Saturday, February 14, 2009

Pakaian Sutera


Pada entri kali ini, saya lebih berminat sekiranya terdapat respon-respon yang mampu untuk kita berkongsi ilmu.

Beberapa hari yang lalu baru saya perasan tali leher yang saya perolehi daripada UIA tercatat 100% silk. tag itu kecil dan terlindung. Maka lantas saya mencari maklumat. Sehingga hari ini saya dapati secara majoriti penadapat yang dibaca mengatakan ianya haram dipakai. Namun, saya ketemui satu pendapat yang mengatakannya harus. Macam mana yer rakan-rakan budiman??:)

Asal Pengharaman Sutera

Rasulullah SAW dihadiahkan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda:
"Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Muslim)

"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang (lelaki) yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat."
(Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)

"Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku."
(Hadis riwayat An-Nasa’i)

Ali r.a. berkata: Saya telah melihat Rasulullah SAW. Memegang sutera di tangan kanan dan emas di tangan kirinya kemudian berkata:
“Keduanya ini haram terhadap laki-laki dari umatku.”
(Abu Dawud)

Kelonggaran Untuk Lelaki Memakai Sutera

Seingat saya ketika belajar di sekolah menengah dahulu, antara kelonggaran yang diberikan kepada kaum lelaki adalah kerana sebab kesihatan seperti masalah kulit.

Hal ini dijelaskan dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah telah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin al Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka.

Antara lain ialah dalam keadaan darurat seperti kesejukan yang mengancam nyawa dan hanya wujud pakaian sutera untuk membaluti tubuh dsb.

Sutera Yang Sedikit Atau Bercampur

Timbul persoalan bagaimana jika pakaian tersebut diperbuat dengan sutera yang sedikit tan bahan lain melebihi sutera tersebut.

Berdasarkan riwayat daripada Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah:

Kami telah berjaya menakhluk negeri Syam. Pada suatu hari kami pulang ke Madinah, dan sudah hampir ke sana, kami pakai kain sutera dan dibaj (sejenis kain sutera yang banyak gambar). Sebaik sahaja Umar melihat kedatangan kami yang memakai kain sutera itu, beliau melempar kami. Melihat beliau marah, kami tanggalkan pakaian itu dan kami pakai kain biasa.

Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata:
"Selamat datang wahai kaum muhajirin. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak membolehkan pakaian sutera bagi orang-orang sebelum kamu, apakah Dia bolehkan kepada kamu? Kaum lelaki tidak boleh memakai sutera kecuali sekadar ini dan ini."

Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah juga berpendapat harus bagi kaum lelaki memakai sedikit sutera. Kesimpulannya, kaum lelaki boleh memakai sutera asalkan sedikit.

Pada peringkat ini, saya dapati kebanyakan pandangan mengatakan tali leher yang diperbuat daripada sutera adalah haram dipakai oleh kaum lelaki. Ada yang berhujjah mengklasifikasikan tali leher sebagai pakaian. Ada juga yang mengatakan tali leher sebagai hiasan. Maka kedua-duanya jatuh kepada hukum haram memakai tali leher diperbuat 100% daripada sutera.

Pendapat Berbeza

Pendapat ini saya perolehi daripada http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab58.htm

Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram. Dalil-dalil hadis sahih melarangnya adalah banyak, antaranya HR Ahmad, Ibn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib.

"Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku." HR Bukhari-Muslim

Umar alKhattab:

"Jangan siapa memakai sutera di dunia,niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat."

Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat:
Segelintir sahabat, sebanyak dua puluh orang (20) memakai sutera antaranya Anas dan al Barra' (diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud).

Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila digabungkan kesemua dalil hadis yang melarang dan dalil-dalil yang membolehkan, maka ia menujukkan makruh hukumnya memakai sutera. Ini terbukti dengan 20 orang sahabat yang memakainya, sedangkan tidak mungkin para sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.

Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar.

Pegangan Saya

Saya mengambil jalan tengah iaitu tidak memakai lagi tali leher tersebut. Alasan saya ialah:

1) Masih boleh dipakai tali leher lain yang tidak diperbuat daripada sutera.

2) Lebih-lebih lagi antara perkara yang jelas haram dan jelas halal wujud perkara yang samar-samar. Sebaik-baiknya ditinggalkan sahaja perkara yang samar-samar.

3) Teringat saya sewaktu di sekolah menengah dahulu, ada diterapkan satu konsep 'perkara yang nampak baik di kalangan orang kebanyakan, tetapi ianya buruk di kalangan orang yang medekatkan diri kepadaNya'.

Maka, saya hanya menyimpan tali leher hadiah daripada universiti saya tersebut. Apa pendapat rakan-rakan pula???

4 comments:

ramizah said...

sutera yg diharamkan ialah sutera yg asli..100% seperti sutera dari thailand y texturenya agak keras sedikit. Mengikut maklumat yg saya terima w/pun ditulis 100 % sebenarnya 30% sahaja.. Wallahua'lam

SpEkmATaKu said...

kalu nk ikut kn banyak dalil die
kalau org y nk pakai dia guna dalil y menyokong..n org choose xmo pkai pn da dalil dia..skrg ni back tu wat u heart say n berat ati kt mane..

hope klu ijtihad betul dpt 2 n kalu salah stil dpt 1 pahala d sisi Allah..wallahua'lam

Anonymous said...

Tak payah pakai dah.. byk lg tie lain :p
Lebih baik kite pilih sesuatu yg lebih meyakinkan dr memilih sesuatu yg ragu2..

Anonymous said...

to anonymous:

hehe.. mmg tu la yang dok buat sekarang:)