
Sejak 8.30 malam tadi, gelombang perubahan lanskap politik negara dapat dirasai. hal ini berikutan sampainya keputusan tidak rasmi di telefon bimbit asya mengatakan beberapa orang besar n lama parti pemerintah kalah. bukan sekadar kalah mudah tetapi mempunyai beza majoriti yang agak besar. sms pertama yang saya terima menyatakan Pas menang besar di Kelantan dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tumbang pada puteri reformasi, nurul izzah dsb.
pada mulanya, saya agak terkejut juga dengan kemenangan nurul izzah. tetapi diperhatikan semula, memang boleh dijangka kemenanangan beliau di sana. kejutan kedua yang saya terima ialah apabila televisyen mengumumkan kekalahan orang lama bn i.e. Datuk Seri S Samy Vellu, menteri kerja raya.
"Samy Vellu lost the Sungai Siput parliamentary seat on his 72nd birthday, which virtually ended a long and colourful career in politics spanning more than 30 years."
(NST, 9 March 2008)
hal ini diikuti dengan jatuhnya pulau pinang kepada parti dap dan pkr. kemenangan di perak oleh barisan alternatif serta kemenangan besar di kelantan menafikan apa yang berlaku pada pilihanraya lepas. begitu juga di kedah dan beberapa kerusi dun di negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan BA.
pagi ini, 5 buah negeri berada di bawah BA iaitu, kelantan, selangor, perak, kedah dan juga pulau pinang. hal ini amat menarik minat saya. saya tidak sabar2 menanti bagaimanakah kerajaan selepas ini. pengharapan saya agar perbahasan di parlimen menjadi semakin matang dan berdasarkan fakta2 yang jelas. kehadiran pembangkang yang ramai di parlimen juga mampu menjadi agen check and balance yang efisyen agar parti majoriti yang memerintah lebih cakna pada kehendak rakyat dan rintihan rakyat.memetik kenyataan dalam NST:
"Though it had managed to secure a simple majority in parliament, the loose opposition alliance of the DAP, Pas and PKR managed to take control of Penang, Kedah, Selangor, Perak and retained Kelantan comfortably."
lebih membuatkan saya tersenyum ialah apabila bekas menteri penerangan,Datuk Seri Zainuddin Maidin, zam, turut kalah. teringat saya ketika MPPK yang lepas ketika bersama rakan2 mpp bermesyuarat dengan menteri2 dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, beliau dengan lantangnya mengutuk pandangan yang diutarakan oleh perwakilan pelajar agar perlunya satu mekanisma bagi mengawal budaya hiburan melampau di kaca telivisyen. cadangan dan saranan untuk diwujudkan program-program berbentuk pendidikan agama ataupun moral yang lebih menarik minat turut tidak direspon dengan baik. lebih memalukan ialah apabila melihat respon yang beliau berikan sewaktu al-jazeera menemu bualnya rentetan demonstrasi bersih di kuala lumpur tahun lepas. sikap kurang profesional dalam menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan sangat2 mencemar imej seorang menteri. lebih2 lagi beliau secara terus-terusan menuduh stesen televisyen berkenaan bersekongkol dengan pembangkang. alangkah malunya.
kini, komposisi di parlimen agak seimbang. pihak BA berjaya menafikan 2/3 BN di sana. seperti pengaharapan saya, saya mengharapkan perbahasan di parlimen lebih efektif dan bernas. biarlah kesemua parti yang ada di parlimen benar2 membicarakan soal pembangunan negara dan pada masa yang sama tidak melupakn rakyat. pembangunan fizikal memang nampak gah. tetapi jika jiwa rakyat tidak diisi, kebajikan rakyat hanya bermusim, tidak ada gunanya pembangunan serba mega itu. ke arah lanskap politik negara yang baru!!
