Wednesday, April 29, 2009

Work Centered

1. Semasa di Universiti dahulu, saya memilih untuk melibatkan diri dalam beberapa persatuan pelajar bagi memberi ruang kepada saya menimba pengalaman-pengalaman yang mungkin tidak mampu saya perolehi hanya dengan berada dalam kelas. Kesannya, kadang-kadang saya banyak menghabiskan masa saya di universiti.
2. Pada kebiasaannya, di hujung-hujung minggu akan ada program-program samada berbentuk "fun" mahupun berbentuk ilmiah. Maka, ada kalanya saya jarang pulang ke kampung halaman saya.
3. Teringat pensyarah saya, Ustazah Ramizah, kerapkali bertanya samada saya balik ke kampung atau tidak. Apabila saya memberi jawapan tidak, saya sudah boleh menjangka respon ustazah. Ustazah selalu menasihati agar saya pulang juga ke rumah.
4. Mungkin pada ketika itu saya tergolong dalam golongan "work centered" sepertimana yang diulas dalam buku tulisan Stephen R. Covey. Pada hari ini, saya sentiasa teringat akan nasihat ustazah Ramizah.
5. Di alam chambering ini, lebih-lebih lagi saya menjalani latihan dalam kamar saya di Kuala Lumpur, saya dapat melihat begitu ramai yang boleh dikategorikan sebagai "work centered". Menurut kajian, mereka yang "work centered" ini boleh dipanggil sebagai "workaholics" iaitu mereka yang 'berkorban' segala2galanya demi kerjaya mereka.
6. Dalam bersembang-sembang dengan rakan-rakan, ada yang berpendapat, kita mesti buat segala-galanya untuk kerjaya kita. Ini termasuklah kerja sampai lewat malam dsb. Saya tidak megatakan hal ini salah. Lain orang lain pandangannya. Malah saya juga ada kalanya memilih untuk pulang lewat dari tempat kerja.
7. Saya berpendapat, seorang insan perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Malah jelas Allah menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan malam untuk kita berehat. Selain kerjaya, saya berpendapat kesihatan badan, hidup bersosial (dalam erti kata berkawan), pengisian rohani, dan sebagainya amatlah penting.
8. Kalau di sekolah kita merungut kita terlalu ditekankan dengan peperiksaan sehingga terpaksa belajar 7 hari seminggu, kurang untuk pengisian rohani, kurang masa untuk bersukan dsb. Hal ini juga berlaku semasa alam kerja cuma dalam suasana dan kondisi yang berbeda.
9. Teringat peringatan-peringatan yang diberi dalam kuliah-kuliah ilmu dahulu. Matlamat sebenar adalah akhirat. Dunia hanyalah ladang kepada akhirat.
10. Pada hari ini barulah saya benar-benar mengerti mengapa gejala sosial semakin meningkat, mengapa semakin ramai yang Islam hanya pada nama, mengapa rumah tangga terabai dsb.

Wednesday, April 22, 2009

SMSS: REVIVAL!!!

Alhamdulillah, on last Saturday, 18th April 2009, RK Training Team was again invited to SMSS to share inputs with REVIVAL (form 5). It was a very wonderful day for us having the opportunity to be with REVIVAL:-)

Happy faces enlightened the session
Opsss!!!


Hurm.. Is this one of the tips to success?;p


Faster! Faster!

All the best in your coming examination:) Be a winner!! Winners never quit. Quitters never win!

Wednesday, April 15, 2009

Kau Sahabat Kau Teman

Kisah Kerusi Roda Untuk Bayyi

Bayyi dan kerusi roda...

Semasa asyraf, napi dgn syuk datang melawat dahulu, Allahyarham hanya terlantar.. masa tu la dirasakan, Allahyarham perlu kurangkan tidur dan perlu duduk...keluar ambik angin... napi ambil inisiatif utk dptkn sumbangan utk kerusi roda...mungkin bayyi boleh jd mcm Syeikh Ahmad Yassin, sapa tahu?

Alhamdulillah, sape sangka dr RM350, duit terkumpul mencecah RM950, tu tak termasuk RM300 lg dgn napi... jumlah duit terkumpul sudah mampu untuk membeli sebuah kerusi roda yang selesa.. namun, the wheel chair spirit yang ditiup hampir seminggu lamanya akhirnya berakhir by 12:00pm semalam... semua dimaklum bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah...
Kerusi roda.....

Saat-saat akhir bayyi...

Ayah bayyi cerita saat2 sblm Allahyarham bayyi pergi meniggalkan kita...

kelmarin, ayah dia kesan jangkitan dlm mulut bayyi... bayyi mula hilang selera makan dan sukar nk menelan... perkara sama berlaku pada arwah mak bayyi dulu...

petang tu, bayyi demam..badan panas sikit... so, arwah tak dimandikan.. lap sikit2 je... memandangkan ada benda dlm mulut dia, bayyi diberi madu... tp, xdiberi panadol sbb memang tak boleh campur madu ngan panadol.

11.00pm, bayyi mula sukar bernafas... masa tu, semua dah nk masuk tidur... tp, ayah bayyi panggil gak, suruh tunggu bayyi dulu. Masa tu,bila ayah bayyi cek, nadi memang dah tak da... ayah bayyi mula ajar mengucap dan bacakan yasin...

11.30pm, bayyi menghembuskan nafas terakhir...
Saya coretkan beberapa luahan sahabat-sahabat yang singgah di peti email saya..
From Asyraf..
Bila tengok tanah kuning menimbus jenazah bayyi petang tadi, rasa mcm tak percaya yg dulu, daging dan tulang dlm tu la yg tidur sama2, gurau sama2,tp sedih, mgkn tak same2...

Teringat salam yang selalunya Allahyarham sahut bila ana blk bilik mase dulu... td, bila ana sampai ke 'kamar' dia, sunyi sepi... hanya boleh ana bygkn adalah sahutan salam arwah dlm fikiran ana...
Ana ingat sgt kata-kata miji: 'kita kena siap sedia doh utk kehilangan bayyi...' ana tahu, ni bukan satu ayat nk jatuhkn semangat sape2, tp satu pesanan untuk kita ke alam realiti yg kita kena terima...
From Abg Azmir..
Allahyarham saudara Bayyi seorang sahabat yang sangat baik dan pemurah dengan senyuman selain loghat kelantan beliau yg membuatkan suara beliau terngiang dan sgt mesra di telinga kita..

Arwah sangat kental jiwa dan komited dengan kerja- kerja dakwah Islami.Masyaallah, hebatnya arwah..

Mungkin sahabat sekalian belum lupa, kereta perodua kenari beliau sangatlah berjasa kepada kita semua. Selalu sangat kita menyewa kereta arwah, terkadang kita gemar minta diskaun pada arwah, dan kadang2 minta dikecualikan terus bayaran (FOC) dengan pelbagai alasan... Baiknya hati beliau, diiyakan saja segala permintaan kita semua (termasuk saya) walau kekadang memang tidak adil kepada beliau sebenarnya kerana kita sebenarnya bersetuju menggunakan keretanya atas kontrak ijarah sejak awal lagi....Atas nama sahabat seaqidah, beliau sanggup berkorban..

Rajin dan komitednya beliau, kita semua sedia maklum.Tidak kisah di posisi mana pun diletakkan, tak kisah walau membuat kerja apa sekalipun, kerja berat, berjaga malam, kerja risiko, beliau galas amanah tersebut sebaik mungkin..Terserlah jernih keikhlasan kerja buat beliau...sesuatu yang tidak mampu kita lakukan..
From Luqman (Qeme)...
mula2 kenal dia pun dah rasa mesra, rasa selesa je bila bersama,x yah nak control2, sembang je apa yg nak, macam dah lama kenal!x yah nak cover2 tsiqah.. sebabnye, x bimbang dia bukannye jenis yg menilai orang lain,dia bukannye jenis yang bawa2 cerite.
asal ade org mitok tulong, buleh je. ana rasa senang nak mitok tolong dengan dia, xde segan2..sebab dapat rasa, dia ikhlas, dia seronok menolong! ingat lagi dia kata,"Kawe ni ngaji x panda(ilmu x byk), duit xdok.. modal (saham utk akhirat) kawe tolong orglah!"
From Abg Amin..
Pernah sekali saya menziarahi beliau. Ketika itu beliau tidak mampu lagi melihat. Namun masih ceria membuat lawak 'Kelantan'. Ketika itu saya tidak dapat menahan sebak tetapi mampu mengawal air mata.Semalam, saya tidak dapat menahan lagi sebak di dada. Pemergian Allahyarham sangat dirasai.
From Me..
Saya kenal Bayyi agak lewat kerana saya merupakan pelajar direct intake. Dari jauh saya sudah boleh menjangka akan keramahan dan keseronokan bersahabat dengan Allahyarham. Lihat sahaja kemesraan Allahyarham bersama rakan-rakan sekelilingnya sudah cukup membuatkan saya rasa senang untuk bersahabat dengannya.
Allahyarham sememangnya punyai daya juang yang tinggi. Allahyarham seorang yang komited dan tidak banyak karenah. Sahabat sangat2 diutamakan. Tatkala sahabatnya susah, Allahyarham sedia membantu dengan wajah yang manis. Walau tension bagaimanapun Allahyarham, beliau tetap ceria bersama sahabat2.
Saya pernah menolak untuk menjadi exco Ma'aruf Club satu ketika dahulu. Akhirnya sememangnya saya tidak dijadikan exco. Namun setelah barisan exco baru dilantik, Abg Syaari dan Abd Tarmizi berjumpa dgn saya meminta saya menggantikan Allahyarham di posisi exco Da'wah & Training. Oleh kerana kebaikan beliau serta menyedari keadaan beliau ketika itu, saya bersetuju menggantikan beliau walaupun posisi tersebut jauh lebih berat berbanding posisi yang saya tolak sebelumnya. Kali ini saya tidak dapat menolak kerana beliau sangat baik kepada saya sebelum2 ini.
Rasa sukar untuk mempercayai. Satu ketika Allahyarham begitu aktif bersama-sama bermain futsal seperti tiada apa2 yang menghalangnya. Satu ketika, ramai yang terhibur dengan lawak jenakanya. Kini Allahyarham sudah tiada.
Sahabat, moga dikau ditempatkan di kalangan para soleheen. Hati ini sedih walaupun jarang dapat berbual bersama-sama dahulu..

Tuesday, April 14, 2009

ALFATIHAH..

Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada sahabat saya dan juga saudara semuslim kita, Ahmad Syukri Abdul Kadir a.k.a Bayyi, yang telah kembali kepadaNya malam tadi. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan para soleheen... Ameen.
"Tiadalah seorang Muslim yang meninggal dunia, lalu jirannya mempersaksikan bahawa mereka tidak ingat tentang si mati melainkan yang baik2 saje, maka Allah menyeru, "Telah Aku terima kata-kata kamu, dan Aku ampunkan dosa-dosanya yang kamu tidak tahu!"
(r. Bukhari n Nasaie)
Ya Allah, hati ini acapkali lalai.. Sesungguhnya mati itu pasti. Cukupkah bekalanku untuk bertemuMu.. Ampunilah ku, ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta seluruh kaum muslimin dan muslimat ya Allah..

Dugaan Allah


1. Pada hari Ahad malam Isnin yang lepas, selepas sahaja selesai saya menjamu selera bersama rakan serumah saya, saya menerima panggilan telefon daripada Wan Adam, rakan saya yang sekarang berada di semester akhir pengajian syariah (ijazah kedua). Rupa2nya tayar keretanya pecah.

2. Setelah mengenalpasti tempatnya, saya bergegas ke sana. Maklumlah, keretanya juga adalah kereta savvy. Hehe, sama macam buraq oren saya tu.

3. Setibanya di sana, sudah ada kurang lebih 5 kereta di tepi jalan. Pada tanggapan saya ramai yang begitu baik hati untuk membantu.

4. Tanggapan saya tidaklah 100% salah. Hehe.. Sememangnya mereka yang berada di sana membantu. Rupa-rupanya kereta-kereta yang ada di situ semuanya menjadi mangsa tayar pecah juga.Ish, ish, ish..

5. Seingat saya, ada 2 kereta savvy, satu kelisa dan satu wira. Semuanya mengalami kerosakan yang sama iaitu 2 buah tayar pecah!!!

6. Saya dimaklumkan sebelum ini sudah ada 4 buah kereta mengalami nasib yang sama dan semuanya sudah selesai menukar tayar. Sepanjang proses menukar tayar tersebut pun, beberapa buah kereta menjadi mangsa tayar pecah lagi.

7. Memang terdapat satu lubang yang agak dalam. Keadaan malam dan hujan menyebabkan pemandu tidak perasan lubang tersebut. Harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil cakna perkara ini. Bahaya sebenarnya.

8. Walau apa pun, sabarlah ye Wan Adam. Moga dugaan ini adalah kaffarah kepadas sebarang dosa yang ada:)

RK Training di SMSS

Sabtu lepas, saya berpeluang untuk bersama-sama team RK Training untuk program sehari di Sekolah Menengah Sains Selangor. Terima kasih Encik Amin Idris:) Program kali ini adalah untuk warga GENESIS i.e. pelajar-pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan. Anda semua sememangnya happening!!


Perkara yang paling menarik minat saya untuk bersama team RK Training ialah pendekatan yang dibawa dalam menyampaikan pengisian. Kami percaya bahawa pembelajaran yang seronok lebih membantu keupayaan minda pelajar untuk lebih kreatif dan menambah rasa minat terhadap pembelajaran.


Sesi ice-breaking. Hehe..

Wahh!! Besarnya!!



Terima kasih kepada Encik Amin Idris. Terima kasih juga kepada semua warga GENESIS atas pertisipasi anda yang amat 'happening'!! Moga PMR kali ini mampu melakar satu lagi sejarah baru buat anda semua!!

Thursday, April 2, 2009

“Islah Nafsaka Wad’u Ghairak”


Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya perolehi lama dulu. Tiba-tiba teringat. Samada saya terbaca di mana-mana laman web ataupun daripada emel saya sendiri.

Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Pada suatu pagi, tatkala pasangan suami isteri ini bersarapan di meja dapur bersebelahan dengan tingkap rumah mereka, si isteri berkata kepada suaminya, “jiran kita tidak membasuh baju-bajunya dengan bersih la. Dia perlu belajar membasuh dengan lebih baik atau mungkin perlukan sabun basuh yang sesuai” Si isteri berkata sambil menuding ke arah rumah jiran mereka yang pada ketika itu sedang menyidai pakaian yang baru sahaja di basuh. Si suami melihat ke rumah jiran mereka tetapi hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang respon.

Perkara ini berterusan hampir sebulan lamanya. Tiap-tiap kali si isteri memberi komen yang serupa, si suami tetap berdiam tanpa memberi sebarang respon terhadap apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.

Pada suatu hari, semasa bersarapan, si isteri berkata, “ha, jiran kita akhirnya sudah belajar membasuh dengan betul”. Si suami menoleh ke arah rumah jiran mereka dan bersuara, “ohh.. pagi ini saya terjaga awal. Jadi saya ambil kain buruk dan lap tingkap rumah kita ni. Kotor sangat dah”. Si isteri terdiam.

Cerita ini amatlah pendek dan memberi satu situasi mudah kepada pembaca. Kebanyakan masa, kita sering terpengaruh dengan persepsi kita kepada orang lain. Kita sering memberi penghakiman kepada orang lain tanpa kita mengenali terlebih dahulu budi pekerti orang tersebut.

Teringat saya kepada satu nasihat yang diberi kepada saya oleh saudara Amin Idris. Segala-galanya berpunca dari hati. Apabila kita punyai niat untuk baik dengan seseorang yang kita temui, maka ianya akan terpancar pada wajah kita. Berbeza jika kita sudah memasang niat negatif terhadap orang yang kita temui.
Maka, moga kita sama-sama dapat membersihkan ‘tingkap’ diri kita sentiasa sebelum kita menyalahkan orang lain, insyaAllah.