Monday, June 30, 2008
Komputer oh komputer...
haha.. jeng, jeng, jeng..semuanya gara-gara cicak yang cuba mendiami ruang 'power supply' tersebut. ntah bila cicak tu masuk dalam 'power supply' pun saya tidak pasti. sedar-sedar cicak tu pun dah mati kene renjatan elektrik. tak pasal-pasal terpaksa la membeli 'power supply' yang baru. harga di sini jauh berbeza jika dibanding dengan kuala lumpur. semestinya harganya jauh lebih mahal. tapi nak buat macam mana..
alhamdulillah, selesai satu masalah.. tapi, bermula maghrib hari yang sama sehingga awal pagi tadi, saya 'mengerah kudrat' saya untuk menyelamatkan komputer ayah saya daripada serangan virus dan juga spyware pulak.. hehe.. pelajar jurusan undang-undang nak baiki komputer?? jangan jadi ibarat si tikus membaiki labu sudahla, bisik hati saya.
semuanya bermula gara-gara anti-virus yang sedia ada sudah tidak boleh di'update' lagi. selama kurang lebih sebulan saya tiada di rumah, komputer ayah saya yang sememangnya sentiasa digunakan untuk melayari internet telah dijangkiti virus dan spyware. saya mencuba mengeluarkan hard disk ayah saya dan disambung pula di komputer saya untuk di'scan' dengan anti-virus komputer saya. memang banyak virus berjaya dibuang. tetapi, masih lagi tidak dapat memulihkan komputer ayah saya seperti sedia kala. mungkin kurang mahir dalam bab2 nih. hehe..
akhirnya, saya pun mengalah dan menghantar komputer tersebut ke kedai. bukan tidak mahu hantar dari awal lagi, cuma disebabkan kedai tutup di hujung minggu dan juga nak cuba elakkan terpaksa mengeluarkan duit lagi semata-mata untuk servis 'scan'. lagipun baru sahaja hari jumaat saya hantar komputer yang sama ke kedai tersebut dan ayah saya membeli 'power supply' yang baru. ish, ish, ish...
sekarang komputer ayah saya ditahan di kedai tersebut. jadi komputer saya pula la yang mengambil tempat di meja komputer dalam perpustakaan di rumah saya. hehe.. seronok juga bila dikenang kembali. kaffarah dosa apa la yang dah saya dapat kali ni. walau apa pun, saya anggap ini sebagai peringatan kepada diri untuk apa2 sahaja.
Posted by muhammad zukhairi at 8:13 PM 6 comments
Friday, June 27, 2008
Kem Kecemerlangan Pelajar2 Tajaan MARA
program kendalian telaga biru ini menampilkan barisan penceramah yang terkenal seperti tuan haji muhammad bin zakaria (editor di telaga biru), prof. izzuddin (motivator), ustaz zahazan dan juga ustaz badlishah. slot ceramah yang disediakan sememangnya memberi informasi dan tips-tips yang berguna kepada pelajar-pelajar dalam mengejar kecemerlangan.
tertarik dengan matlamat MARA dalam mengadakan kursus ini iaitu bagi mencapai kecemerlangan JERI. J= jasmani, E=emosi, R=rohani dan I=intelek.
berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika program ini.
Posted by muhammad zukhairi at 9:03 PM 6 comments
RK Training: Menjadi Pemimpin Magnetik
pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang terdiri daripada dua kaum iaitu melayu dan cina diberi pendedahan tentang skills menjadi pemimpin yang berwibawa melalui ceramah daripada encik ahmad fadzly yusuf. secara ringkasnya, peljar didedahkan bahawa pangkat/jawatan hanya menyumbang sedikit sahaja untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. selebihnya, seorang pemimpin memerlukan ilmu dan juga personaliti yang hebat.
setelah selesai sesi ceramah, pelajar-pelajar dihidangkan pula dengan aktiviti-aktiviti menarik melalui modul2 dan games. malah, mereka dibawa melihat keadaan hutan sewaktu malam (night walk) serta jungle tracking. secara keseluruhannya, banyak perkara juga dapat saya pelajari secara tidak langsung daripada program ini dan dapat juga saya membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.
