saya pernah menulis tentang filem2 seram dalam blog ini dahulu. sekali lagi saya ingin menyentuh perkara yang sama dalam entri kali ini. filem2 berunsur seram semakin popular di kalangan masyarakat kita pada hari ini. malah, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa produser-produser seolah-olah berlumba-lumba menerbitkan filem-filem berunsur seram.
drama seram terbaru yang kini ditayangkan di saluran TV3 berjudul puaka niyang rapik mempunyai keunikan tersendiri. saya sempat mengikuti beberapa episod drama ini. sempat juga saya berbincang-bincang dengan emak saya akan baik buruknya drama berunsur seram ini.
saya cukup percaya industri perfileman memainkan peranan yang cukup besar dalam mencorak pemikiran dan sosio budaya masyarakat. rata-rata rumah di malaysia mempunyai sebuah televisyen. malah, televisyen kini mampu diakses hanya dengan menggunakan telefon bimbit. maka, tidak salah jika saya mengatakan bahawa televisyen mampu menjadi 'guru' kepada setiap lapisan masyarakat.
"jangan nakal-nakal, ada hantu kat belakang rumah tu"
mungkin masih wujud lagi dialog-dialog sebegini menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak terlalu nakal. namun, jika dialog ini sudah tidak lagi dipraktikkan, kehadiran filem-filem berunsur seram ini di kaca-kaca televisyen sudah mampu membahayakan aqidah muslim. menurut dr. mahmood zuhdi, filem2 ini tidak membawa kebaikan dalam masyarakat melayu khususnya kerana filem2 ini tidak lebih hanya mengutamakan keseronokan semata-mata. malahan filem2 berunsur seram ini mampu memesong aqidah umat islam.
mari kita fikir-fikirkan sejenak, sebagai muslim, aqidah kita ialah agar kita takut kepadaNya (rujuk surah an-nazi'at, ayat ke-40-41). takut melakukan maksiat kerana kita yakin Dia maha melihat, maha mengetahui etc. setiap amal buruk kita akan dihitung di hari akhirat kelak. ini yang sepatutnya diterap dalam diri incividu muslim sejak dari kecil lagi. malangnya, kini, umat islam seolah-olah lebih takutkan 'hantu' berbanding pencipta mereka.
walaupun ada diselitkan sedikit pengajaran serta amaran bahawa cerita ini adalah rekaan dan sebagainya, adakah perkara-perkara tersebut memadai dengan ketakutan yang dihidang selama 1 jam? drama terbaru di kaca televisyen pula secara terang-terangan menggambarkan 'hantu' dengan pelbagai rupa yang menakutkan.
malahan hantu-hantu tersebut seolah-olah mempunyai kuasa dan mampu mengambil nyawa manusia. hal ini sama sekali bercanggahan dengan pemahaman aqidah kita bahawa yang berkuasa menghidup dan mematikan adalah Dia.
saranan saya, pihak media terutamanya perlu lebih cakna akan kesan negatif ini dan tidak hanya mengejar keuntungan. ibu bapa pula perlu lebih berhati-hati dalam membiarkan anak-anak menonton filem/drama berunsur seram ini. saya terbaca dalam sebuah majalah yang menyatakan;
amat malang sekali kerana tatkala malaysia sedang melangkah maju ke hadapan, budaya pemikiran semakin dibawa ke belakang
1 comments:
TV3 dan media2 memang mcm tu.. klu kita buat tayangan vcd alam barzakh x boleh, salah, xsesuai.. dlm buletin utama tv3 sblm ni kata vcd alam barzakh membuatkan kanak2 trauma.. tapi dlm masa yg sama tv3 baru je launch cerita niang kerepek nih.. hmm.. ada double standard ke? pihak jwtnkuasa mufti xde nk buat komen?
Post a Comment