Thursday, November 20, 2008

Cuti...

ALHAMDULILLAH, akhirnya dapat juga peluang untuk bersua dengan internet. hehe.. setelah seminggu lebih saya menamatkan kertas peperiksaan terakhir, akhirnya berjaya juga saya mendapat sedikit ruang untuk melayari internet.

sebaik sahaja tamat peperiksaan pada isnin lepas, saya dan rakan sebilik mula mengemas2 barang. fuh, banyak juga barang yang kami ada di bilik. maklumlah, 4 tahun bermukim di uia. mujur sebahagian besar buku-buku saya telah saya bawa pulang terlebih dahulu. akhirnya, setelah siap2 berkemas, saya dapati saya terpaksa membuat 2 trips untuk mengangkut barang-barang saya pulang ke rumah. mujur savvy dapat membantu. hehe... mak saya pun terkejut bila melihat barang saya yang terlalu banyak. hehe...

kertas peperiksaan terakhir saya iaitu civil procedure 2 benar-benar meniggalkan sedikit kesan kepada saya dan rakan2... erm, berlaku sedikit kekeliruan tentang soalan wajib. rata-rata batch saya diberitahu bahawa tidak akan ada soalan wajib untuk kali ini. tetapi, apabila kami membaca arahan di muka depan, "....question one (1) is compulsory...." pada awalnya saya menyangka bahawa mujurlah saya perasan arahan tersebut. kesian rakan di meja belakang saya yang tidak perasan arahan tersebut... tetapi setelah peperiksaan tamat, ada pula khabar angin yang mengatakan sebenarnya cover page kertas itu tersilap dan sememangnya soalan 1 adalah tidak wajib. hm... sukar juga soalan 1 tersebut...hm.. xpela. yang penting dah cuba buat yang terbaik.

Sajak bergambar dengan Mdm. Nik Haizam

saya sedih kerana tak dapat menghadiri lawgrad dinner pada rabu malam khamis. rasa rugi juga tidak dapat bersama-sama rakan-rakan dan terlepas peluang untuk bersua dengan pensyarah-pensyarah yang turut hadir. buat rakan-rakan penganjur, maafkan saya kerana tidak dapat menghadiri jamuan tersebut. xpela, insyaAllah lepas2 ni ada peluang untuk bersua muka.


semasa berkemas-kemas, rasa sayang pada nota-nota yang dapat dan dibuat sepanjang 4 tahun belajar. lantas saya menghantar sms ringkas menawarkan nota-nota tersebut kepada juniors saya. hehe... banyak juga la nota yang saya kelas-kelaskan. alhamdulillah, semuanya diambil oleh adik2 saya. moga2 dapat membantu dalam pelajaran anda nanti:)


oklah..sekadar ini sahaja. nak survey tempat kerja sket. plan untuk menimba pengalaman chambering sebelum melapor diri ke telekom. salam ukhuwwah!!!

4 comments:

Anonymous said...

Selamat berkerjaya!!!

Anonymous said...

soalan cp aritu mmg takde compulsory quest..siapa yang betanya lecturer dapat la tau info nih..mmg tertunggu2 jugak ade anouncement psl quest nih..tapi takpe..semoga kita semua beroleh kejayaan yang terbaik dan terbaik sahaja....selamat ber'chambering'...

Anonymous said...

Salam ziarah,

wah..bestnye dah nak masuk alam keje..ni yang jeles ni..hehe

belajar & bekerja..dua alam yang berbeza :)

All the best to you bro.zukhairi !

Anonymous said...

wah....tlg aku wat promotion nampak...hakhakhak