Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur bertemu sekali lagi dgn bulan mulia ini. Selamat berpuasa semua!!
Thursday, August 20, 2009
Ahlan ya Ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua!
Dalam bulan ini kita akan berdepan dengan musuh yang paling hampir dengan kita iaitu hawa nafsu. Manfaatkanlah sebulan berpuasa ini sebagai medan mendidik dan melenturkan hawa nafsu kita. Moga-moga, tamatnya Ramadhan, kita mampu menjadi hambaNya yang soleh!
Pertingkatkan Amalan
Puasa bukan hanya menehan diri dari lapar dan dahaga, tetapi puasa itu amat luas konotasinya. Sekiranya kita hanya mampu untuk menhan diri dari lapar dan dahaga sahaja, maka itu hanyalah puasa awam. Puasa ini merangkumi pelbagai aspek. Kata kunci utama adalah menahan diri dari sebarang perkara yang membatalkan puasa dan merosakkan pahala puasa. Maka, renung-renungkan kerja buat kita seharian:-)
Membentuk "self control"
Tidak boleh tidak, puasa ini adalah asas kepada kita mendidik diri kita supaya punyai kawalan diri yang tinggi. Bak kata abu saif (ustaz Hasrizal) ketika menyampaikan pengisian di firma kami, puasa melatih diri untuk menekan butang "pause". Dalam bulan ini, bukan sahaja kita mengawal nafsu makan dan minum kita, malah kita mendidik diri supaya mengawal diri daripada perkara-perkara lain yang mampu merosakkan pahala puasa kita.
Sebagai contoh, entah mengapa, fenomena yang acapkali berlaku ialah, dalam bualan puasa inilah orang cepat melenting. Maka puasa juga mampu mendidik kita agar mengawal amarah diri ini. Jika sesorang itu diprovokasi sehingga menaikkan amarahnya, seharusnya dia bersabar dan mengawal dirinya dan hanya berkata "Inni soim" (Sesungguhnya aku berpuasa). Dalam hadith di bawah ini, seseungguhnya kekuatan individu itu bukanlah diukur dengan kekuatan fizikalnya mengalahkan musuh, tetapi kekuatan dirinya mengawal kemarahan.
لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالسُّرْعَةِ وَاِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.
Madrasah tarbiyyah yang terbaik
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Posted by muhammad zukhairi at 7:06 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
KISAS adalah universiti? Bukan la..
Posted by muhammad zukhairi at 4:39 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Alfatihah: Ustaz Asri
Posted by muhammad zukhairi at 8:13 PM 1 comments
Sunday, August 9, 2009
Awlawiyyat : Keutamaan
Fiqh Awlawiyyat
Apa yang dapat difahami adalah meletakkan sesuatu pada tangga peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan yang adil. Secara kasarnya ialah mendahulukan perkara yang penting berbanding yang kurang penting. Perkara yang wajib mestilah didahulukan berbanding perkara yang tidak wajib. Perkara berkaitan awlawiyyat ini boleh dikaji dengan meneliti ayat-ayat al-Quran dan juga hadith-hadith nabi, Sebagai contohnya, Rasulullah bersabda, "Berdiri di medan jihad sehari semalam, lebih utama ganjarannya daripada puasa dan qiyamullail sebulan lamanya".
Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Muwazzanat
Harus diingati bahawa, dalam menentukan keutamaan, pertimbangan juga harus diambilkira. Perbandingan di sini bermaksud menilai seuatu perkara dengan membandingkan pelbagai kemaslahatan atau manfaat dan juga keburukan. Dalam pertimbangan maslahah ini, para ulama' usul mengklasifikasikan maslahah kepada tiga bahagian (i) daruriyyah (yang paling penting), (ii) hajjiyyah (yang diperlukan) dan (iii) tahsiniyyah (pelengkap).
Beberapa panduan dalam mengutamakan maslahah adalah seperti berikut:
1. kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil
2. kemaslahatan jamaah (ramai) ke atas kemaslahatan individu
3. kemaslahatan yang kekal ke atas kemaslahatan yang sementara
4. kemaslahatan yang asasi ke atas kemaslahatan sampingan
Jemaah vs Study
Berbalik kepada persoalan ini, jika ingin dihurai dengan lebih terperinci, boleh diadakan satu slot ceramah(hehe..) Cukup saya menyentuh secara 'general' dan pandangan ini bersifat peribadi.
Haruslah sesorang itu mengambilkira kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh Islam dalam menjawab persoalan ini. Jemaah/persatuan itu penting namun ianya tidak bermaksud 'study' tidak penting. Kedua-duanya penting kerana (i) perlunya sekumpulan manusia yang melakukan gerak kerja dakwah sepertimana yang disarankan dalam banyak ayat al-Quran dan hadith rasulullah. (ii) perlunya pembelajaran kerana ianya dituntut oleh agama agar Muslim sentiasa menimba ilmu. Kedua-duanya sama penting.
Pertimbangan perlu dilakukan dengan bijak. Memberi fokus melampau terhadap pembelajaran sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam jemaah/persatuan, pada pendapat saya, adalah tidak kena. Begitu juga sekiranya fokus diberikan kepada jemaah/persatuan tanpa menitik-beratkan kepada akademik, turut salah bagi saya.
Jadi macam mana? Imam Hassan al-Banna mengatakan "tanggungjawab melebihi masa yang ada" Ini merupakan sesuatu yang boleh diterima. Maka bergantung kepada kebijaksanaan kita mencatur perjalanan hidup kita. Keseimbangan perlu ada antara kedua-dua tanggungjawab ini.
Kebijaksanaan mencatur
Dalam permainan catur, strategi paling penting. Di sini kita membuat pilihan mana yang perlu digerakkan dahulu, mana yang tidak, mana yang perlu dikorbankan dan mana yang penting untuk disimpan dan sebagainya. Begitu juga dalam soal ini.Institusi jemaah/persatuan perlu bijak mencatur ahli-ahlinya menjalankan tanggungjawab dalam gerak kerja dakwah. Ahli-ahli pula perlu ada rasa tanggungjawab melaksanankan amanah yang telah diberikan. Acapkali berlaku bebanan tanggungjawab. Hal ini saya dapati berpunca daripada (i) kesilapan jemaah/persatuan mencatur strategi mengikut keupayaan ahli-ahli yang ada (ii) sifat/sikap segelintir ahli yang meninggalkan amanah sehingga orang lain yang terpaksa menampung (iii) individu yang gagal mengurus masa kehidupan seharian.
Individu juga berperanan untuk mengatur kehidupan seharian dengan bijak. Disiplin sangat penting dalam kehidupan. Fokus yang tinggi perlu diberi semasa sesi pembelajaran kerana (i) berkat daripada guru/pensyarah, (ii) mudah memahami pelajaran ketika guru/pensyarah masih ada di depan mata (iii) menjimatkan masa untuk mengulangkaji semula pembelajaran di dalam kelas. Soal pengurusan masa inilah yang selalu diabaikan oleh individu.
Kadang-kadang, percaturan jemaah/persatuan itu sangat baik, namun disebabkan kurangnya disiplin individu terhadap kehidupannya seharian menyebabkan pelbagai masalah timbul baik untuk dirinya sendiri mahupun kepada jemaah/persatuan.
Komunikasi sesama ahli jemaah/persatuan juga penting. Hal ini bagi mengelakkan tugasan diagihkan secara tidak adil (tidak meletakkan sesuatu di tempatnya). Contohnya seseorang itu akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya, sebijaknya dia dilepaskan untuk membuat ulangkaji terakhir daripada disibukkan dengan gerak kerja lain. Maka rancang dan buatlah pilihan dengan bijaksana. (wallahua'lam) Posted by muhammad zukhairi at 9:05 AM 3 comments
Akademi Zakat Selangor 3
Saya sempat berkongsi dengan para peserta beberapa syarat asas untuk menimba ilmu:
Hubungan dengan Allah
Perlu disedari bahawa Allah adalah pemberi segala-galanya. Biar kuat mana pun usaha kita lakukan, tetapi hubungan kita dengan Allah tidak terjaga, belum tentu kejayaan itu akan datang kepada kita. Imam Waqi' berpesan kepada anak muridnya, Imam Syafi'ie, bahawasanya ilmu itu adalah Nur (cahaya), dan cahaya ini tidak akan masuk ke dalam hati manusia yang banyak melakukan maksiat. Maka dalam saat-saat terakhir ini, pertingkatkanlah amalan dan hubungan kita dengan Allah.
Hubungan sesama manusia
Sesungguhnya hamba Allah itu adalah mereka yang berjalan di muka bumi Allah ini dalam keadaan rendah diri. Hubungan sesama manusia juga amat penting. Terutamanya akhlak kita kepada ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa berjasa besar dalam menjaga dan membesarkan kita. Guru-guru pula dimuliakan kerana ilmu mereka dan jasa mereka mencurahkan ilmu kepada kita. Mereka ini penting kerana mereka adalah asbab kepada kita mengenal dunia dan berpendidikan:)Hormati Ilmu
Perkara ini amat kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang dapat dilihat buku-buku dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai, dipijak-pijak dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi, kadang-kadang ada antara buku-buku atau nota-nota ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran. Beradablah dengan ilmu kerana ilmu inilah yang membezakan kita dengan orang lain.
Posted by muhammad zukhairi at 1:04 AM 0 comments
Akademi Zakat Selangor 2 (24-26 Julai 2009)
MasyaAllah.. Lama sungguh saya tak update blog ini. Tidak berkesempatan untuk mencuri-curi masa mengemaskini. Banyak pengalaman baru yang saya tempuhi dalam perjalanan mentafsir kehidupan dunia ini.
Sesudah berprogram di Shah Alam, kali ini saya bersama-sama Hariri dan Hafiz (zaujah turut serta) berpadu tenaga dan fikiran menjayakan satu lagi program Akademi Zakat Selangor di bawah payung Global Genius Consultant. Kali ini kami beralih angin. daripada tengah-tengah bandar Shah Alam, kami berhijrah ke kawasan peranginan di Hulu Langat pula. Kekuatan peserta kali ini adalah seramai 40 orang kesemuanya. Mereka terdiri daripada calon-calon SPM 2009.
Motivasi dan Teknik Belajar
Alhamdulillah saya juga turut berkesempatan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan. Di samping menyampaikan modul Pusat Zakat, saya selitkan juga modul-modul seronok belajar daripada Global Genius Consultant. Kami percaya bahawa pembelajaran seharusnya dijalani dalam keadaan seronok. Soalnya, apakah teknik-teknik yang mampu merubah sesi pembelajaran kepada satu sesi yang menyeronokkan. Alhamdulillah, respon yang diberi amat memberansangkan:)

Tetapkan Sasaran anda!
Secara asasnya, kami menekankan perlunya bagi para peserta meletakkan sasaran yang jelas. Sememangnya banyak pakar motivasi memberi tips yang sama. Maka, sasaran sangat memainkan peranan yang penting kerana sasaran membuatkan diri kita terpandu untuk mencapai sesuatu. Bukan sahaja sasaran berbentuk kecemerlangan dalam SPM, malah sasaran ini perlu melangkaui akademik dengan mengambilkira kehidupan secara menyeluruh.
Hargailah Nikmat
Ada yang diberi kelapangan dalam kehidupan ini oleh Allah. Ada yang hidup dalam keadaan kesempitan yang teramat-sangat. Saya berbisik dengan rakan saya, Hariri, bahawa para peserta ini amat beruntung kerana mendapat bantuan daripada pusat zakat. Maka perlulah sentiasa beringat dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan:) Kelapangan yang dikecapi ini mungkin bila-bila masa sahaja akan ditarik. Pasti berlaku kesukaran umpama insan celik yang ditarik nikmat penglihatannya.
Buatlah keputusanSegala teknik telah dikongsi. Pendedahan demi pendedahan telah dipaparkan. Pintu sudah dibuka, hanya diri sendiri yang berhak membuat keputusan untuk melangkah masuk melalui pintu tersebut. Maka adik-adik peserta, buatlah keputusan sekarang untuk menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. InsyaAllah berkat usaha dan doa padaNya, anda semua mampu mengecap kejayaan yang diinginkan.

Posted by muhammad zukhairi at 12:37 AM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
Sematkan azam, buatlah keputusan
Go Man United!!
InsyaAllah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya
Peserta terbaik!!!
Posted by muhammad zukhairi at 8:52 PM 1 comments
Sunday, July 12, 2009
Tips Hilangkan Mengantuk
5. BACAAN SEBELUM KELAS; antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.
Posted by muhammad zukhairi at 9:13 AM 5 comments
Tuesday, July 7, 2009
Dock Brief
p/s : tak lama lagi dah nak habis chambering dah.doakan saya!!:)
Posted by muhammad zukhairi at 7:03 PM 1 comments
Monday, July 6, 2009
Kem Kecemerlangan STPM/STAM KISAS
Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dipilih oleh Allah untuk kembali ke sekolah yang mengenalkan saya kepada proses tarbiah iaitu KISAS. Kali ini, saya dijemput oleh abg Syaari bagi membantu beliau menjayakan kem kecemerlangan STPM/STAM.
Posted by muhammad zukhairi at 7:07 PM 1 comments
Eldaterra : Straight A's

Wah!! Berjalan berpegangan tangan lah!
Dalam banyak aktiviti yang dijalankan, saya teringat kembali saat saya di Kolej Islam dahulu. Kemanisan ukhuwwah memang terasa kerana susah dan senang kami lalui secara bersama sebagai satu batch. 3 peringkat ukhuwwah yang diajar dahulu: (i) husnuszon (bersangka baik), (ii) salamatus sadri (berlapang dada), (iii) ithar (melebihkan sahabat lain dari diri sendiri).

Relaku berkorban demi sahabatku tersayang.
Wah! Macam tugu negara!
Walau apa pun, terima kasih atas memori indah bersama anda semua. Didoakan moga anda semua beroleh kejayaan ayng diimpikan, insyaAllah.

"carilah helah untuk berkawan, jangan cari alasan untuk bermusuh"
Posted by muhammad zukhairi at 6:38 PM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
Not Feeling Well
Posted by muhammad zukhairi at 10:11 AM 2 comments
Friday, June 5, 2009
Alf Mabruk!!!
Tahniah buat rakan2 saya yang telah selamat berkahwin. Maaf tak semua dapat saya pergi lantaran bertembung tarikh dan tempat yang jauh2. Maaf juga ada kenduri yang saya sampai lewat lantaran tuntutan kerja di hujung minggu. hehe...
tahniah buat Hafiz Badarulzaman dan Nabilah, Rusydan dan Sahizawati, Azreen dan Asiyah, Hafiz Bakar dan Suraya, Farah Ziela dan Malik dan lain2 lagi.. banyak sangat. Hehe..
Terima kasih Ceghah sbb tolong saya masa saya outstation ke Kelantan baru2 ni. Sori Mat Yie, tak sempat nak jumpa sebelum balik KL smula. InsyaAllah bila2 boleh jumpa lagi:)
Walau apa pun, tahniah skali lagi kepada yang baru sahaja berumah tangga!!
Posted by muhammad zukhairi at 4:40 PM 0 comments
Tawaddhuk
Sewaktu di universiti dahulu, ketika saya dijemput untuk mengimamkan solat tarawikh, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa peringatan daripada ayat2 suci al-Quran dan juga hadith2 nabi.
Ustaz Norazan memetik ayat yang sama iaitu ayat ke 63 surah al-furqan. Ayat ini menggambarkan bagaimana sifat seorang hamba Allah. Hamba Allah adalah mereka yang tidak membangga diri (tawaddhuk). Malah mereka tidak mencerca, menghina orang lain kerana dalam ayat yang sama, sifat begini adalah sifat orang-orang jahil. Pada penghujung ayat ini disebutkan juga bagaimana sikap hamba Allah apabila mereka berdepan dengan fitnah dan cercaan manusia, mereka akan mengucapkan selamat ke atas orang-orang yang mencercanya.
