Tuesday, August 12, 2008

LeadEC di UIA Kuantan: Membina Pemimpin Magnetik

RKTraining & Management


pada 3 ogos yang lepas, selepas berprogram di perodua, saya sekali lagi menemani encik amin idris bermusafir ke uia kuantan bagi menjayakan program kepemimpinan anjuran majlis perwakilan pelajar (mpp) uia kuantan. kali ini peserta yang terlibat kurang lebih 90 orang semuanya. majoritinya peserta perempuan.

perjalanan yang agak jauh tidak mematahkan semangat kami untuk bersama dengan pemimpin-pemimpin pelajar daripada pelbagai kelab dan persatuan. pelbagai teknik dicurahkan bagi melahirkan pemimpin yang magnetik. seperti yang ditekankan oleh encik amin, jawatan hanya menyumbang 15% dalam kepemimpinan. 35% lagi merupakan ilmu tentang kepemimpinan. selebihnya iaitu 50% adalah daripada personaliti seorang pemimpin.

"...jawatan hanya menyumbang 15% dalam kepemimpinan. 35% lagi merupakan ilmu tentang kepemimpinan. selebihnya iaitu 50% adalah daripada personaliti seorang pemimpin..."

pelbagai aktiviti diselit agar program separuh hari ini tidak menjadi program sehala yang bosan. sememangnya peserta-peserta memberi kerjasama yang baik dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi. pada penghujung program, para peserta telah bersetuju untuk menjayakan 5 resolusi bersama:
  1. Ramaikan sahabat dan kenalan (10 sahabat setiap bulan) melalui kaedah PS2
  2. Setiap orang memiliki palanner untuk merancang hidup ke arah mencapai matlamat
  3. Amalkan self-reward dan self-punishment untuk meningkatkan disiplin diri
  4. Baca 1 bulan 1 buku
  5. Sasarkan 1 kamahiran baru setiap semester

semoga pemimpin-pemimpin muda ini sentiasa maju dalam bidang kepemimpinan!!!

0 comments: