Friday, February 22, 2008

8 Mac 2008 - tarikh keramat??


bersawang dah rasanya blog nih.. hehe.. banyak perkara yang nak tulis dalam blog ni sebenarnya.. entry kali ni tak lain dan tak bukan berkaitan pilihanraya yang akan berlangsung tak lama sahaja lagi. pada entry yang sebelum ini saya membicarakan tentang betapa mencuit hatinya peruntukan akta universiti dan kolej universiti yang diguna pakai oleh puak2 yang takut pada golongan mahasiswa.


suka untuk saya coretkan di sini, saya amat mempercayai 3 agen perubah negara iaitu golongan askar, pekerja dan pelajar(mahasiswa). apa maksud semua nih?? dalam membincangkan idea ini, saya suka mengungkapkan satu analogi yang diberi oleh kitaro minami kepada saya. kepada sahabat-sahabat yang membawa kereta, sudah semestinya kita perlu memandang ke hadapan agar kita boleh melihat hala tuju kita. tapi sekali-sekala kita perlu juga melihat belakang bagi memastikan kita di haluan yang betul, tiada kereta belakang yang 'cucuk' kereta kita dsb.. apa yang ingin diperkatakan ialah memang betul kita perlu melihat ke hadapan tetapi jangan sekali-kali kita lupa untuk menoleh sejarah yang kita tinggalkan di belakang.


berbalik kepada 3 agen sebentar tadi. tentera sangat2 memainkan peranan dalam sesebuah negara. kebanyakan negara memastikan pihak kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan ketenteraan. hal ini jelas dapat kita lihat di negara-negara seperti indonesia, filipina, thailand, pakistan dsb. bayangkan jika pihak tentera melancarkan mogok atau pun coup de ta, pastinya kerajaan sedia ada di sesebuah negara akan tumbang kerana tentera mempunyai kekuatan persenjataan.


agen kedua merupaka golongan pekerja. dalam menjana ekonomi negara, semestinya golongan pekerjalah yang memainkan peranan penting. bukan sahaja ekonomi, malah segala kerja pentadbiran negara turut memerlukan tenaga pekerja. jika golongan ini tidak dijaga sebaiknya oleh sesebuah kerajaan, mereka mampu merubah suasana dan corak pentadbiran kerajaan sedia ada.


agen ketiga adalah mahasiswa. kenapa saya mengatakan mahasiswa turut sama menjadi agen perubahan? golongan muda merupakan golongan yang segar pemikirannya. pada saat inilah mereka mula mencabar pemikiran mereka antara teori2 yang diajar dalam kelas dengan praktikal yang berada di luar. mereka ini juga mempunyai semangat yang tinggi. malah sirah rasulullah turut menunjukkan bagaimana golongan muda mampu memberi impak yang cukup berkesan. cukup untuk kita membaca hadith berkaitan ashab al-ukhdud, seorang remaja yang mempelajari sihir dan juga tauhid. akhirnya beliau berjaya membuka mata masyarakat untuk mentauhidkan yang Esa. saidina Ali yang ketika hijrah, masih lagi muda sanggup menggantikan rasulullah di tempat tidur baginda dsb..


contoh terdekat yang mampu kita lihat ialah apa yang berlaku pada era 60an. ketika itu mahasiswa begitu lantang berbicara, memperjuangkan bukan sahaja hak mahasiswa, malah hak masyarakat. hal ini amatlah bersesuaian kerana mahasiswa bukan sahaja mewakili diri mereka di universiti, malah mereka adalah agen-agen masyarakat asal mereka. sekali lagi di negara jiran, Indonesia, mahasiswa pernah keluar di jalanan menjatuhkan kepemimpinan negara. maka mahasiswa juga mampu menjadi agen perubahan. tidak boleh bagi mana-mana pihak memandang mahasiswa sebelah mata sahaja.


lantaran itu, saya menyeru rakan-rakan mahasiswa, supaya membuka minda dan mencabar pemikiran kita. pilihan raya semakin hampir. ianya adalah hak yang dijamin di bawah perlembagaan negara, hak untuk kita memilih pemimpin-pemimpin kita. pemimpin-pemimpin yang amanah, memperjuangkan prinsip2 Islam ataupun moral (ada yang lebih suka perkataan ni), pemimpin yang menjamin demokrasi dsb. tunaikan tanggungjawab kita sebagai warganegara. hal politik bukan hal orang dewasa. ianya hal bersama. malah kita pun sememangnya telah dewasa!!! salam perjuangan

0 comments: