Friday, February 8, 2008

Pilihan raya, peranan mahasiswa?

Akhbar utusan 8 Februari 2008, meramalkan kemungkinan parlimen akan dibubar dalam masa 2 minggu lagi. Hal ini menurut perlembagaannya, satu pilihan raya akan diadakan bagi memilih wakil-wakil rakyat yang mampu berkhidmat kepada rakyat. namun, perlu diingat, pembubaran parlimen bukanlah kuasa mutlak kepada kerajaan sedia ada. Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengimbangi sebarang keputusan kerajaan bagi mengadakan pilihan raya. hal ini kerana pilihan raya memakan belanja yang besar dan mampu mengganggu perjalanan pentadbiran negara. maka, adalah tidak masuk akal sekiranya pilihan raya diadakan setiap tahun.

petanda pilihan raya semakin hampir semakin terasa apabila yab perdana menteri dalam siri lawatannya ke kelantan minggu lepas mengatakan beliau sudah mempunyai ilham. spekulasi yang melanda seluruh negara juga begitu kuat mengatakan ianya akan berlangsung tidak lama lagi. persoalannya adakah pilihan raya ini hanya kepada mereka yang telah bekerja, telah berkeluarga dsb? apa pula peranan mahasiswa yang telah layak untuk mengundi?

kesedaran 'berpolitik' di kalangan mahasiswa amatlah membimbangkan. hal ini boleh dilihat apabila pada tahun lepas telah timbul isu bahawa majoriti rakyat yang masih tidak mendaftar pemilih merupakan golongan muda i.e mahasiswa. jika melihat semula sejarah mahasiswa pada era 60an, 70an, kita mampu melihat bahawa mahasiswa turut memainkan peranan yang penting dalam negara. mahasiswa merupakan juru bicara rakyat, mahasiswa sangat cakna dengan dasar-dasar kerajaan. mahasiswa turut mengambil bahagian dalam isu2 nasional mahupun internasional dsb. namun, realiti yang melanda pada masa sekarang amat-amatlah berbeza.

pernah dalam satu forum mahasiswa berjiwa merdeka yang dianjurkan oleh JAKIM, ketika itu saya dijemput sebagai panelis, saya diajukan soalan berkenaan pandangan saya terhadap auku. secara tulus dan jujur saya memberikan pandangan saya melalui apa yang saya pelajari, kajian yang dilakukan dsb. saya berpendapat beberapa peruntukan dalam auku itu sendiri bercanggah dengan perlembagaan negara kita. malahan sekiranya difikirkan melalui akal yang rasional pun tetap melihat kelemahan auku itu sendiri.

sebagai contohnya, satu peruntukan melarang mahasiswa menjadi ahli, atau menyokong atau menyatakan simpati pada mana2 badan politik, ngo di luar. cukup mudah saya ingin membawa rakan-rakan berfikir, bukankah mengundi pada pilihan raya merupakan satu bentuk sokongan pada mana2 parti politik? bukankah hak ini diperuntukkan oleh perlembagaan negara kita bahawa apabila mencapai umur 21 tahun, maka kita mempunyai hak dalam sistem demokrasi ini. yang amat menambahakn kepelikan saya ialah, bukan sahaja tidak boleh menyokong, malah menunjukkan simpati turut dilarang.

bagi saya, mahasiswa perlu mempunyai idelisme mereka tersendiri. golongan mahasiswa seharusnya membebaskan diri mereka daripada bilik kuliah, cafe, bilik tidur dsb. saat mahasiswa inilah kita perlu meneroka dunia luar, mempersiapkan diri bagi menghadapi alam selepas belajar. adalah amat menyedihkan kiranya mahasiswa dimomok-momokkan supaya tidak mengambil berat apa yang berlaku di luar. bukankah ramia pimpinan negara kita pada hari ini merupakan mereka yang cukup aktif semasa di kampus??

pilihanraya semakin hampir. buat mahasiswa yang bertanggungjawab, laksanakan hak anda. kita turut berperanan dalam negara kita sendiri!!

0 comments: