Wednesday, October 24, 2007

Tazkirah menarik

Sesekali kita diuji dengan sesuatu, jarang sekali kita ingin kembalikan ia kepada Allah... dan adakalanya kita lupa kepada nikmat2 lain yang Allah beri selama ni. Malah ada antara kita langsung tidak merasa sedar betapa berharga apabila diri mendapat nikmat untuk mengenali Allah selaku Pencipta dan Pemilik alam dan diberi pula peluang menghadap Nya saban hari. Kita sering berharap untuk bertemu muka dengan penulis novel yang kita baca nukilannya, pelakon yang kita tonton filemnya dan tidak kurang pula ada yang merasa cukup bangga dan merasa dirinya cukup bertuah apabila dapat berjumpa dengan pemimpin dunia. Persoalannya sejauh mana kita mengenal pencipta kita? Sejauh mana keinginan kita untuk bertemu Nya? Sejauh mana kita merasa bangga dan bertuah sekiranya berpeluang menghadap Allah SWT? Sememangnya kita berada dilandasan untuk menghadapnya pada saban hari.
Kemudian... kita tanyakan juga, sejauh mana kita merasai nikmat dan bangga berada dalam suatu organisasi yang pimpinannya adalah kekasih Allah... Nabi Muhammad SAW. Seorang manusia yang tidak meminta untuk diundi dan tidak berkempen untuk meraih simpati... malah baginda dengan penuh keikhlasan memberi sepenuh jiwa raga memimpin dunia yang penuh kesesatan, kegelapan dan kejahatan menuju cahaya kebenaran, menerangi kehidupan dan menyuburkan kebaikan bagi ummat manusia seluruhnya. Dengan kepimpinan Rasulallah SAW ummat Islam berjaya menunjukkan kepada dunia model sebuah pemerintahan yang disegani, dihormati malah dicemburui. Maka tidak hairanlah jika ada saja manusia yang tidak senang dengan usaha-usaha untuk mengembalikan Islam ke pentas kepimpinan dunia sepertimana yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu.
Jadi bagi kita yang mengaku bahawa diri kita adalah pengikut Nabi Muhammad SAW, apakah kita benar2 mengenali peribadi baginda yang paling mulia itu? Sejauhmana kita berpegang kepada hadis2 dan ajaran manusia agung ini? sanggupkan kita mempertahankan akhlak, peribadi dan ajaran baginda sekiranya dinodai dan dicabar oleh manusia sekarang hingga hari kiamat?
Memang mudah untuk kita berkumpul sambil makan, minum dan berhibur... tapi sanggupkah kita berkumpul semata2 mendengar dan mempelajari isi kandungan kitab al-quran sunnah baginda? Jika kita sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dunia dan peribadi maka adkah sanggup untuk kita mencabar keupayaan untuk melaksanakan dan merealisasikan perintah Allah SWT dan Rasulallah SAW?
Saya tinggalkan lembaran ini dengan segala macam persoalan... untuk kita sama2 tepuk dada tanya iman... wallahua'lam.

"sejam dalam hidupmu yang diisi dengan ketaatan kepada Allah maka akan digantikan dengan berhari-hari yang kekal di akhirat... maka tekunlah engkau walau satu jam dalam sehari untuk berada di tikar sembahyang kerana yang demikian itu ibarat memasukkan wang pelaburan ke dalam tabungan hari kemudian"

0 comments: