Wednesday, April 15, 2009

Kisah Kerusi Roda Untuk Bayyi

Bayyi dan kerusi roda...

Semasa asyraf, napi dgn syuk datang melawat dahulu, Allahyarham hanya terlantar.. masa tu la dirasakan, Allahyarham perlu kurangkan tidur dan perlu duduk...keluar ambik angin... napi ambil inisiatif utk dptkn sumbangan utk kerusi roda...mungkin bayyi boleh jd mcm Syeikh Ahmad Yassin, sapa tahu?

Alhamdulillah, sape sangka dr RM350, duit terkumpul mencecah RM950, tu tak termasuk RM300 lg dgn napi... jumlah duit terkumpul sudah mampu untuk membeli sebuah kerusi roda yang selesa.. namun, the wheel chair spirit yang ditiup hampir seminggu lamanya akhirnya berakhir by 12:00pm semalam... semua dimaklum bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah...
Kerusi roda.....

Saat-saat akhir bayyi...

Ayah bayyi cerita saat2 sblm Allahyarham bayyi pergi meniggalkan kita...

kelmarin, ayah dia kesan jangkitan dlm mulut bayyi... bayyi mula hilang selera makan dan sukar nk menelan... perkara sama berlaku pada arwah mak bayyi dulu...

petang tu, bayyi demam..badan panas sikit... so, arwah tak dimandikan.. lap sikit2 je... memandangkan ada benda dlm mulut dia, bayyi diberi madu... tp, xdiberi panadol sbb memang tak boleh campur madu ngan panadol.

11.00pm, bayyi mula sukar bernafas... masa tu, semua dah nk masuk tidur... tp, ayah bayyi panggil gak, suruh tunggu bayyi dulu. Masa tu,bila ayah bayyi cek, nadi memang dah tak da... ayah bayyi mula ajar mengucap dan bacakan yasin...

11.30pm, bayyi menghembuskan nafas terakhir...
Saya coretkan beberapa luahan sahabat-sahabat yang singgah di peti email saya..
From Asyraf..
Bila tengok tanah kuning menimbus jenazah bayyi petang tadi, rasa mcm tak percaya yg dulu, daging dan tulang dlm tu la yg tidur sama2, gurau sama2,tp sedih, mgkn tak same2...

Teringat salam yang selalunya Allahyarham sahut bila ana blk bilik mase dulu... td, bila ana sampai ke 'kamar' dia, sunyi sepi... hanya boleh ana bygkn adalah sahutan salam arwah dlm fikiran ana...
Ana ingat sgt kata-kata miji: 'kita kena siap sedia doh utk kehilangan bayyi...' ana tahu, ni bukan satu ayat nk jatuhkn semangat sape2, tp satu pesanan untuk kita ke alam realiti yg kita kena terima...
From Abg Azmir..
Allahyarham saudara Bayyi seorang sahabat yang sangat baik dan pemurah dengan senyuman selain loghat kelantan beliau yg membuatkan suara beliau terngiang dan sgt mesra di telinga kita..

Arwah sangat kental jiwa dan komited dengan kerja- kerja dakwah Islami.Masyaallah, hebatnya arwah..

Mungkin sahabat sekalian belum lupa, kereta perodua kenari beliau sangatlah berjasa kepada kita semua. Selalu sangat kita menyewa kereta arwah, terkadang kita gemar minta diskaun pada arwah, dan kadang2 minta dikecualikan terus bayaran (FOC) dengan pelbagai alasan... Baiknya hati beliau, diiyakan saja segala permintaan kita semua (termasuk saya) walau kekadang memang tidak adil kepada beliau sebenarnya kerana kita sebenarnya bersetuju menggunakan keretanya atas kontrak ijarah sejak awal lagi....Atas nama sahabat seaqidah, beliau sanggup berkorban..

Rajin dan komitednya beliau, kita semua sedia maklum.Tidak kisah di posisi mana pun diletakkan, tak kisah walau membuat kerja apa sekalipun, kerja berat, berjaga malam, kerja risiko, beliau galas amanah tersebut sebaik mungkin..Terserlah jernih keikhlasan kerja buat beliau...sesuatu yang tidak mampu kita lakukan..
From Luqman (Qeme)...
mula2 kenal dia pun dah rasa mesra, rasa selesa je bila bersama,x yah nak control2, sembang je apa yg nak, macam dah lama kenal!x yah nak cover2 tsiqah.. sebabnye, x bimbang dia bukannye jenis yg menilai orang lain,dia bukannye jenis yang bawa2 cerite.
asal ade org mitok tulong, buleh je. ana rasa senang nak mitok tolong dengan dia, xde segan2..sebab dapat rasa, dia ikhlas, dia seronok menolong! ingat lagi dia kata,"Kawe ni ngaji x panda(ilmu x byk), duit xdok.. modal (saham utk akhirat) kawe tolong orglah!"
From Abg Amin..
Pernah sekali saya menziarahi beliau. Ketika itu beliau tidak mampu lagi melihat. Namun masih ceria membuat lawak 'Kelantan'. Ketika itu saya tidak dapat menahan sebak tetapi mampu mengawal air mata.Semalam, saya tidak dapat menahan lagi sebak di dada. Pemergian Allahyarham sangat dirasai.
From Me..
Saya kenal Bayyi agak lewat kerana saya merupakan pelajar direct intake. Dari jauh saya sudah boleh menjangka akan keramahan dan keseronokan bersahabat dengan Allahyarham. Lihat sahaja kemesraan Allahyarham bersama rakan-rakan sekelilingnya sudah cukup membuatkan saya rasa senang untuk bersahabat dengannya.
Allahyarham sememangnya punyai daya juang yang tinggi. Allahyarham seorang yang komited dan tidak banyak karenah. Sahabat sangat2 diutamakan. Tatkala sahabatnya susah, Allahyarham sedia membantu dengan wajah yang manis. Walau tension bagaimanapun Allahyarham, beliau tetap ceria bersama sahabat2.
Saya pernah menolak untuk menjadi exco Ma'aruf Club satu ketika dahulu. Akhirnya sememangnya saya tidak dijadikan exco. Namun setelah barisan exco baru dilantik, Abg Syaari dan Abd Tarmizi berjumpa dgn saya meminta saya menggantikan Allahyarham di posisi exco Da'wah & Training. Oleh kerana kebaikan beliau serta menyedari keadaan beliau ketika itu, saya bersetuju menggantikan beliau walaupun posisi tersebut jauh lebih berat berbanding posisi yang saya tolak sebelumnya. Kali ini saya tidak dapat menolak kerana beliau sangat baik kepada saya sebelum2 ini.
Rasa sukar untuk mempercayai. Satu ketika Allahyarham begitu aktif bersama-sama bermain futsal seperti tiada apa2 yang menghalangnya. Satu ketika, ramai yang terhibur dengan lawak jenakanya. Kini Allahyarham sudah tiada.
Sahabat, moga dikau ditempatkan di kalangan para soleheen. Hati ini sedih walaupun jarang dapat berbual bersama-sama dahulu..

0 comments: