Wednesday, April 29, 2009

Work Centered

1. Semasa di Universiti dahulu, saya memilih untuk melibatkan diri dalam beberapa persatuan pelajar bagi memberi ruang kepada saya menimba pengalaman-pengalaman yang mungkin tidak mampu saya perolehi hanya dengan berada dalam kelas. Kesannya, kadang-kadang saya banyak menghabiskan masa saya di universiti.
2. Pada kebiasaannya, di hujung-hujung minggu akan ada program-program samada berbentuk "fun" mahupun berbentuk ilmiah. Maka, ada kalanya saya jarang pulang ke kampung halaman saya.
3. Teringat pensyarah saya, Ustazah Ramizah, kerapkali bertanya samada saya balik ke kampung atau tidak. Apabila saya memberi jawapan tidak, saya sudah boleh menjangka respon ustazah. Ustazah selalu menasihati agar saya pulang juga ke rumah.
4. Mungkin pada ketika itu saya tergolong dalam golongan "work centered" sepertimana yang diulas dalam buku tulisan Stephen R. Covey. Pada hari ini, saya sentiasa teringat akan nasihat ustazah Ramizah.
5. Di alam chambering ini, lebih-lebih lagi saya menjalani latihan dalam kamar saya di Kuala Lumpur, saya dapat melihat begitu ramai yang boleh dikategorikan sebagai "work centered". Menurut kajian, mereka yang "work centered" ini boleh dipanggil sebagai "workaholics" iaitu mereka yang 'berkorban' segala2galanya demi kerjaya mereka.
6. Dalam bersembang-sembang dengan rakan-rakan, ada yang berpendapat, kita mesti buat segala-galanya untuk kerjaya kita. Ini termasuklah kerja sampai lewat malam dsb. Saya tidak megatakan hal ini salah. Lain orang lain pandangannya. Malah saya juga ada kalanya memilih untuk pulang lewat dari tempat kerja.
7. Saya berpendapat, seorang insan perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Malah jelas Allah menjadikan siang untuk kita mencari rezeki dan malam untuk kita berehat. Selain kerjaya, saya berpendapat kesihatan badan, hidup bersosial (dalam erti kata berkawan), pengisian rohani, dan sebagainya amatlah penting.
8. Kalau di sekolah kita merungut kita terlalu ditekankan dengan peperiksaan sehingga terpaksa belajar 7 hari seminggu, kurang untuk pengisian rohani, kurang masa untuk bersukan dsb. Hal ini juga berlaku semasa alam kerja cuma dalam suasana dan kondisi yang berbeda.
9. Teringat peringatan-peringatan yang diberi dalam kuliah-kuliah ilmu dahulu. Matlamat sebenar adalah akhirat. Dunia hanyalah ladang kepada akhirat.
10. Pada hari ini barulah saya benar-benar mengerti mengapa gejala sosial semakin meningkat, mengapa semakin ramai yang Islam hanya pada nama, mengapa rumah tangga terabai dsb.

9 comments:

amid said...

Saya setuju. Saya pulak, bos slalu suruh balik lewat. kadang2 sampai cecah 12 malam. bukanlah tak boleh. tapi tak laratla tiap2 hari balik lewat.

lagi satu kita disuruh masuk kerja pukul 9. bos pulak masuk slalunya pukul 4 petang.lainla kalau kita pun boleh masuk pukul 4 petang. takdela fatigue bila keje lebih masa.

chema said...

kesiannya..
baru chambering tu..
dah balik lewat2.xpe2..muda lagi :)

as long as kita enjoy & rasa berbaloi dengan ape yang kita buat..juz teruskan dengan keje tu..tapi slalunya tak ramai yang akan stay macam tu..last2, mesti akan jadi FAMILY FIRST jugak & buat keje lain yang lebih sesuai..

contoh dak banyak sangat..bro.zukhairi mesti lebih arif pasal ni..

k la, saje menyinggah kat blog ex-presiden SRC ni :)Moga sentiase diberkati & dirahmati Allah. Chayok2! Lagi 5 bulan kan, all the best senior :)

firdaus said...

salam zukhairi...

aku dah lalui dua fasa dalam kehidupan berkerjaya nie... chambering and now im serving at agc... but what im trying to focus on is about my experiences when i chambered last year...

waktu chambering dulu aku buat kat middle size firm je... one thing i appreciate the most adalah aku berpeluang belajar all area of laws including civil, criminal, syariah, conveyancing as well as corporate law...

life waktu tue boleh dikatakan tak lah sesibuk those yang dapat elaun yang tinggi di firm2 besar... i heard from my friends that they have to stay in fact until 12 o'clock... itulah yang perlu kita pulangkan pada mereka supaya setimpal dengn apa yang diterima...

honestly i cannot accept that kind of lifestyle... memanglah kita perlu all out in doing our job but biarlah kene pada cara dan tempatnya... we are just a human being... keluarga kita juga punya hak atas diri kita malah kita juga bertanggungjawab untuk melaksanakan hak tubuh badan kita sendiri... jangankan kerana kerja kesihatan kita jadi terjejas...

p/s i could'nt understand ape yang master2 jenis mcm tue pikir tentang personal life budak2 chambering nie... adakah mereka fikir sepanjang tempoh chambering mereka bisa memiliki bukan sahaja kemahiran kerja kta malah juga KEHIDUPAN kita...

ape pun terpuang pada diri masing2... mungkin de yang tak kisah dan cukup bersemangat dalam kerjanya... tapi ingatlah kita hanya akan berjaya bila kita suka akan apa yang kita lakukan... kalau tak disertakan kaikhlasan semuanya jadi sia2...

namun semua nie akan terus jadi sukar kerana dalam tempoh chambering most of the time sekuat mane pun seseorang itu di kampus dulu, mereka terpaksa juga tunduk dan patuh MASTERnye... malah akan sentiasa "SANGGUP BERKORBAN" walau apa pun yang diarahkan...
renungkanlah

sekadar berkongsi...

ramizah said...

daus ni tulis comment ke entry dalam blog Zul ni.. ;-)

Mohd Nuruddin Mohamed said...

Em, betul2, tapi motivasi tetap jalan kan? Mantop!! :)

Mohd Nuruddin Mohamed said...

Terbaik!

firdaus said...

alamak ye ke mdm? betollah mcm kata pepatah 'lebih sudu dari kuah' hehe... kaylah pas nie komen skit2 je hehe

muhammad zukhairi said...

hehe.. takpe je. wah, bangga la daus tulis komen!

terima kasih ustazah atas segala-galanya:)

anis said...

entry yg bagus n bermakna (eceh ;p