assalamualikum abg hairi..
sye nie one of eldaterrians! 1st of all, thanx 4 da motivation that RK gave to eld.. nk minx some helps from u.. HOW TO NOT GET SLEEPY IN CLASS?? slain drpd tido awl???! thanx!~
Respon saya (dengan sedikit 'modifications'):
1.TIDUR MENCUKUPI; bukan kurang tidur dan bukan terlebih tidur. Menurut pakar motivasi, Osman Affan, beliau mencadangkan agar tidur dalam lingkungan 6 jam bermula pada pukul 10-11 malam dan bangun di awal pagi untuk bersiap-siap untuk solat subuh dan sebagainya.
2. TIDUR YANG BERKUALITI; ramai antara kita yang tidur mencukupi tetapi tidur kita bukannya tidur yang berkualiti. TIdur yang berkualiti beerti kita merehatkan diri kita sepenuhnya. Bagaimana ye? Antara perkara yang menyumbang kepada tidur yang berkualiti adalah suasana. Pastikan suasana bilik kita gelap dan tiada bunyi-bunyi yang boleh menggangu tidur kita.
3. PERMAINAN OTAK; semasa saya di universiti dahulu, saya membiasakan diri melelapkan mata dan mula melakukan permainan otak. Antara perkara yang saya lakukan ialah saya mengira nombor 1-10 dan 10-1 semula dengan membayangkan nombor-nombor tersebut dalam bentuk. Saya melakukan perkara ini berulang-ulang. Perkara ini adalah untuk mengoptimumkan tahap penggunaan otak. Ulangi perkara ini sehingga tidur.
4. MINAT; hadith pertama dalam buku hadith 40 susunan Imam Nawawi adalah berkaitan niat. Niat ini amat penting dalam kehidupan seharian kerana dengan niat yang betul dan positif, akan melahirkan tindak-tanduk yang positif. Sentiasa berbisik pada diri sendiri, "Hari ini aku akan belajar benda yang baru dan menarik!"atau apa-apa yang mampu menaikkan semangat kita belajar. Minat tidak datang sendiri tetapi ditanam dengan niat yang betul, insyaAllah.
5. BACAAN SEBELUM KELAS; antara cara lain menanamkan minat selain memperbetul niat ialah melakukan bacaan sebelum kelas. Datangkan persoalan-persoalan yang banyak untuk topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. InsyaAllah perkara ini (daya ingin tahu) dapat membantu kita memberi penumpuan yang tinggi pada kelas dan meningkatkan minat.
6. SENAMAN RINGAN; rakan saya berkongsi dengan saya petua beliau. Beliau selalunya selepas Subuh melakukan senaman ringan dengan ber'jogging' ataupun berjalan-jalan untuk mendapatkan udara yang segar. Pastikan senaman ini adalah senaman ringan sahaja. InsyaAllah mampu membantu menyegarkan diri:)
7. POSISI; pilih tempat yang paling hampir dengan cikgu/pensyarah. Ada beberapa sebab, menimbulkan rasa segan untuk tidur, suara cikgu/pensyarah lebih jelas didengari, mungkin cikgu/pensyarah lebih mudah menegur kita sekiranya tertidur dll.
8. AKTIF; ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalulah bertanya atau memberi pandangan dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah tidak akan mengantuk kerana otak kita sentiasa digunakan secara kreatif dan aktif.
Di atas adalah antara perkara-perkara yang mungkin boleh membantu. Saya pun kadang-kadang turut rasa mengantuk dalam kelas. Jika saya tidak tahan sangat, di waktu kosong, saya akan tidur sebentar di surau;) Selamat mencuba!:)
5 comments:
salam.
ustaz, elemen ke-4 tu NIAT ke Minat ye?
maaf la tak master BM lg.
stuju2.. kalau ngantuk sgt, baik kua kelas jap, g jalan2..kalau smbil jalan tu pun rasa xleh bkk mata, g je tido kejap kt mn2..pastu masuk klas sml, confirm segar!! ;)
elemen ke 4 adalah minat. nak dapatkan minat berpunca daripada niat yang betul. jika niat di hati dah tak betul, nescaya minat pun takkan datang;)
1 lagi yang confirm takkan mengantuk adalah:
TIDO je dlm kelas tu!
Confirm dah tak ngantuk.
pandai betul Ultimatum cakap..kalu nak tido, tak yah dtg kelas la.
Post a Comment