Wednesday, December 31, 2008

Palestin : Isu ummah






Israeli warplanes destroyed Hamas targets for a fourth day, including five ministerial buildings and a structure belonging to the Islamic University in Gaza City. Medical officials put Palestinian casualties since the aerial onslaught began on Saturday at 384 dead and more than 800 wounded.

sudah 4 hari pencerobohan israel ke atas bumi palestin dilakukan. perkara ini bukanlah satu perkara baru dalam hidup saudara-saudara kita di sana. saban hari mereka bergelumuang dengan bahaya, menanti bila pula masa mereka menemui ilahi.. anak-anak kecil di sana mungkin tidak berpeluang untuk merasai permainan PS3, PSP, lego dan sebagainya. menurut rakan saya dari palestin, sejak kecil lagi mereka sudah biasa dengan kelongsong-kelongsong peluru, sudah disemai semangat berjuang, sudah mempunyai rasa tanggungjawab dsb.

Saya mengajak diri dan rakan-rakan untuk merenung sebentar. Seandainya dalam diri kelihatan tiada *syuur* (baca: syu-3ur) iaitu berperasaan biasa sahaja terhadap penyembelihan yang terjadi, sekurang-kurangnya biarlah*istisy3ar*( membangkitkan perasaan). Janganlah sampai hati menjadi mati serta buta terhadap rahmah dan hidayah.

Penderitaan umat Islam setiap hari sebelum ini memang boleh menyebabkan sebahagian jiwa merasa peristiwa seperti ini adalah peristiwa biasa. Namun, tidak salah untuk kita menambah perasaan duka apabila bertambahnya peristiwa derita. Setiap duka yang bertambah itu adalah amalan seperti solat sunat yang dilakukan setiap hari. Apatah lagi peristiwa Gaza ini yang menjuraikan air mata setiap insan yang sejahtera jiwa.


Kerja Kita

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan,maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemahiman" " Muttafaq 'alayh

seandainya hari ini kita masih berasa senang dengan kehidupan kita sedangkan saudara seagama kita sengsara, renung-renungkanlah kembali diri kita. berapa kerat sangat rakyat negara ini merasain penderitaan mereka?? tatkala semua sibuk melakukan persediaan menyambut tahun baru malam ini, berapa ramai yang mampu menghadirkan sifat empati atau paling kurang pun simpati terhadap saudara-saudara kita????

di kebanyakan masjid di tanah arab sudah mula membaca qunut nazilah di setiap solat. kita??? bukanlah sukar untuk melaksanakannya.. malah kiriman doa untuk mereka pun kita tak terbuat.. jika kita di posisi mereka, sudah pasti kita juga mengharapkan sekurang-kurangnya iringan doa..

satu pandangan bernas oleh ustaz hasrizal yang mencadangkan agar kita melakukan usaha kesedaran secara besar-besaran dengan gaya yang betul. target group kita bukan hanya sekadar rakyat dan penganut islam, malah kesedaran ini mesti disemai kepada rakyat amerika sendiri kerana merekalah yang menyumbang dana yang besar kepada amerika melalui bayaran cukai dsb. dana inilah (USD10 juta) digunakan bagi membantu usaha zionis menyerah saudara-saudara kita.

pelbagai cara boleh dilakukan. perkara-perkara berbentuk menyatakan bantahan dan meningkatkan kemarahan juga relevan. tetapi itu sahaja tidak mencukupi. perlu juga 'SERANGAN2' berbentuk kesedaran dan penulisan ilmiah agar ianya seimbang. ada juga rakyat amerika yang bersifat empati, tetapi mereka mungkin akan jadi takut kepada islam jika kita hanya menunjukkan kemarahan dan memukul rata kepada semuanya. di sinilah kebijaksanaan dalam menyusun strategi diperlukan.

Selamat melayari bahtera rumah tangga


saya iringi doa buat sahabat2 yang baru melangsungkan perkahwinan mereka. pohon kemaafan kepada sahabat2 yang saya tidak dapat menghadiri majlis anda. insyaAllah ada kesempatan, saya akan ziarah kalian:)


Akhi Norsyafwan Norawawi

Akhi Tengku Azri

Akhi Syukor

Akhi Nuzul Ridhwan

Akhi Fikri (ex-roomate nih)

Abg. Syaari Abd Rahman

Seri Suwarni (ex-classmate)

Nur Izzatul Afifah


semoga kalian bahagia selama-lamanya. alf mabruk!!!

Friday, December 26, 2008

Tahun Baru!!!