Posted by muhammad zukhairi at 8:52 PM 0 comments
Friday, June 20, 2008
4 hari bersama adik-adik SMK Jengka 10 & Jengka Pusat 2
sesi riadhah: dressing macam nak g jalan2 jer;)
barisan fasilitator: terbaik punya!!!
praktikal wudhu'
sempat ber'posing'
iwan tengah azan zohor
walaupun program ini agak lama, namun saya rasa puas dapat berkenalan dengan mad'u yang baru:) adik-adik di kedua-dua sekolah ini memang TERBAIK!!! terima kasih kepada JAKIM atas undangan, terima kasih kepada sahabat-sahabat fasilitator yang hebat-hebat belaka. anda semua memang terbaik!!!
moga2 program ini memberi sinar baru kepada adik2 yang hadir.
Posted by muhammad zukhairi at 11:02 PM 2 comments
Teknik Bijak Belajar di Sepang, 3S
pada kali ini saya mengadaptasi konsep 3S yang diperkenalkan oleh Dr. Tengku Asmadi. 3S tersebut ialah SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN. berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika di sana.
belajar umpama main bola!!
malu-malu pulak dia
SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN
bagi mencapai kecemerlangan, perlunya mempunyak SASARAN atau matlamat yang jelas. contohnya ingin mendapat 5A dalam UPSR akan datang. adalah disarankan agar sasaran ini ditulis dan di letakkan di tempat2 yang boleh dilihat di bilik atau di meja belajar. hal ini serba sedikit mampu memberi semangat kepada diri sendiri ketika belajar dan melatih diri meletakkan sasaran yang jelas untuk dikecapi.
walau sasaran sebaik mana pun, tetap tidak berguna sekiranya STRATEGI yang disusun tidak bersesuaian. saya sempat berkongsi 3 teknik kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah ini. antaranya ialah teknik mengambil nota, teknik mengingat serta teknik membuat jadual peribadi.
perkara yang terakhir ditekankan juga tentang SIKAP sesama manusia dan juga Allah. adab tehadap guru-guru, ibu bapa serta rakan-rakan perlu di jaga. yang palng penting adab terhadap Allah. saya juga menyentuh tentenag sikap untuk lebih berdisiplin serta bersemangat untuk belajar menjadi nadi kejayaan.
saya akhiri slot saya dengan membawa kisah benar yang berlaku kepada adik Suhazli yang tiada tangan dan kaki namun masih mampu memperoleh 5A dalam upsr. genius hanya menyumbang 1 peratus terhadap kejayaan. tetapi 99 peratus lagi adalah usaha gigih untuk terus berjaya.
Posted by muhammad zukhairi at 10:15 PM 0 comments
Salam Pertemuan Kembali
setelah hampir seminggu lamanya tidak meng'update' blog ini. sebenarnya dalam masa hampir seminggu ini saya tidak berkesempatan untuk melayari internet. di manakah saya semiggu lepas??
15 Jun 2008 (ahad) - memberi ceramah teknik bijak belajar kepada murid-murid tahun 6 sekolah kebangsaan labu lanjut, sepang.
16-19 Jun 2008 (isnin-khamis) - menjadi fasilitator jemputan program JAKIM di negeri sembilan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah jengka 10 dan jengka pusat 2.
moga2 ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada saya dan dapat menyumbang sesuatu kepada peserta-peserta program-program berkenaan.
Posted by muhammad zukhairi at 10:00 PM 0 comments
Thursday, June 12, 2008
Yang tua dihormati, yang muda disayangi
peniaga: bang beli bang. murah je buah-buah ni bang. baru keluar dusun je pagi tadi.
pembeli: berapa ringgit sekilo ni bang?
peniaga: 3 ringgit je bang. manis ni bang. boleh cuba
pembeli: kalau macam tu abang bagi saya 2 kilo buah mangga ni la yer.
situasi kedua: di sebuah kedai makan (pengalaman rakan saya)
pembeli: kak, ambil order ni kak. akak tolong bawakan kami nasi goreng ayam kunyit, air milo tabur, mee ladna dan air bandung. bagi sup jugak yer kak.
peniaga: eh, ape kakak2?? saya muda lagi tau. lagi muda dari awak.
situasi ketiga: perbualan antara rakan2
Ahmad: ler, leceh la nak panggil kakak kat senior2 nih. meluat plak aku.
Ali: alah ko tu, panggil je la. diorang kan lebih berumur daripada ko. aritu masa junior ko panggil nama ko jer, ko merungut pulak cakap dia tak respect ko yang lebih tua la, ape2 la. kalau ko taknak panggil or tunjukkan rasa hormat melalui panggilan, baik ko pun jangan expect yang sama.
ahmad: alamak, kene paku la pulak..
situasi-situasi di atas adalah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan. mungkin jarang bagi sesetengah orang. kadang2 kita merasa leceh nak panggil orang yang lebih senior daripada kita dengan panggilan abang atau kakak. tetapi, jangan kita lupa, ada juga orang yang particular dalam bab ini. semuanya berkaitan dengan komunikasi dua hala dan menimbulkan rasa senang orang lain bersama kita.
sebagai seorang pendakwah mahupun pemimpin, hubungan sesama orang lain amat penting dijaga. mungkin kita pandang remeh akan perkara ini. tetapi adakah rakan kita mempunyai pemikiran yang serupa. sukar sangatkah kita ingin melafazkan pangkat kepada mereka yang lebih berumur daripada kita?? bagus juga kita panggil seseorang itu kakak atau abang. ini menunjukkan kita lebih muda daripada mereka.hehe...
dalam urusan seharian, komunikasi adalah perkara yang amat penting. bayangkan situasi pertama. kenapa peniaga kedai di pasar malam sanggup memanggil pelangganya abang sedangkan kadang-kala kita boleh lihat peniaga tersebut lebih berumur daripada pembeli. inilah dinamakan teknik komunikasi bagi menimbulkan rasa senang pembeli. dalam urusan seharian, mungkin ada orang yang dari riak wajahnya seolah-olah tidak kisah tidak dipanggil sedemikian. tetapi situasi ketiga juga mungkin berlaku. secara tidak langsung kita menimbulkan rasa kurang senang di hati rakan kita. hal ini sedikit sebanyak mencemar hubungan kita dengan rakan2 lain.
mengapa saya tertarik dengan isu ini?? ada yang mengatakan semua ni kerana saya merupakan pelajar lepasan sekolah berasrama. apa yang saya percaya, ini adalah budaya yang telah diterapkan kepada masyarakat kita sejak dahulu lagi. perkara yang sebegitu kecil ini mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian lebih2 lagi dalam hubungan kita sesama manusia. bagi saya panggilan abang or kakak bukan semata-mata kerana kita respect seseorang, tetapi juga sbg acknowledgement terhadap orang tersebut yang lebih berumur. bak kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi:)
bagi seorang pemimpin dan pendakwah khususnya, kita perlu menyesuaikan diri dengan mad'u dan orang2 yang dipimpin. barulah kita boleh membawa mereka mengikuti perjalanan kita mencapai visi dan misi kita:)
Posted by muhammad zukhairi at 12:36 PM 2 comments
Wednesday, June 11, 2008
Blog..
hampir seminggu juga blog ini tak di'update'kan. hehe, lama tak masuk internet. akhir2 ni pulak hadapi sedikit masalah kesihatan. mungkin cuaca yang panas hujan jer. apa2 pun, terima kasih kepada yang berkunjung. insyaAllah akan saya update blog ini dalam masa terdekat. hehe...
Posted by muhammad zukhairi at 12:01 PM 0 comments
Wednesday, June 4, 2008
Rasional pindaan AUKU
MUHAMMAD ZUKHAIRI MUHAMMAD SALEHUDDIN
UIAM
REAKSI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) selepas menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan baru-baru ini pasti disambut baik oleh sebilangan besar mahasiswa di negara ini.
Sejak beberapa tahun lalu, kedua-dua perkara ini hangat dibicarakan oleh seluruh mahasiswa. Perdebatan yang tidak henti-henti ini diharapkan akhirnya dapat memberi kesan yang amat baik kepada warga mahasiswa sekalian.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama, golongan mudalah yang menjadi harapan dan tumpuan pembentukan minda kelas pertama ini.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa atau golongan muda inilah merupakan aset sesebuah negara yang amat berharga. Jika salah corak yang dilakar, maka buruklah golongan muda yang bakal menjadi pemandu negara satu ketika nanti. Maka, satu budaya analitikal dan kritikal perlu dibentuk agar golongan ini mampu mencabar minda mereka ke tahap maksimum.
Kebebasan dalam mengutarakan pendapat yang kritis juga perlu diberi agar mahasiswa mempunyai jiwa besar. Segala kekangan yang mampu menghalang dan menakut-nakutkan sebilangan besar mahasiswa perlu dialihkan.
Di samping itu, kegiatan kemasyarakatan perlu dipergiat lagi. Daripada aktiviti seumpama inilah mahasiswa dapat menyelami keadaan masyarakat di luar sana dan mampu menerapkan semangat saling membantu, bertanggungjawab serta toleransi antara satu sama lain.
Keterlibatan bersama badan bukan kerajaan juga mampu membantu menjadi mangkin kepada hasrat murni kerajaan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Melalui aktiviti seumpama ini, mahasiswa tidak akan hanya terkongkong dan terikat dengan kelas dan kawasan kampus sahaja. Sebaliknya mahasiswa lebih terbuka dan matang dalam memahami keadaan negara serta menghargai keadaan yang ada.
Menyorot kembali era kemahasiswaan dahulu kala, mahasiswa merupakan mereka yang petah dan lantang berbicara. Pentas pengucapan umum perlu dibuka semula bagi memastikan mahasiswa mampu membina keyakinan diri serta mempelajari disiplin mengutarakan pandangan melalui sumber dan fakta yang konkrit.
Kerenah birokrasi yang wujud dapat dikendurkan agar tidak membantutkan proses perkembangan mahasiswa, aset negara ini.
Jika sistem sedia ada mampu juga melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, maka saya percaya dengan sedikit lagi kelonggaran mampu melahirkan mereka yang lebih berketerampilan serta mampu berdaya saing dengan negara-negara lain.
Berkaitan PTPTN, sekiranya dapat dihapuskan caj tiga peratus itu, semestinya ia merupakan berita yang melegakan buat seluruh mahasiswa. Dengan masih adanya isu pengangguran, kos hidup yang semakin tinggi, sudah pasti jika dapat dihapuskan caj ini, ia dapat melegakan sedikit para graduan yang baru menginjak dalam dunia pekerjaan.
Isu riba atau tidak, sudah begitu banyak seminar dan pembentangan kertas kerja dilakukan. Paling tidak, sekiranya perlu dikenakan caj perkhidmatan, biarlah sistemnya betul dan tepat. Hal ini juga dilihat sebagai bertepatan dengan negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara. Pemurniaan demi pemurniaan dalam sistem sedia ada perlu diteruskan demi menjunjung semangat yang diterap ke dalam perlembagaan negara.
Adalah menjadi harapan agar berlakunya perubahan dan pemurniaan dalam kedua-dua perkara ini yang telah menjadi bahan debat sejak dahulu lagi.
Moga-moga usaha melahirkan masyarakat minda kelas pertama dapat direalisasikan dengan sedikit perubahan ini.
Posted by muhammad zukhairi at 12:18 AM 1 comments