Sunday, March 9, 2008
Lanskap Baru Politik Negara
Posted by muhammad zukhairi at 10:26 AM 0 comments
Sekitar PRU 12
Alhamdulillah semalam saya dapat juga menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara dengan mengundi di kawasan kampung saya. suasana tidak semeriah di Kelantan seperti mana yang digambarkan oleh sahabat2 saya di sana. sejurus selepas maghrib, saya sudahpun bersedia di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan semasa keputusan pru-12 ini.
sms tidak henti2 saya terima dari rakan-rakan memberi keputusan tidak rasmi. tidak kurang juga yang menyampaikan maklumat2 pengalaman berjaya bersama-sama men'detect' penyelewengan dan taktik bacul pihak pemerintah dalam memastikan kemenangan masih berpihak kepada mereka. rakan saya di kelantan berjaya menahan beberapa bas yang penuh dengan 'hantu2' dari kawasan luar. antara yang berada di dalamnya termasuklah pelajar-pelajar luar, warganegara asing spt thailand dsb. di perak pula, di kuala gula, semanggol, taktik yang amat kotor turut dilaksanakan. para petugas parti yang bertanding berjaya memperoleh kertas undi palsu yang telah siap bertanda daripada pengundi-pengundi yang telah diupah oleh pihak tertentu untuk menyeludup masuk.
perkara sebegini seringkali dimomokkan oleh pihak kerajaan adalah propaganda pihak lawan yang terdesak. tetapi inilah realiti yang berlaku. rakan saya ditawarkan sehingga rm400 untuk mengundi di KELANTAN dengan menggunakan kad pengenalan orang lain. persoalannya, di manakah fungsi SPR sebenar-benarnya? bagaimana pula polis? jika terdapatnya laporan berlaku penyeludupan dakwat di selatan thailand, lantas penggunaan dakwat dibatalkan pada saat2 terakhir, mengapa perkara yang sering berulang ini (pengundi 'hantu', kertas undi palsu dsb) masih lagi tidak mampu untuk ditangani pihak spr. kehadiran undi pos yang menyelamatkan beberapa calon pada saat2 akhir turut menjadi tanda tanya. sudah benar2 teluskan sistem demokrasi negara?
sewaktu saya mengikuti satu program anjuran SUHAKAM tahun lepas, saya tertarik dengan perbandingan sistem pilihanraya yang berlaku di Indonesia dengan Malaysia. cukup satu perkara yang menarik minat saya. di Indonesia, kesemua calon yang bertanding pada pilihanraya diberi kemudahan liputan oleh media prima. mereka diberi ruang yang sama dengan parti pemerintah untuk berkongsi manifesto, berucap di kaca2 televisyen dsb. hal sebegini malangnya tidak berlaku di negara kita. benar2 demokrasikah kita?
lebih menjelikkan saya ialah mereka mengatakan mahasiswa dilarang terlibat sama dengan politik. apa yang sebenarnya berlaku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan politik pembangkang. apabila adanya mana2 mahasiswa mahupun pelajar yang didapati berada di ceramah-ceramah anjuran parti lawan kerajaan, ataupun membantu berkempen dsb, mereka ini dengan sesegera yang mungkin akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti. hal ini amat berbeza jika mahasiswa didapati bersama-sama dengan parti kerajaan walaupun secara terang-terangan. sikap double standard ini menunjukkan terdapatnya kuasa yang mengatasi undang2 negara pada masa kini. jika undang2 itu ingin diaplikasikan,maka pengaplikasian undang2 tersenut mestilah menyeluruh tanpa ada pilih kasih!!

apa2 pun yang berlaku, saya tetap mempercayai bahawa perlunya berlaku pertandingan di padang yang sama rata. mana mungkin pokok akan bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. mana mungkin kisah2 pengundi 'hantu' dan beberapa penyelewengan yang lain berlaku kalau tidak ada puncanya. ianya benar2 berlaku dan dihadapai oleh kenalan2 rapat saya yang berada di negeri2 yang 'panas'.
Posted by muhammad zukhairi at 9:04 AM 0 comments
Munajat Tok Guru

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."
Posted by muhammad zukhairi at 9:01 AM 0 comments
Saturday, March 8, 2008
8 Mac - Selamat Mengundi!!!
kepada warga Malaysia, selamat mengundi!! buat rakan2 mahasiswa, cast your vote prudently. kita turut menyumbang kepada masa depan negara!!
