Sunday, May 17, 2009

Terima Kasih Guru

Sempena sambutan hari guru, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru saya. Tidak terkecuali ibu (Hajjah Badariah) dan bapa (Haji Salehudin) saya juga kerana mereka adalah guru saya semenjak saya dilahirkan.

Guru-guru formal saya semenjak tadika, Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Terima kasih atas segala tunjuk-ajar, nasihat, bimbingan serta dorongan buat saya terus melangkah meneruskan kehidupan:)

Mencari kalau-kalau ada di youtube persembahan nasyid kami semasa f5, tetapi hampa. Lagu yang kami persembahkan ketika itu, lagu Terima Kasih Guru nyanyian Mirwana seperti di bawah (tapi ni versi baru)



Haha, ni wat persembahan masa f6 dgn f5


Kepada semua guru saya, kalian amat bermakna buat diriku. Saya doakan kalian sentiasa diberkati dan diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa. Kalian sangat berjasa dalam menyebarkan ilmu, meneruskan sunnah baginda. Pohon kemaafan atas kenakalan anak didikmu ini;)
Selamat hari guru.


1 comments:

ramizah said...

tanpa murid, siapa lah kami.. kita saling memerlukan