haha

Anonymous said...

moga ukhuwah terus lestari selamanya...

Anonymous said...

Salam Palestina.
Salam ziarah.Syukran jaziilan kepada semua barisan pimpinan yang telah menabur benih-benih ukhuwah.Jazakallah,buat semua.

Wassalam.Semoga muhajideen mencapai kemenangan yang gemilang.Allahuakbar!

alangtengahbirukundang said...

Aku nak pau gambar kau yang depan mural what's unique in kisas tu sbb ade nama aku kat bawah tuu hahahaha thanks !