Tuesday, April 14, 2009

Dugaan Allah


1. Pada hari Ahad malam Isnin yang lepas, selepas sahaja selesai saya menjamu selera bersama rakan serumah saya, saya menerima panggilan telefon daripada Wan Adam, rakan saya yang sekarang berada di semester akhir pengajian syariah (ijazah kedua). Rupa2nya tayar keretanya pecah.

2. Setelah mengenalpasti tempatnya, saya bergegas ke sana. Maklumlah, keretanya juga adalah kereta savvy. Hehe, sama macam buraq oren saya tu.

3. Setibanya di sana, sudah ada kurang lebih 5 kereta di tepi jalan. Pada tanggapan saya ramai yang begitu baik hati untuk membantu.

4. Tanggapan saya tidaklah 100% salah. Hehe.. Sememangnya mereka yang berada di sana membantu. Rupa-rupanya kereta-kereta yang ada di situ semuanya menjadi mangsa tayar pecah juga.Ish, ish, ish..

5. Seingat saya, ada 2 kereta savvy, satu kelisa dan satu wira. Semuanya mengalami kerosakan yang sama iaitu 2 buah tayar pecah!!!

6. Saya dimaklumkan sebelum ini sudah ada 4 buah kereta mengalami nasib yang sama dan semuanya sudah selesai menukar tayar. Sepanjang proses menukar tayar tersebut pun, beberapa buah kereta menjadi mangsa tayar pecah lagi.

7. Memang terdapat satu lubang yang agak dalam. Keadaan malam dan hujan menyebabkan pemandu tidak perasan lubang tersebut. Harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil cakna perkara ini. Bahaya sebenarnya.

8. Walau apa pun, sabarlah ye Wan Adam. Moga dugaan ini adalah kaffarah kepadas sebarang dosa yang ada:)

0 comments: