
memandangkan kertas civil procedure 2 saya pada hari isnin, jadi saya mencuri sedikit masa study saya untuk menjenguk blog ni:) terima kasih kepada yang melawat. hehe..

apa yang menjadi kerisauan saya ialah, kadang-kadang nota yang ditinggalkan berselerakan ini adalah nota-nota subjek agama. mungkin terdapat coretan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya. akhirnya nota itu diterbangkan oleh angin dan berselerak di atas lantas menuggu makcik-makcik cleaner membantu membersihkannya...

cadangan saya, apa kata kita tanamkan sense of belonging terhadap nota yang susah payah kita buat (if buat la) or susah payah kita gi kumpul dan fotostat. kalau rasa-rasa nota tersebut dah tak berguna, kita sedekahkan la pula pada junior2 kita yang mungkin boleh membantu mereka. tak pun, lupuskan nota-nota tersebut dengan baik. tak perlulah kita menyusahkan orang lain untuk membersihkan bagi pihak kita:)
em, walau apa pun, saya doakan kita semua berjaya dalam peperiksaan kali ini. 'berjaya' ini menurut interpretasi masing-masing ye:) salam najah!!!
4 comments:
Ingat Allah di kala senang mga Allah ingat pd hamba bergelar insan dikala kesusahan..peritnya saat imtihan dlm indahnya kemanisan tqarrub pd yg esa dpt dirasa..''fa inna ma'al 'usri yusra'' bersama kesusahan itu ada kesenangan.. Allah is always there to help you. Mattaufiq wannajah...^_^
jangan kata kat uia, kat kisas pun sama, zaman berzaman...abis je spm, bukan nota je, BUKU TEKS & RUJUKAN bersepah kat luar dewan besar. panas hujan buku tu, sampai reput pun ada, kalau buku2 tu boleh bercakap, nescaya di sumpah seranahnya empunya buku. aku percaya mangkuk2 yg membiarkan buku2 & nota2 diorang kat luar dewan besar tu bukanlah tergolong di dalam golongan yang berjaya di dalam spm nya
betul tu.. fenomena ni berlaku kat mana-mana jer. baik kat pusat pengajian tinggi mahupun sekolah2. yang sedih tu institusi2 pendidikan ini membawa nama Islam.. hm... moga2 keberkatan ilmu itu dapat kita perolehi.
salam,
nk mintak permission copy gambo leh?
hehe..tq
Post a Comment