Wednesday, January 21, 2009

Forum Remaja Soleh Keluarga Bahagia


Alhamdulillah, pada 10 Januari 2009, saya telah diundang bagi menjadi moderator forum remaja di taman Melati. Kehadiran penduduk setempat begitu memberansangkan. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa surau al-ikhtisas, taman Melati dan juga Gemilang Consultant yang memberi kepercayaan kepada saya.

Seawal jam 8.15, orang ramai sudah datang memenuhi tapak forum. baik yang masih kecil sehinggalah yang sudah berumur. Mana tidaknya, panelis jemputan adalah pasangan suami isteri pendakwah bebas yang "hot". Tentu ramai sudah boleh meneka siapakah panelis jemputan tersebut. Inilah kali pertama saya berada sebaris dengan Ustazah Dato' Siti Bahyah dan Ustaz Wan Akasyah. Gementar pun ada kerana saya pasti ustazah semestinya akan menjual pantun kepada saya. Namun, alhamdulillah, pengalaman yang ditimba sewaktu belajar di universiti banyak membantu saya mengendali sesi forum tersebut.

Lukman Sebagai Pengerusi
Ha!! Bijak juga rakan penganjur, saudara Shahrul Nizam. Beliau memang ambil pakej dari rumah sewa kami. Hehe.. Saya diundang sebagai moderator forum manakala sahabat serumah saya diundang sebagai pengerusi majlis. Lukman juga tidak kurang hebatnya dengan pantun "on the spot" yang dikarangnya sehingga mampu mencuit hati para penonton. Syabas Lukman!!!

Bermula Lewat
Pasangan suami isteri panelis ini tiba lewat daripada yang dijangkakan. Maklumlah, mereka berdua bergegas dari Merlimau, Melaka setelah habis satu sesi forum di sana. Forum pada malam tersebut merupakan forum yang ketiga untuk hari tersebut. MasyaAllah, begitu tinggi pengorbanan mereka berkelana di merata-rata tempat demi berkongsi ilmu. Semasa sesi forum, sempat ustaz Wan mencoret sesuatu di atas kertas nota saya. Coretan itu dalam bahasa arab dan saya terjemahkan di sini. "Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada". Jika tidak silap saya, ini adalah kata-kata Imam Hassan Al-Banna, pengasas kepada gerakan Ikhwan.

Perkongsian Ilmu
Beberapa isi menarik yang dapat dipetik. Antaranya, Ustaz Wan selaku panelis pertama memulakan definisi remaja seperti di bawah:



R : Relax
E : Enjoy
M : Malas
A : Angkuh
J : Jaguh
A : Angau

Namun ciri-ciri yang disebut di atas bukanlah ciri-ciri remaja yang diimpi oleh masyarakat Islam. Sebaliknya ciri-ciri berikutlah yang sepatutnya ada dalam jiwa remaja muslim:
R : Religious
E : Educated
M : Motivated
A : Adventurous
J : Justice
A : Advice
Alhamdulillah, sangat banyak mutiara ilmu dikongsi oleh kedua-dua ahli panel pada malam tersebut. Tak kering gusi juga para penonton sepanjang forum berlangsung. Terdapat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada seorang remaja istimewa ini merupakan peminat setia Ustazah Bahyah. Dua kali jugalah dia naik ke atas pentas semasa sesi forum berjalan. Kali pertama dia membawa air mineral dan diberi kepada Ustazah. Kali kedua pula dia memberi origami itik yang diperbuat daripada kertas dan diberi kepada Ustazah Siti Bahyah. Ala-ala prison break pula saya tengok.

Lewat Malam
Kurang lebih jam 11.30 malam, sesi forum selesai. Pentas utama diserbu oleh para penonton untuk mendapatkan tanda tangan pasangan panelis. Perkara yang mencuit hati saya ialah remaja istimewa ini tadi turut meminta tanda tangan saya dan Lukman. hehe...
Walaupun penat kerana habis lewat malam, saya berasa beruntung diberipeluang bersama-sama dua ahli panel terkenal tanah air. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari pada malam tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan forum tersebut. Moga usaha ini mampu membantu merubah masyarakat, insyaAllah.

6 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

Salam, feel free to visit my site.

www.nuruddinzenki.blogspot.com

huhu, lama xjumpa future motivator nih. Psycho2..

Anonymous said...

Power!! Power!! Manthop

SoalHati said...

fuyyo..mantaplah! mula2 jd moderator..nanti duk sebaris sebab jadi penceramah jemputan same :)

SpEkmATaKu said...

wah dh selangkah kehadapan
tahniah..nnt anda plak y bz
menerima undangan hehe..
all d bess

muhammad zukhairi said...

Mudah-mudahan, insyaAllah. semua ini adalah mutiara pengalam yang berharga buat saya!!!

MofiR said...

tahniah kepada shbt2 ku...