Posted by muhammad zukhairi at 8:44 AM 0 comments
Friday, February 29, 2008
video menarik ambang pru-12
Tun Dr. M mengaku Anwar dianiayai!!
Posted by muhammad zukhairi at 5:53 PM 0 comments
Pelik tapi benar!!!
perkara menarik dalam pru kali ini. cuba cek kad pengenalan di bawah ini di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
lihat pada tahun kelahiran mereka yer;) ada yang berumur 128 lebih!!!
Posted by muhammad zukhairi at 12:08 AM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
Parti Mahasiswa Negara!!
lembaran baru politik nasional??
Posted by muhammad zukhairi at 12:39 PM 0 comments
Friday, February 22, 2008
8 Mac 2008 - tarikh keramat??
Posted by muhammad zukhairi at 7:55 PM 0 comments
Friday, February 8, 2008
Pilihan raya, peranan mahasiswa?
Akhbar utusan 8 Februari 2008, meramalkan kemungkinan parlimen akan dibubar dalam masa 2 minggu lagi. Hal ini menurut perlembagaannya, satu pilihan raya akan diadakan bagi memilih wakil-wakil rakyat yang mampu berkhidmat kepada rakyat. namun, perlu diingat, pembubaran parlimen bukanlah kuasa mutlak kepada kerajaan sedia ada. Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengimbangi sebarang keputusan kerajaan bagi mengadakan pilihan raya. hal ini kerana pilihan raya memakan belanja yang besar dan mampu mengganggu perjalanan pentadbiran negara. maka, adalah tidak masuk akal sekiranya pilihan raya diadakan setiap tahun.
petanda pilihan raya semakin hampir semakin terasa apabila yab perdana menteri dalam siri lawatannya ke kelantan minggu lepas mengatakan beliau sudah mempunyai ilham. spekulasi yang melanda seluruh negara juga begitu kuat mengatakan ianya akan berlangsung tidak lama lagi. persoalannya adakah pilihan raya ini hanya kepada mereka yang telah bekerja, telah berkeluarga dsb? apa pula peranan mahasiswa yang telah layak untuk mengundi?
kesedaran 'berpolitik' di kalangan mahasiswa amatlah membimbangkan. hal ini boleh dilihat apabila pada tahun lepas telah timbul isu bahawa majoriti rakyat yang masih tidak mendaftar pemilih merupakan golongan muda i.e mahasiswa. jika melihat semula sejarah mahasiswa pada era 60an, 70an, kita mampu melihat bahawa mahasiswa turut memainkan peranan yang penting dalam negara. mahasiswa merupakan juru bicara rakyat, mahasiswa sangat cakna dengan dasar-dasar kerajaan. mahasiswa turut mengambil bahagian dalam isu2 nasional mahupun internasional dsb. namun, realiti yang melanda pada masa sekarang amat-amatlah berbeza.
pernah dalam satu forum mahasiswa berjiwa merdeka yang dianjurkan oleh JAKIM, ketika itu saya dijemput sebagai panelis, saya diajukan soalan berkenaan pandangan saya terhadap auku. secara tulus dan jujur saya memberikan pandangan saya melalui apa yang saya pelajari, kajian yang dilakukan dsb. saya berpendapat beberapa peruntukan dalam auku itu sendiri bercanggah dengan perlembagaan negara kita. malahan sekiranya difikirkan melalui akal yang rasional pun tetap melihat kelemahan auku itu sendiri.
sebagai contohnya, satu peruntukan melarang mahasiswa menjadi ahli, atau menyokong atau menyatakan simpati pada mana2 badan politik, ngo di luar. cukup mudah saya ingin membawa rakan-rakan berfikir, bukankah mengundi pada pilihan raya merupakan satu bentuk sokongan pada mana2 parti politik? bukankah hak ini diperuntukkan oleh perlembagaan negara kita bahawa apabila mencapai umur 21 tahun, maka kita mempunyai hak dalam sistem demokrasi ini. yang amat menambahakn kepelikan saya ialah, bukan sahaja tidak boleh menyokong, malah menunjukkan simpati turut dilarang.
