semenjak pembikinan filem pontianak harum sundal malam, filem2 berunsur genre seram tumbuh bak cendawan selepas hujan di persada seni. hal ini dapat dilihat dengan pelbagai filem seperti jangan pandang belakang, waris jari hantu dan sebagainya. malah, genre seram ini turut 'menyerang' kaca televisyen melalui drama2 bersiri seperti saka dan susuk.
seperti yang telah sedia maklum, filem turut berperanan dalam mendidik penonton. mesej2 yang disampaikan bakal diterima oleh penonton samada dengan tapisan rasional atau diterima secara total ke dalam minda masyarakat. maka, adalah amat penting bagi penggiat seni tanah air memastikan mesej yang disampaikan benar2 mampu membentuk jiwa dan pemikiran masyarakat negara kita.
semasa bersekolah di kolej islam sultan alam shah, saya belajar mengenai konsep khauf wa raja' (takut dan harap). secara ringkasnya konsep ini mengajar kita untuk meletakkan segala2nya kepada Allah. kita menanamkan rasa takut hanya terhadap Allah serta menanamkan rasa berharap hanya padaNya. ini ada kaitannya dengan aqidah fard muslim. hal ini disebut dalam al-Quran dalam surah an-nazi'at, ayat ke-40-41 yang bermaksud dan adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya(ALlah) dan menegah diri daripada hawa nafsu maka sesungguhnya syurga itu tempat kembali. adalah salah bagi seseorang muslim itu melatakkan ketakutan dan pengharapannya kepada makhluk. ini seolah2 membenarkan bahawa makhluk mampu memberi mudarat atau manfaat kepada kita dan bukannya Allah.
dr. mahmood zuhdi berpendapat bahawa filem2 ini tidak membawa kebaikan dalam masyarakat melayu khususnya kerana filem2 ini tidak lebih hanya mengutamakan keseronokan semata-mata. malahan filem2 berunsur seram ini mampu memesong aqidah umat islam. kepakaran pembikin filem seram menimbulkan rasa takut melampau dalam minda penonton memang tidak dinafikan. walaupun ada unsur ajaran islam, namun unsur tersebut amat sedikit jika dibanding dengan unsur ketakutan. akhirnya, masyarakat terlebih takut kepada makhluk berbanding pencipta kepada seluruh makhluk. lebih menyedihkan lagi ialah adanya pembawaan unsur bomoh yang berperanan sebagai pembantu kepada mangsa gangguan. tidak ada salahnya bekerja sebagai bomoh. namun rata2 filem meletakkan bahawa bomoh adalah sumber pengharapan untuk pulih daripada belenggu makhluk halus.
harus diingat, penonton filem2 ini bukanlah hanya daripada golongan dewasa, malah kanak2 turut menontonnya. menyentuh sedikit tentang kanak2, seringkali ibu bapa menakutkan anak2 kecil dengan unsur takut kepada hantu dsb. hal ini biasa didengar dengan lafaz' "jangan nakal2, ada hantu kat situ.." dsb. semua bersetuju melentur buluh biar dari rebungnya, namun melenturnya perlulah berhati-hati dan mengikut lunas2 ajaran agama.
menurut dr ma'rof redzuan, pensyarah di upm, kanak2 dalam usianya yang masih muda hanya mampu berfikir berdasarkan apa yang dilihat dan disentuhnya sahaja. pemikiran kana2 tidak mampu menghurai perkara2 bersifat abstrak. maka, kanak2 ini akan mudah menerima apa yang ditontonya sebagai satu perkara yang benar2 wujud dan ini secara langsung menyalahi penerapan aqidah yang benar.
namun, ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat kita sudah matang dan mereka hanya menonton filem2 ini sekadar memenuhi keseronokan diri. hal ini tidak saya nafikan. namun saya amat percaya bahawa rata2 masyarakat kita masih lagi terikat dengan unsur2 khurafat dan mudah percaya kepada unsur2 ini. turut diingatkan juga bahawa syirik itu terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi(sembunyi) dan syirik jali (terang).
secara konklusinya, penggiat filem tanah air perlulah menyeimbangkan karya2 seni mereka. dalam masyarakat kita dicanang menuju ketamadunan dan kemajuan, pembentukan budaya fikiran juga mestilah selari dengan misi tersebut iaitu tidak bersifat ke belakang. filem memang memberi impak kepada pembentukan sesebuah masyarakat. maka, sebarang filem yang ingin diterbitkan perlulah diselarikan dengan lunas2 islam yang sebenar agar masyarakat dapat belajar secara tidak langsung akan ajaran islam.
Friday, May 2, 2008
takut dan harap
Posted by muhammad zukhairi at 6:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya bersetuju dgn pendapat yg mengatakan bahawa filem yg berunsur hantu yang boleh membawa ketakutan tidak memberi kebaikan kpd kita. Kenapa kita mahu menakutkan perasaan kita dengan menontot cerita sebegini. ada baiknya jika kita sama-sama menontot filem yg memberi kita motivasi dan pengajaran yg berguna
Post a Comment