Monday, July 6, 2009

Kem Kecemerlangan STPM/STAM KISAS


Peserta-peserta muslimeen f6 yang hebat!


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dipilih oleh Allah untuk kembali ke sekolah yang mengenalkan saya kepada proses tarbiah iaitu KISAS. Kali ini, saya dijemput oleh abg Syaari bagi membantu beliau menjayakan kem kecemerlangan STPM/STAM.


Alamak, apa benda plak yang aku langgar nih?


Rasa rindu pada suasana yang terjaga di bumi waqafan terubat. Memang telah lama memasang niat untuk kembali ke KISAS. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya kembali juga akhirnya. Syukur juga saya panjatkan kepada ALlah kerana saya berkesempatan untuk menunaikan solat secara berjemaah di musalla Saidina Ali. Teringat zaman ketika saya bergelar pelajar di KISAS. Terubat juga rindu saya selama ini:) Bersih muka adik-adik KISAS di musalla. Alhamdulillah, musalla tersebut masih lagi seperti dahulu, disuburkan dengan majlis-majlis ilmu, bacaan-bacaan al-Quran dsb.


Ha, buat ape tu abg Syaari?



Banyak juga perubahan dari segi fizikal yang saya lihat. Saya terkejut apabila dibawa melawat ke dewan kuliah. Dewan kuliah yang satu ketika dahulu hanya bermeja dan berkerusi yang diperbuat daripada kayu, kini telah berubah wajah setaraf dengan dewan-dewan kuliah di universiti. Malah saya kira jauh lebih baik. Untungnya pelajar-pelajar KISAS sekarang. Saya berbisik kepada junior saya, "tidak ada alasan untuk mereka tidak berjaya".

Sesi forum: perkongsian pengalaman


Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat terutamanya Cikgu Jamaliah dan Ustazah Rashidah Noor yang sanggup meluangkan masa hujung minggu mereka untuk bersama-sama kami menjalankan program ini. Terima kasih juga kepada Ustazah Nik Hazifah, ustazah yang mendidik saya dengan ilmu Quran dan Sunnah, ayat dan hadith ketika di KISAS, kerana saya difahamkan belaiulah yang menimbulkan idea untuk dilaksanakan kem ini.

Kumpulan TERBAIK keseluruhan. Tengoklah fasi depa;p

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada abg. Syaari kerana sudi menjemput saya untuk turut serta dalam program ini. Abg Syaari sememangnya hebat. Lebih2 lagi dibantu oleh zaujah kesayangan beliau (cewaah!) Shukran jazilan

Opps!! Eh kereta sapa yang kat belakang tu?


Imam Ghazali pernah berpesan, mengembaralah kamu mencari ilmu, kerana Singa yang lapar tidak akan kenyang jika tidak keluar dari gua, air yang bertakung akan berbau busuk sekiranya tidak mengalir dan anak panah tidak akan bermandi darah sekiranya tidak dilepaskan dari busur.

Maka adik-adik tingkatan 6 semua, segala ilmu, teori dan tips telah dibentangkan. Tinggal anda untuk melakukan langkah pertama menuju kejayaan. Moga kejayaan sentiasa mendampingi kalian.

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..satu2nye kem yg memberi kesan yg cukup bermakna tuk sy dan rakan2 yg lain..tp kenapa gambar muslimat tak disertakan sekali..hehe..gurau je