bagi saya, mahasiswa perlu mempunyai idelisme mereka tersendiri. golongan mahasiswa seharusnya membebaskan diri mereka daripada bilik kuliah, cafe, bilik tidur dsb. saat mahasiswa inilah kita perlu meneroka dunia luar, mempersiapkan diri bagi menghadapi alam selepas belajar. adalah amat menyedihkan kiranya mahasiswa dimomok-momokkan supaya tidak mengambil berat apa yang berlaku di luar. bukankah ramia pimpinan negara kita pada hari ini merupakan mereka yang cukup aktif semasa di kampus??
pilihanraya semakin hampir. buat mahasiswa yang bertanggungjawab, laksanakan hak anda. kita turut berperanan dalam negara kita sendiri!!
Posted by muhammad zukhairi at 11:46 PM 0 comments
Friday, February 1, 2008
Pemergian seorang Ulama'
Pemergian bekas Mufti Negeri Selangor Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah amat dirasai oleh masyarakat Islam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memperjuangkan syiar Islam negara ini
Katanya, umum mengenalinya sebagai seorang yang lembut dalam kata-katanya tetapi tetap mempunyai ketegasan.
Posted by muhammad zukhairi at 10:32 AM 0 comments
peringatan buat yang terleka..
Posted by muhammad zukhairi at 10:10 AM 0 comments
Sunday, January 20, 2008
Alahai media, alahai artis
apa yang menarik perhatian saya ialah berkaitan soalan wartawan tersebut tentang penampilannya yang seksi walaupun selepas berkahwin:
Posted by muhammad zukhairi at 10:29 AM 1 comments
Thursday, January 10, 2008
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429!!
Setelah sekian lama blog ni tak di’update’kan. Alhamdulillah ada jugak peluang nak meng’update’kan. Buat permulaannya saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru hijrah keada semua. Moga-moga kedatangan tahun baru memberi keazaman baru yang jitu untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah s.w.t.
Azam’ azam’ azam….!!!
Apabila sampai sahaja tahun baru (kebiasaannya tahun baru 1 januari), pasti perkataan azam sibuk meniti di bibir-bibir manusia. “aku berazam nak dapat anugerah dekan 2 kali tahun ni”, “azam aku… aku nak jadi kaya”, “aku punya azam nak beli rumah besar”, aku pulak nak kawin lagi” dan sebagainya.
Persoalan pertama, sejauh manakah azam yang pernah kita buat ketika datangnya tahun baru baik calendar masihi mahupun hijrah telah berjaya kita laksanakan? Adakah azam tersebut hanya tinggal kenangan sekada memasang angan-angan kosong tanpa sebarang tindakan?
Persoalan kedua, kenapa perlu kita menunggu tahun baru tiba, barulah kita mula memasang azam untuk melakukan perubahan? Tidak bolehkah kita membiasakan diri kita bahawa setiap hari aku mesti berubah memperbaiki diri aku menjadi insan yang lebih baik daripada semalam?
Persoalan ketiga, adakah azam yang kita pasang itu bersifat retorika semata-mata ataupun ianya mampu untuk dicapai?
Persoalan-persoalan ini perlu difikirkan oleh setiap orang. Dalam Islam digalakkan untuk kita melakukan perubahan secara berterusan. Seperti mana dalam satu nasyid yang menekankan umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Penekanan yang diberikan adalah bersifat daily. Kita sebagai umat Islam perlu sentiasa memperbaiki dan mempertingkat keupayaan diri kita agar kita sentiasa cemerlang dan tidak ketinggalan di belakang.
Punca??
Ada pendapat yang mengatakan hal ini berlaku kerana umat Islam pada masa kini rata-ratanya terlalu senang dengan kehidupan mereka. Mereka berpada dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Malah mereka semakin terikut-ikut dengan segala godaan dunia. Dalam satu hadith nabi riwayat Hakim, Abu Hurairah r.a. mendengar Rasululluah s.a.w. bersabda bahawa umat nabi Muhammad ini akan ditimpa dengan penyakit umat-umat dahulu iaitu terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasad dengki. Perkara ini telahpun diperjelaskan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang dahulu dan kini ianya benar-benar berlaku.
Kita terlalu seronok dengan keadaan kita sekarang tanpa memikirkan keadaan Islam sebenarnya. Oleh sebab itulah kita gagal mencabar diri kita supaya memastikan hari ini lebih baik dari semalam untuk diri kita dan juga Islam. Kita terlalu mengejar harta dunia sedangkan kita lupa kehidupan yang kekal abadi. Adakah hari ini lebih baik dari semalam dalam ibadah kita?
Hijrah
Kedatangan tahun baru hijrah perlu diinsafi dan dihayati sejarahnya. “ala, sejarah lagi. Bosan la”. Tapi sejarah la yang mengajar kita mengenali Rasulullah dan pengorbanan para sahabat. Daripada sejarah kita mengatur kehidupan masa depan. Penghijrahan Rasulullah ke kota Madinah (yahtrib) penuh dengan kisah pengorbanan, keperitan, kesatuan, ketaatan dsb. Sebagai umat yang mengakui mencintai Rrasulullah, kisah ini seharusnya sudah berada dalam fikiran kita dan pada bila-bila masa sahaja mampu menghuraikannya.
Kisah Saidina Ali yang masih kecil, namun berani menggantikan tempat tidur Rasulullah, kisah Saidina Abu Bakar menahan sakit patukan ular, kisah kebijaksanaan rasulullah mengatur perancangan, mukjizat-mukjizat dsb seharusnya mampu menjadi pendorong yang kuat untuk kita melakukan perubahan secara total demi masa depan Islam.
Hari ini untuk berubah!!
Posted by muhammad zukhairi at 3:22 PM 1 comments
Sunday, December 23, 2007
Pesanan Imam Al-Ghazali
Setiap pagi hari, sesudah melakukan solat subuh, seharusnya kita meluangkan waktu dan hati barang sesaat untuk membuat perjanjian dengan diri, seperti juga seorang saudagar membuat perjanjian dengan seorang rakan yang akan memperdagangkan barangnya. seraya akan mengosongkan kedainya sebentar daripada pembeli.kita tegaskan kepada diri: wahai diri, barang daganganku hanyalah umurku ini. bila dia habis, maka habis pulalah modalku, dan aku tidak boleh lagi berdagang maupun mencari laba (keuntungan). sekarang hari yang baru telah diberi tuhan kepadaku dan tuhan telah berkenan mengundurkan ajalku. kalaulah Dia mewafatkan aku, tentu aku akan mengangankan untuk dikembalikan ke dunia walaupun satu hari sahaja agar aku dapat beramal soleh. wahai diri, janganlah disia-siakan hari yang sehari ini!! setiap tarikan nafas adalah satu permata yang tiada ternilai harganya."
ihya' ulumuddin
perumpamaan yang diguna oleh imam al-Ghazali amat bertepatan sekali berkaitan umur kita. ibaratkan diri kita sebagai seorang saudagar ataupun businessman la, nescaya dalam kotak pemikiran kita akan memikirkan keuntungan. sama jugalah kehidupan kita.
teringat di waktu sekolah menengah dahulu, perumpamaan yang slalu dibawa oleh muzakkir ; jikalah pahala yang diberi atas amalan-amalan soleh ini dijelmakan dalam bentuk wang, cntohnya sekali berzikir akan jatuh depan mata rm10, maka ramailah yang akan berlumba2 membuat kebaikan. begitu juga kiranya balasan terhadap mungkar diberi on the dot umpama perangkap lalat di kedai (yang lampu warna biru), nescaya ramai meninggalkan mungkar. tetapi semua itu tidak dizahirkan untuk menguji keimanan kita kepadaNya. hakikatnya, seperti yang kita percayai, setiap amal yang dilakukan, pasti ada ganjaran-Nya.
Posted by muhammad zukhairi at 7:41 PM 1 comments
Saturday, December 22, 2007
Zaman muda;-)
Zaman skolah dulu.. haha, rindu those days. mana la rakan2 yang bersama2 dalam video ni sekarang yer?? yang tau mudzil adalah ex-ydp mpputp.. congrats!!!
Posted by muhammad zukhairi at 12:01 AM 0 comments
Friday, December 21, 2007
Nasyid best!!
ya Allah, hati-hati ini begitu gelap dari nur iman.. bantulah kami meredahi kehidupan duniawi yang penuh pancaroba ini.
ya Allah jangan lah biarkan kami terlalu leka dengan tipu daya dunia ini..
Posted by muhammad zukhairi at 9:24 AM 0 comments
Thursday, December 20, 2007
Selamat Hari Raya Qurban
Posted by muhammad zukhairi at 11:22 AM 0 comments
Sunday, December 16, 2007
Penggunaan otak yang optimum - siri 2
Teknik kedua ini bukanlah berkaitan memasang angan-angan. Tetapi ia dipanggil teknik visual atau bayangan minda. Mari kita adakan sedikit ujian. Perhatikan senarai pasangan perkataan-perkataan di bawah dalam masa 1 minit. Kemudian tanpa melihat semula, cuba anda senaraikan perkataan-perkataan tersebut bersama pasangannya.
Kucing-cawan
Rokok-anjing
Butang-kayu
Atap-angin
Daun-cermin
Batu-otak
Roda-langsat
Kawat-buku
Motor-cahaya
Padi-besi
Baju-ikan
Kerang-lori
Kasut-kapal
Basikal-kura-kura
Sebagai contoh, pasangan perkataan-perkataan yang pelik di atas dihubungkan dengan membayangkan seekor kucing menyorok dalam cawan, atau minum menggunakan cawan dan sebagainya. Daya ingatan pelajar yang menggunakan teknik bayangan ini akan meningkat berbanding pelajar yang membaca senarai perkataan tadi secara berulang-ulang dan kuat. Peratusan daya ingatan dengan menggunakan bayangan minda ini adalah tinggi berbanding cara kedua walaupun bayangan tersebut tidak jelas.Posted by muhammad zukhairi at 10:06 PM 1 comments
Ziarah!!!
Rupa-rupanya ustazah mengalami penyakit ‘misteri’. Semuanya gara-gara sikap manusia yang ingin mencapai sesuatu tetapi memohon pertolongan daripada ‘orang’ yang salah. Apa2 pun, menurut suami ustazah, semuanya dah ok. Cuma ustazah masih lagi trauma. insyaAllah, kita sama-sama doakan ustazah cepat pulih seperti sediakala yer.
Tiba di Klang, saya dapat rasakan suasana yang jauh berlainan daripada UIA. Rindu pada sistem pentarbiahan di KISAS yang pernah saya lalui satu waktu dahulu. Saya berbangga dan berterima kasih kepada guru-guru dan sebior-senior saya dahulu yang membentuk saya. Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk ke sana dahulu. Walaupun asramanya semalam sunyi (sbb bdk2 tengah cuti), tapi dapatla teringat zaman-zaman belajar di sana dulu.
Harapan pada junior yang masih berada di KISAS agar dapat meneruskan dan mempertahankan keunikan di KISAS nih.
Posted by muhammad zukhairi at 9:50 PM 0 comments
Tuesday, December 4, 2007
Saturday, December 1, 2007
Penggunaan Otak Yang Optimum!!!
Pernahkah anda mengalami keadaan yang mana anda mengulangkaji pelajaran semalaman, anda menghafal apa yang anda pelajari untuk peperiksaan pada keesokan harinya? Kemudian sewaktu di dewan peperiksaan anda gagal mengeluarkan apa yang ada hafal sebelum2 ini? Atau anda banyak menghafal, tetapi hanya sedikit sahaja yang anda kenalpasti ‘melekat’ dalam otak anda?Segala persoalan di atas adalah perkara yang kerap bermain dalam fikiran para penuntut baik di peringkat sekolah menengah mahupun di universiti terutamanya di saat-saat menghadapi peperiksaan. Adakah otak manusia akan semakin berkurangan kapasiti dan kemampuannya apabila kita meningkat dewasa? Mari kita bincang bersama-sama.
bandingkan dengan otak seekor lebah. Otak seekor lebah hanya mempunyai 900 neuron. Namun dengan otak yang sekecil itu, lebah mampu menjalankan pelbagai kegiatan luar biasa seperti membina sarang, memproses madu yang amat bernilai, menganalisis cahaya suria untuk menentukan arah tujunya dan sebagainya. Mari kita bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh manuisa dengan kapasiti otak yang berpuluh-puluh kali ganda besarnya daripada otak lebah.
Secara teorinya, kita diajar bahawa otak manusia mempunyai 2 bahagian utama iaitu otak kanan dan otak kiri. Rata-rata manusia biasa banyak menggunakan sebelah otak sahaja dalam kehidupan seharian dan jarang sekali mengintergrasikan kedua2 otak yang dipercayai mampu memberikan impak yang jauh lebih baik. persoalannya, bagaimanakah kita dapat menggunakan kedua-dua belah otak kita???TEKNIK MENGINGAT
Saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca sekalian beberapa strategi yang saya amalkan dalam proses mengingat. Secara ringkasnya saya mengklasifikasikan teknik2 ini kepada 6 teknik utama iaitu permulaan, pengakhiran, bayangan, hubungan, unggulan dan tinjauan.
Permulaan & Pengakhiran
Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama perhatikan senarai perkataan di bawah dalam masa 20 saat dan uji ingatan anda dengan cuba menulisnya semula tanpa mengikut urutan:
Kucing
Sungai
Rumah
Buku
Kaki
Air
Pokok
Pintu
Baju
Kuda
Bunga
P. Ramlee
Angin
Pisang
Cantik
Tahun
Burung
Hitam
Terbang
Tinggi
Kasut
Laut
Lampu
Kertas
Payung
Jam
Daun
Pinggan
Gemuk
Putih
Baiklah, saya percaya adalah tidak mungkin dapat ditulis kesemuanya. Menurut kajian, seseorang mungkin dapat menulis perkataan2 yang berada di permulaan dan akhiran berbanding yang berada di tengah2. sungguh mudah menulis semula perkataan-perkataan kucing, sungai dan rumah berbanding perkataan-perkataan seperti angin, pisang, cantik dsb. Perkara ini di panggil the primary effect dan the recency effect.
Perkara ini turut berlaku semasa kita berada di dalam kelas. Kebiasaannya kita dapat menumpukan perhatian sewaktu di permulaan kelas dan beransur2 rendah penumpuan kita. Akhirnya, penumpuan kita akan meningkat semula pada penghujung kelas. Secara praktikalnya, kita perlu menyedari hakikat ini dan cuba menyusun jadual ulangkaji kita dengan mengambil kira faktor ini. Contohnya, kita mempunyai 3 jam untuk mengulangkaji. Jika kita mengulangkaji secara berterusan selama 3 jam ini, kita hanya akan mampu mengoptimumkan ingatan kita pada dua tempat iaitu pada awal dan akhir tempoh 3 jam tersebut. Sebaliknya, jika kita pecahkan 3 jam ini kepada 3 unit masa, kita akan dapat menggandakan ingatan kita kepada 3 kali ganda. Teknik ini dikenali sebagai Basic Rest Activity Cycle.Contohnya,
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa petama) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa kedua) – awal & akhir masa
45 minit belajar dan 5-8 minit rehat (unit masa ketiga) – awal & akhir masa
Dengan mengaplikasikan teknik ini, penggunaan otak dapat dioptimumkan pada ketiga-tiga unit masa iaitu pada unit pertama pengawalan dan pengakhiran waktu belajar, begitu juga yang kedua dan ketiga.
Rehat pada peghujung setiap unit masa adalah amat penting. rehat dalam ertikata merehatkan minda dan fizikal kita sepenuhnya daripada bahan pembelajaran. Kita boleh berehat dengan bersiar-siar sebentar mengambil udara segar atau melakukan latihan penjernihan minda. Kajian telah menunjukkan ingatan manusia akan bertambah selepas berehat pendek. Perkara ini dapat meningkatkan ingatan terhadap bahan yang telah dipelajari dan juga peningkatan ingatan terhadap bahan yang berikutnya.
