Friday, January 23, 2009

Workshop on Smart Management : INTEC


Pada 17 & 18 Januari lepas, saya berpeluang untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dengan adik-adik dari persatuan PSC INTEC. Pada pagi Jumaat, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada senior saya Ust. Redhauddin meminta bantuan saya mengendali bengkel/"group binding" persatuan ini. Memandangkan saya agak lapang pada hujung minggu lepas, saya bersetuju untuk membantu.
Berseorangan

Pada asalnya saya dikhabarkan bahawa saya akan bersama-sama Ust. Syaari akan mengendali perjalanan program tersebut. Tetapi Ust. Syaari tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain. Maka saya berseorangan dengan dibantu beberapa komiti yang bersemangat dan bagus!!! Terima kasih kepasda Rashid and the geng.

Last Minute
Walaupun saya mendapat maklumat agak lewat, mujur komiti yang ada sememangnya bijak telah menyediakan back up plan. Saya sampai dalam jam 10 pagi di tempat program pada hari Sabtu. Terus sahaja adik-adik ini bertanya nak buat apa. Saya yang masih agak terkejut bertanya kalau-kalau ada apa-apa paerancangan yang telah difikirkan oleh mereka. Akhirnya kami putuskan untuk meneruskan acara treasure hunt. Saya memperelok sedikit perjalanan treasure hunt dan Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar. Maaf yer adik-adik PSC kerana ada beberapa modul yang mencabar fizikal, perasaan dan kesabaran adalah berasal daripada cadangan saya!! hehe...

Treasure Hunt
Alhamdulillah, sesi treasure hunt berjalan dengan baik. Objektif utama treasure hunt ini bukanlah untuk bersuka-ria sahaja, tetapi lebih kepada membina teamwork, semangan berkorban, serta menampilkan kemanisan ukhuwwah. Terdapat beberapa check point yang sengaja saya cadangkan agar peserta ini 'didera'. Bukanlah didera dengan erti kata sebenar. Sebaliknya check point ini sebagai ujian kesatuan mereka dan kesediaan mereka berkorban demi sahabat-sahabat mereka. Alhamdulillah, respon yang positif diterima.


Hubungan Kekeluargaan

Sememangnya dalam memastikan survival sesuatu organisasi, teamwork amat penting. Bagaimana membina teamwork?? Soalan ini agak subjektif untuk dijawab. Namun pada asasnya saya meletakkan ukhuwwah sebagai pra-syarat. Dalam ukhuwwah terdapat 3 peringkat iaitu Husnuzzon, Salamatussadri dan Ithar.

Perkara yang paling asas ialah kita bersangka baik (husnuzzon) sesama rakan kita. Persepsi akan banyak mempengaruhi gaya kita berkawan dengan orang lain. Jika kita mempunya persepsi yang buruk, secara semulajadinya perasaan itu akan terpancar di muka dan pergerakan tubuh badan kita. Maka perkara ini amatlah tidak membantu dalam kita ingin menjaga hubungan sesama rakan kita. Malahan sebagai muslim, kita dianjurkan untuk sentiasa bersangka baik.

Tingkatan kedua pula bermaksud sentiasa berlapang dada sesama rakan kita. Hal sebegini amat penting dalam menjaga keharmonian ukhuwwah. Seringkali berlaku pergaduhan adalah disebabkan kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah. Sememangnya perselisihan pendapat itu tidak dapat dielakkan. Tetapi lebih baik saling memaafi daripada terus-menerus bermasam muka dan saling tuding-menuding antara satu sama lain.

Tingkatan seterusnya adalah melebihkan sahabat kita lebih daripada diri sendiri. Jika kita meneliti sirah rasulullah dan para sahabat, sikap ithar ini diamalkan dengan meluas. Pernah dalam peperangan, antara yang nazak meminta air, sebelum seorang itu minum, terdengar rakannya pula meminta air, maka orang yang pertama ini tadi sanggup memberi rakannya minum terlebih dahulu. Inilah kemanisan ukhuwwah apabila kita berasa rakan kita mengambil berat tentang kita sehingga ke tahap ini.

Perkongsian

Saya mengambil beberapa slot bermula selepas asar sehinggalah malam untuk berkongsi sedikit sebanyak teori pengurusan. Mujur di dalam thumb drive saya masih terdapat slide presentation smart management yang saya sediakan untuk sesi bengkel di DQ dahulu. Secara asasnya saya menekankan perlunya ada matlamat yang jelas dalam sesebuah organisasi, punyai strategi yang berkesan dan punyai sikap / disiplin yang tinggi. Saya juga cuba membawa satu konklusi bahawa dalam kerja berasukan ini, perlunya suasana win win situation (macam mana?? best tak game tu?). Dalam pengurusan organisasi juga perlunya konsep interdependent kerana setiap orang punyai kelebihan yang tersendiri berbeza antara satu sama lain.


Tamat

Program diisytihar berakhir pada kurang lebih jam 3 ptg ahad. Setiap ahli jawatan kuasa PSC melakukan resolusi masing-masing dan memasang azam yang jitu untuk mempertingkat dan mengatasi kelemahan-kelemahan terdahulu. Moga-moga kalian berjaya dalam membawa PSC menjadi persatuan yang disegani di INTEC.

akhir kata, "kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada"

2 comments:

Anonymous said...

salam...syukran,modul2 yg ade sgt mmberi kesan...mnisnya ukhuwwah!!!

Husaini said...

salam..
syukran abg zu..
byk tolong kitorang arituh..=)