Sunday, May 10, 2009

Undang-undang : Di manakah ia?

Sudah lama saya tidak mencoret tentang siasah di blog ini. Baik peringkat nasional mahupun mahasiswa. Namun perkembangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini benar-benar membuatkan saya rasa jelik. Lebih-lebih lagi apabila peristiwa-peristiwa yang berlaku ini melibatkan undang-undang.
Persoalan yang bermain di minda saya ialah, adakah selama ini saya hanya mempelajari undang-undang yang sia2? adakah undang-undang yang digubal adalah hanya untuk dipijak-pijak oleh pihak-pihak berkepentingan?
Krisis di perak memang amat menarik jika diteliti dari segi undang-undang. saya tidak mahu menyentuh lebih detail tentang perkara ini. namun cukup untuk saya mempersoalkan apa yang berlaku baru2 ni di sidang dun. secara jelas speaker dewan punyai kuasa. amat melucukan petugas dewan begitu takut untuk mematuhi arahan speaker dewan tetapi sangat bersedia untuk mengheret speaker dewan keluar dari dewan bersama-sama polis yang berpakaian biasa. alangkah lucunya perkara ini. hal ini benar-benar membuatkan saya tertanya-tanya, adakah undang-undang ini sampah? jika diteliti dengan lebih mendalam, prosedur pengambil-alihan kuasa speaker dan juga perlantikan speaker turut diragui. kelakar juga saya melihatnya.
seperti yang saya katakan saya tidak mahu mengulas panjang peristiwa di Perak. Saya bertambah keliru dengan apa yang berlaku pada hari Khamis malam Jumaat lepas di balai polis Brickfield (kalau tak silap saya). pada waktu tersebut, 5 orang peguam yang 2 daripada mereka adalah kawan saya ditangkap oleh pihak polis semasa mereka ingin memberi bantuan guaman kepada beberapa orang yang ditahan berkaitan dengan aktivis Bersih rally. saya percaya hak untuk mendapat representasi atau diwakili peguam adalah hak yang fundamental kepada semua rakyat Malaysia. Bagaimana pihak polis boleh menafikan hak orang-orang yang ditahan untuk mendapatkan konsultasi daripada peguam. Lebih-lebih lagi, peguam-peguam yang hadir untuk memberi bantuan guaman (legal aid) pula yang ditahan. Ini merupakan pencabulan yang sangat fundamental terhadap hak tahanan yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia.
banyak sangat perkara yang berlaku mempamerkan undang-undang yang digubal ini samada diguna oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan sendiri, dilanggar sewenang2nya tanpa dihakimi, dipjak-pijak tanpa dipatuhi. kalau begitu, sia-sia sahaja masa berbahas para perwakilan di parlimen Malaysia.

1 comments:

anis said...

sbnrnya bkk blog ni sbb nk minta en zul bt entry kes perak.
tgk2 mmg dah ada, hehe..

em..bila tgk video2 kes perak baru nih, mmg rasa geram kan. rasa teraniaya, rasa x mampu nk buat ape. rasa yg sama sy penah rasa masa PRK 07 buat 2nd nomination. kita mmg xmmpu buat ape :(

apepun ALHAMDULILLAH YB Nizar MB Perak yg smmangnya sah!!
ALLAHU AKBAR! =)

~Slmt Berusrah :)