Monday, September 21, 2009

Malam Raya!!!



Malam raya kami di kampung ini meneruskan tradisi 'menghantar takbir' dari rumah ke rumah. Alhamdulillah bilangan penduduk di kawasan sini semakin ramai. Ini menyebabkan kumpulan yang diketuai ayah saya terpaksa dipecahkan kepada dua bagi mengelakkan habis lambat. tahun ini kurang lebih 12 buah rumah untuk dikunjungi pada malam raya tersebut di bawah kumpulan ayah saya. Jadi, setelah disepakati, kami berpecah kepada 2 kumpulan lagi.

Suasana ini dirasai saban tahun pada hari raya Aidilfitri dan juga hari raya Aidiladha. Kalau tidak berpecah kepada 2 kumpulan , saya yakin akan tamat dalam lingkungan 1 pagi. Bagi kebanyakan kami, kami merasakan hal ini kurang sesuai kerana semestinya tuan rumah ingin berehat dsb. Malam raya baru-baru ini kami dapat menamatkan proses hantar takbir dalam lingkungan 11 malam sahaja. Hehe.. awal la pulak.

Saya dapat tahu di kampung lama saya, satu kumpulan berkunjung ke 37 buah rumah!!! Fuh, saya tak pasti bagaimana mereka buat. Yang saya maklum rumah terakhir ialah pada pukul 2 pagi!!

Pelbagai kegembiraan dapat dirasa. Yang dewasa gembira berjumpa jiran-jiran bertukar-tukar cerita, yang kecil-kecil gembira bermain mercun bersama-sama rakan-rakan dan mengumpul duit raya (saya pun dapat juga, hehe..)

Raya kali ini ada kelainan dalam kumpulan takbir saya. Hehe.. anak sedara perempuan saya yang berumur 4 tahun sibuk ingin mengikuti. Hehe.. Jadinya, dia seorang sahajalah yang perempuan dalam kumpulan kami.

Apa-apa pun, dalam kita bergembira, jangan dilupa pada yang susah. Saya teringat rakan saya, Allahyarham Zumratullah, pada 26 Ramadhan 1430 lepas, genap setahun Allahyarham kembali ke rahmatullah. Kepada keluarga Allahyarham, saya yakin rakan saya pergi dalam keadaan baik dan moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah..

0 comments: