Saturday, October 4, 2008

macam-macam imam tarawih


semalam saya sempat berkunjung ke rumah mak lang saya di sini. sewaktu berbual-bual, mak lang saya pun membuka cerita tentang seorang imam muda di masjid kuala ina. (sape2 duduk tampin, taula)

"nasib baik mak lang tak pegi tarawih kat masjid ari tu."

hah??? sepatutnya orang rasa rugi tak pegi tarawih berjemaah di masjid. rupa-rupanya mak lang nak cakap yang malam berkenaan imam utama tak dapat hadir kerana sakit. jadinya dia telah meminta imam muda untuk menjadi imam tarawih. tetapi, imam muda tersebut telah menyuruh seorang pelajar uia yang pulang untuk bercuti raya menjadi imam solat tarawih.

apa yang nasib baiknya??? rupa-rupanya pelajar uia ni membuatkan solat tarawih itu jadi lama. daripada kebiasaannya tamat pada pukul 9.30 mlm, akhirnya tamat pada pukul 10.30 mlm dengan jumlah rakaat yang sama. kenapa???

pada tanggapan awal saya agak2nya imam tersebut membaca surah yang panjang-panjang. tetapi lain pula halnya. imam tersebut dikhabarkan memanjangkan ruku' dan sujudnya. yang mencuitkan hati ialah ramai makmum yang batal solatnya kerana mereka siap menoleh antara satu sama lain ketika ruku' dan sujud kerana tertanya-tanya mengapa imam tersebut ruku' dan sujud lama sangat. siap ada yang berbisik sesama sendiri "kenapa tak bangun2 lagi nih ek??" nak kata imam cabut lari ketika sujud, tak jugak sebab imam masih ada di depan. hehe...

akhirnya, ramai juga yang beredar sebelum tamat solat tarawih. daripada ramai jemaah, hanya tinggal satu saff sahaja. ish,ish...

1. komen saya, jika mengimami solat tarawih terutamanya, perlulah kita memerhati makmum. kebanyakan makmum yang hadir adalah mereka yang sudah berumur. sehingga ada yang sakit pinggang dan lutuk dek kerana ruku' dan sujud terlalu lama.

2. seorang ustaz pernah memberitahu bahawa rasulullah ketika menjadi imam, rasulullah tidak membaca suruah-surah yang terlalu panjang kerana ingin meraikan makmum yang mungkin ada urusan atau anak kecil dsb. wallahua'lam.

3. bagi saya, sememangnya bulan puasa digalakkan memperbanyak amalan. tetapi perlu mengambil kira keadaan sekeliling. jika amalan yang dilakukan bersifat fardi, tafaddal. malah, saya khuatir disebabkan perkara ini, maka ramai jemaah yang fobia untuk bersolat berjemaah di masjid. kan dah jadi tak elok.

p/s : kenapa ruku' dan sujud lama sangat?? saya tertanya-tanya apa yang dibaca oleh imam tersebut.hm...

6 comments:

Anonymous said...

aslmkum sheikh....kat mane skang?
ana rasa imam tu sujud ngn ruku' lame sbb die bdoa kot....solat kan masa utk kita berdoa? cuma die patut bgtau makmum die dulula sebenanye....hehe. tp kalau jd imam utk orang2 tua yg xlarat lebih baik dipendekkan....ye x? hehe,saje bg pendapat.=p selamat hari raya maaf zahir batin ye? hehe...

muhammad zukhairi said...

mungkin juga. cuma imam tu buat tiap2 rakaat solat tarawih tu. tu yang jadi confused. sian pakcik2 n makcik2..

Anonymous said...

ada hadis yang sebut rasulullah sembahyang sunat, baca ayat2 yang panjang2. dan rukuknya seperti lamanya baginda qiam. sujud baginda juga begitu. selama qiamnya.

tapi, itu rasululullah sembahyang seorang diri.

saya pernah sembahyang di belakang imam yang panjang-panjang begini. habis tidak khusyuk salatku. "bila nak ruku? lamanya.." "bila nak i'tidal? lamanya..." hehehe

muhammad zukhairi said...

hehe.. terima kasih perkongsian ilmu:) dalam kes ni bukan sekadar tak khusyu' dan berbisik sendirian, jemaah siap berbisik pada jemaah sebelah "bila nak bangun nih?" ish2...

SpEkmATaKu said...

tergelak baca entry nie =P..teringat kt ceramah ust shamsuri..kate beliau imam sptt ny memikir kn juga makmum kt belakang..xbleh syok sdr..mmg afdal baca doa pnjg2 tp kalau lebih ny menyusahkn org..terkurang la barakah n kemanisanny..

Nurul 'Izzah said...

huhu..kelako gak entry ni :p
tula, besenye kalau sujud terakhir tu je yg lama..hmm..ape ek agaknye imam tu bace? :D

betul2, kita kena tgk siapa ma'mun kita waktu solat..especially kalau yg jd ma'mun tu warga emas, so kena la mengimami solat mengikut kemampuan ma'mun =)

cam Upin & ipin plak bercakap dlm solat :p
hehe..

Neway, 'EID MUBARAK ya akhi =)