Tuesday, August 12, 2008

Ceramah di Sekolah Kebangsaan Sri Saujana

pada 9 ogos yang lepas, saya telah dijemput untuk menjayakan khemah ibadah di sekolah kebangsaan sri saujana di sri petaling. itu merupakan kali pertama saya ke sekolah berkenaan. saya telah tersesat hampir 45 minit dalam usaha mencari sekolah tersebut. keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan turut mencemaskan saya. takut-takut tidak sempat hadir sebelum maghrib. mujur saya bertolak awal dan berjaya tiba di sana sebelum maghrib.

PAKEJ
saya diminta untuk mengimamkan solat maghrib, isya', mengapalai bacaan yasin dan juga mengimamkan solat hajat (pakej). seperti yang dijanjikan, saya diminta untuk memberi sedikit pengisian selama setengah jam pada malam tersebut. alhamdulillah saya berpuas hati dengan penyampaian saya pada malam tersebut.

PENGALAMAN
peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar darjah 5 dan 6 sekolah berkenaan begitu energetik dan partisipatif. teringat saya ketika pengalaman saya yang pertama memberi ceramah maal hijrah di sebuah sekolah rendah di batu caves. bayangkan anda berdepan dengan kurang lebih 100-150 pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga 3 yang berkumpul di ruang kantin sekolah. sememangnya itu merupakan pengalaman yang amat berharga kepada saya. pengalaman tersebut mengajar saya sedikit sebanyak cara yang sesuai menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.


gambar hiasan

PERKONGSIAN
saya menekankan soal mencari kawan dan adab-adab bersahabat. ciri-ciri sahabat yang perlu ada ditekankan. bagaimana saya menyampaikan input-input penting tersebut?? ha!!! saya telah menggunakan kaedah bercerita kepada mereka. kaedah ini amat bersesuaian dengan pelajar-pelajar sekolah rendah.

"ikutlah akal fikiran dalam hidupmu kerana ikut nafsu, lesu... ikut hati, mati.."

PESANAN
teringat pada pesanan guru saya ketika di tingkatan 3 dahulu. ikutlah akal fikiran dalam hidupmu kerana ikut nafsu, lesu... ikut hati, mati.. saya kongsikan juga perkara ini dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut. moga-moga ada impak yang positif kepada mereka walaupun hanya sedikit,insyaAllah!!!

PENGAJARAN
jauh perjalanan, luas pandangan.. banyak yang saya pelajari dalam kerja saya berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. hidup ini tak selalunya indah. banyak jalan yang penuh duri perlu dilalui untuk menuju hidup yang hakiki. masih ada ramai masyarakat di luar sana yang saya sedari memerlukan sumbangan saudara muslimnya yang punyai rezeki yang lebih baik. di sekolah inilah saya melihat perlunya remaja membantu mendidik kanak-kanak bagi lebih memahami ajaran islam. melentur buluh, biar dari rebungnya!!!

sekalung penghargaan buat ustaz nazri yang sudi menjemput saya untuk berceramah dan menjayakan kem ibadah sekolah kebangsaan sri saujana. moga-moga segala usaha mampu melahirkan anak-anak muda yang menjadi muslim sejati.

terima kasih daun keladi!!!

3 comments:

Anonymous said...

Salam.

hrm...rupanya akh Zukhairi bnyk jgak mlibatkan diri ngn prgram2 utk pljr skolah ye.

ana ada jgak join motivation camps for various secondary schools. But just started lah. Baru mula bulan Feb baru2 nie. Have much to learn lagi.

nampaknya nta dah lama dlm arena motivation and training... sejak bila terlibat?

Cahaya Segar said...

salam
abg zukhairi,,
nie salah seorang peserta khemah ibadah sk sri saujana

muhammad zukhairi said...

salam..
salam kecemerlangan kepada adik nurul:)