Saya berharap teknik ini mampu membantu sahabat-sahabat semua dalam pembelajaran.. Untuk teknik-teknik berikutnya, insyaAllah akan saya usahakan perkongsian pada masa2 akan datang. Where there is the will, there is a way!!
Posted by muhammad zukhairi at 11:36 AM 0 comments
Tuesday, November 27, 2007
Seroja
a very beautiful voice from ust akhil hayy. this song is dedicated to all my fellow friends. may it can help us to be a better person in this world and hereafter. let us ensure our acts go inline with the shariah. insyaAllah.
Posted by muhammad zukhairi at 4:58 PM 0 comments
BERSIH Rally
bagi diriku, ia amat2 memalukan. komentar yang diberi tidak mengira hubungan antarabangsa antara negara. harus diingat stesen televisyen yang menemubual yb menteri ini merupakan stesen televisyen antarabangsa. sudah pastinya negara-negara yang disebut oleh beliau menyaksikan seorang menteri Malaysia 'undermined' negara mereka (pakistan, myanmar). perkara kedua yang paling saya sedihi ialah yb yang ditemubual ini gagal menjawab soalan2 yang ditujukan dengan baik malah memberi respon dalam keadaan yang cukup emosional. fikir2knla.
Posted by muhammad zukhairi at 3:45 PM 0 comments
Thursday, November 22, 2007
Erti hidup pada memberi...
Dalam saya tengok2 folder SRC tu, saya pun terbukala gambar2 program yang kami jalankan di rumah nur salam. Rumah ni terletak di chow kit. Ada ape yer kat rumah nih?? Ha, kat sini la ditempatkan kanak2 dari pelbagai kes. Mereka ni kalau tidak dijaga, lagaknya akan jadi kanak2 jalanan. Jdnya, rumah ni menyediakan tmpat perlindungan bagi kanak2 yang terbiar di sekitar chow kit.Masa malam sebelum bertolak ke sana macam2 perkara bermain dalam fikiranku. Maklumla, dah saya diamanahkan untuk conduct modul n sgl2nya. Maklumat awal yang sampai di telingaku ialah ada di kalangan mereka ni yang agak ‘liar’ sket. Ada yang pernah menjadi mangsa kepada nafsu buas lelaki, ada yang dipaksa bersama2 menolong maknya melacur dan sbg. Ish, mlm tu saya tak lena tidur sbb memikirkan mad’u yang akan aku hadapi keesokan harinya. Macam mana saya nak 'handle' semuanya.. saya bukanlah pelajar yang mendalami ilmu2 psikologi. Walaupun ada sesikit pengalaman ‘conduct’ program2 motivasi, tapi kali ni mad’u yang saya bakal hadapi cukup bebeza.
Saat yang dinantikan pun tiba. Selesai solat subuh, saya memanjatkan doa padaNya memohon kekuatan, kebijaksanan dan keikhlasan. Saya berdoa moga2 program yang kami anjurkan di sana dapat memberi sedikit kesan kepada mereka. Bak kata pepatah, apa yang tidak dapat dilakukan semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya.
Setibanya di sana, kami cuba melayan karenah adik2 di situ. Perkara pertama yang ada dalam mindaku ketika itu ialah bagaimana untuk bagi mereka dapat menerima kami dengan hati yang terbuka. Yang menariknya exco ‘international’ pun turut seta. Thanks my dear friends (bro hazraat n bro faysal). Semestinya program dikendalikan dalam bahasa melayu. Mujurlah kedua2 sahabat saya ni boleh faham sket2 bahasa melayu. saya pun tak sangka yang mereka berdua pun mampu bergaul mesra dengan adik2 di sana.

Kenangan di Rumah Nur Salam...
Posted by muhammad zukhairi at 10:44 AM 0 comments
Wednesday, November 21, 2007
Kenangan MPPUIAM - Sincere, Reliable, Committed
keje kene jalan jgk w'pun tak endorse lagi!!
group binding : shukri berlakon je tu. buat2 tiup pulak.

candid!! : endorsed jgk akhirnya...
saya, hazraat, izuwan n abg ibni bersama2 sub-com.
Posted by muhammad zukhairi at 1:08 PM 0 comments