Tawaddhuk tidak dinilah melalui pemakaian. Bukanlah mereka yang memakai baju yang bertampal2 dikira tawaddhuk. Perkara ini juga harus diseimbangkan dengan sifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Secara ringkasnya, tawaddhuk ini perlu wujud sesama manusia dan juga kepada Allah. Tidak guna jika seseorang itu dilihat tawaddhuk sesama manusia, tetapi ingkar terhadap perintah Allah.
Posted by muhammad zukhairi at 4:28 PM 0 comments
Sunday, May 17, 2009
Terima Kasih Guru
Guru-guru formal saya semenjak tadika, Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Terima kasih atas segala tunjuk-ajar, nasihat, bimbingan serta dorongan buat saya terus melangkah meneruskan kehidupan:)
Mencari kalau-kalau ada di youtube persembahan nasyid kami semasa f5, tetapi hampa. Lagu yang kami persembahkan ketika itu, lagu Terima Kasih Guru nyanyian Mirwana seperti di bawah (tapi ni versi baru)
Haha, ni wat persembahan masa f6 dgn f5
Kepada semua guru saya, kalian amat bermakna buat diriku. Saya doakan kalian sentiasa diberkati dan diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa. Kalian sangat berjasa dalam menyebarkan ilmu, meneruskan sunnah baginda. Pohon kemaafan atas kenakalan anak didikmu ini;)
Posted by muhammad zukhairi at 12:05 PM 1 comments
Sunday, May 10, 2009
Undang-undang : Di manakah ia?
Posted by muhammad zukhairi at 11:07 AM 1 comments
Wednesday, April 29, 2009
Work Centered
Posted by muhammad zukhairi at 8:12 PM 9 comments
Wednesday, April 22, 2009
SMSS: REVIVAL!!!
Alhamdulillah, on last Saturday, 18th April 2009, RK Training Team was again invited to SMSS to share inputs with REVIVAL (form 5). It was a very wonderful day for us having the opportunity to be with REVIVAL:-)


Hurm.. Is this one of the tips to success?;p
Faster! Faster!
Posted by muhammad zukhairi at 8:46 AM 2 comments
Wednesday, April 15, 2009
Kisah Kerusi Roda Untuk Bayyi
Semasa asyraf, napi dgn syuk datang melawat dahulu, Allahyarham hanya terlantar.. masa tu la dirasakan, Allahyarham perlu kurangkan tidur dan perlu duduk...keluar ambik angin... napi ambil inisiatif utk dptkn sumbangan utk kerusi roda...mungkin bayyi boleh jd mcm Syeikh Ahmad Yassin, sapa tahu?
Alhamdulillah, sape sangka dr RM350, duit terkumpul mencecah RM950, tu tak termasuk RM300 lg dgn napi... jumlah duit terkumpul sudah mampu untuk membeli sebuah kerusi roda yang selesa.. namun, the wheel chair spirit yang ditiup hampir seminggu lamanya akhirnya berakhir by 12:00pm semalam... semua dimaklum bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah...
Saat-saat akhir bayyi...
Ayah bayyi cerita saat2 sblm Allahyarham bayyi pergi meniggalkan kita...
kelmarin, ayah dia kesan jangkitan dlm mulut bayyi... bayyi mula hilang selera makan dan sukar nk menelan... perkara sama berlaku pada arwah mak bayyi dulu...
petang tu, bayyi demam..badan panas sikit... so, arwah tak dimandikan.. lap sikit2 je... memandangkan ada benda dlm mulut dia, bayyi diberi madu... tp, xdiberi panadol sbb memang tak boleh campur madu ngan panadol.
11.00pm, bayyi mula sukar bernafas... masa tu, semua dah nk masuk tidur... tp, ayah bayyi panggil gak, suruh tunggu bayyi dulu. Masa tu,bila ayah bayyi cek, nadi memang dah tak da... ayah bayyi mula ajar mengucap dan bacakan yasin...
11.30pm, bayyi menghembuskan nafas terakhir...
Teringat salam yang selalunya Allahyarham sahut bila ana blk bilik mase dulu... td, bila ana sampai ke 'kamar' dia, sunyi sepi... hanya boleh ana bygkn adalah sahutan salam arwah dlm fikiran ana...
Arwah sangat kental jiwa dan komited dengan kerja- kerja dakwah Islami.Masyaallah, hebatnya arwah..
Mungkin sahabat sekalian belum lupa, kereta perodua kenari beliau sangatlah berjasa kepada kita semua. Selalu sangat kita menyewa kereta arwah, terkadang kita gemar minta diskaun pada arwah, dan kadang2 minta dikecualikan terus bayaran (FOC) dengan pelbagai alasan... Baiknya hati beliau, diiyakan saja segala permintaan kita semua (termasuk saya) walau kekadang memang tidak adil kepada beliau sebenarnya kerana kita sebenarnya bersetuju menggunakan keretanya atas kontrak ijarah sejak awal lagi....Atas nama sahabat seaqidah, beliau sanggup berkorban..
Rajin dan komitednya beliau, kita semua sedia maklum.Tidak kisah di posisi mana pun diletakkan, tak kisah walau membuat kerja apa sekalipun, kerja berat, berjaga malam, kerja risiko, beliau galas amanah tersebut sebaik mungkin..Terserlah jernih keikhlasan kerja buat beliau...sesuatu yang tidak mampu kita lakukan..
Posted by muhammad zukhairi at 8:33 AM 0 comments
Tuesday, April 14, 2009
ALFATIHAH..
Posted by muhammad zukhairi at 4:15 PM 0 comments
Dugaan Allah
Posted by muhammad zukhairi at 4:02 PM 0 comments
RK Training di SMSS

Posted by muhammad zukhairi at 3:23 PM 0 comments
Thursday, April 2, 2009
“Islah Nafsaka Wad’u Ghairak”
Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Pada suatu pagi, tatkala pasangan suami isteri ini bersarapan di meja dapur bersebelahan dengan tingkap rumah mereka, si isteri berkata kepada suaminya, “jiran kita tidak membasuh baju-bajunya dengan bersih la. Dia perlu belajar membasuh dengan lebih baik atau mungkin perlukan sabun basuh yang sesuai” Si isteri berkata sambil menuding ke arah rumah jiran mereka yang pada ketika itu sedang menyidai pakaian yang baru sahaja di basuh. Si suami melihat ke rumah jiran mereka tetapi hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang respon.
Perkara ini berterusan hampir sebulan lamanya. Tiap-tiap kali si isteri memberi komen yang serupa, si suami tetap berdiam tanpa memberi sebarang respon terhadap apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.
Pada suatu hari, semasa bersarapan, si isteri berkata, “ha, jiran kita akhirnya sudah belajar membasuh dengan betul”. Si suami menoleh ke arah rumah jiran mereka dan bersuara, “ohh.. pagi ini saya terjaga awal. Jadi saya ambil kain buruk dan lap tingkap rumah kita ni. Kotor sangat dah”. Si isteri terdiam.
Cerita ini amatlah pendek dan memberi satu situasi mudah kepada pembaca. Kebanyakan masa, kita sering terpengaruh dengan persepsi kita kepada orang lain. Kita sering memberi penghakiman kepada orang lain tanpa kita mengenali terlebih dahulu budi pekerti orang tersebut.
Teringat saya kepada satu nasihat yang diberi kepada saya oleh saudara Amin Idris. Segala-galanya berpunca dari hati. Apabila kita punyai niat untuk baik dengan seseorang yang kita temui, maka ianya akan terpancar pada wajah kita. Berbeza jika kita sudah memasang niat negatif terhadap orang yang kita temui.
Maka, moga kita sama-sama dapat membersihkan ‘tingkap’ diri kita sentiasa sebelum kita menyalahkan orang lain, insyaAllah.
Posted by muhammad zukhairi at 9:58 AM 0 comments