Beberapa hari sahaja lagi tahun 2008 akan pergi meniggalkan kita. semalam berlangsungnya sambutan hari natal. selamat hari natal!!

boleh dikatakan setiap tahun, pada penghujung tahun, keadaan di bandar kuala lumpur ini semakin happening. lebih-lebih lagi menjelang tanggal 1 januari. rata-rata remaja keluar dan berkumpul di kuala lumpur ini bagi menyambut kedatangan tahun baru. pelbagai ragam dapat dilihat.

saya pernah bersama rakan-rakan saya meninjau keadaan di menara berkembar menjelang detik 1 januari dan 31 ogos. hampir sama sahaja keadaannya. anak-anak muda sudah mula berhimpun sejak petang lagi. terfikir juga saya kenapa di masjid berdekatan kurang jemaahnya ketika maghrib dan isya'.. hm...
pada malam tersebut semuanya disaji dengan hiburan-hiburan berbentuk konsert. pelbagai ragam boleh dilihat. kadang-kadang seperti bukan berada di malaysia pula. hehe.. budaya barat seolah-olah mendominasi malam tersebut. sukar juga nak gambarkan. kepada pendakwah muda, cubalah anda melihat sendiri keadaan mad'u pada malam tersebut.



dalam kita gembira menanti kehadiran tahun baru 2009, jangan pula kita lupa bahawa pada 29 hb ini, kita terlebih dahulu menyambut kedatangan tahun baru islam. seharusnya sebagai umat islam, kita lebih merasai kehadiran tahun baru hijrah ini. pelbagai sirah yang berlaku pada zaman rasulullah sewajarnya diteladani. corak hidup yang ditunjuk oleh rasulullah perlu dicontohi jika kita benar-benar mengaku kita menyayangi dan ingin meneruskan perjuangan baginda.

selamat tahun baru hijrah!!!

Wednesday, December 17, 2008

10 hari tidak menjenguk : mengapa??

assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!:)

akhirnya dapat juga melayari internet. masa 10 hari diguna sepenuhnya menguruskan proses temuduga, rumah sewa (hehe), clearance, barang-barang keperluan diri untuk pupillage etc..

temuduga
alhamdulillah saya pergi menghadiri beberapa temuduga untuk pupillage saya. pelbagai cara dan gaya saya alami. ada yang sekadar bertanya soalan, ada yang memberi tugasan menulis surat dan pelbagai lagi. segala-galanya memberi pengalaman yang sangat berharga buat diri saya. ada yang bertanya, kenapa perlu pergi semua temuduga?? jawapannya cukup mudah. creating options for myself :)

rumah sewa
3 hari juga la kami guna untuk membersih rumah sewa kami. alhamdulillah dapat rumah sewa dengan kadar yang berpatutan. rumah bukanla besar pun. satu hari sahaja dah boleh siap. cuma buat kerja sedikit demi sedikit:) jemputla ke rumah (hehe..) dekat dgn jusco tau.

pupillage
alhamdulillah isnin lepas saya mendaftar diri untuk memulakan pupillage saya. hari pertama dan kedua pihak firma menganjurkan kursus induksi untuk kami:)

ha!!! apa yang menarik, di tengah-tengah satu sesi, tiba-tiba penggera kebakaran berbunyi. tetapi penggera tersebut takdela macam di sekolah-sekolah atau universiti. penggera tersebut sama seperti di pusat membeli-belah apabila ada pengumuman ingin dibuat. hehe.. jadinya, kami pun tidak berganjak la sehingga la datang orang memberitahu tentang kebakaran di tingkat atas. fuh..

okla.. sekadar ini sahaja. ada kerja:)

Sunday, December 7, 2008

Salam eidul adha!!!


eid mubarak sahabat-sahabat!!. mari kita singkap kembali kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s, kisah habil dan qabil, dan pelbagai lagi kisah pengorbanan dalam sirah/tamadun Islam demi menegakkan kalimah tauhid di muka bumi. orang-orang terdahulu telah menjalankan amanah mereka dengan baik sekali, kita????

Saturday, December 6, 2008

Kisah si penjual tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

p/s : saya peroleh cerita ini daripada emel. menarik untuk dikongsi bersama:)

Wednesday, December 3, 2008

Perkongsian Pengurusan Program di Darul Quran

Setelah tamat sesi interview di salah sebuah firma guaman di Bangsar, saya bergegas untuk pulang ke rumah rakan saya di Desa Minang. jam menunjukkan hampir pukul 7 malam ketika saya tiba di stesen Putra LRT, Gombak, menunggu rakan saya menjemput saya. slot bengkel pengurusan program pula dijadualkan pada pukul 9 mlm di Darul Quran, Kuala Kubu Baru.

"ish, sempat ke? nak solat lagi, nak jemput rakan yang tau jalan ke DQ dsb.."

dipendekkan cerita, setelah bersiap-siap dan solat maghrib, saya bergegas menjemput Shahrul Nizam, lepasan DQ dan Ubaid(junior saya) untuk menemani saya ke DQ. Penat juga sebenarnya. tetapi saya gagahkan diri untuk memenuhi tuntutan penganjur:)


perjalanan mengambil masa kurang lebih satu jam. keadaan saya yang tidak biasa dengan jalan ke DQ serta hujan memaksa saya membawa kereta dengan perlahan. Alhamdulillah saya selamat tiba di DQ walaupun agak terlewat sedikit. itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Darul Quran. saya percaya pemandangan persekitarannya adalah amat menarik. cuma keadaan malam membantutkan hajat saya menikmati keindahan panorama persekitaran.

First impression
sememangnya ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Mahasiswa Darul Quran mempunyai karisma dan keunikan yang tersendiri. gementar juga hati saya apabila berdiri di hadapan pelajar-pelajar DQ. bak kata orang, 'bersih-bersih muka orang menghafal Quran ni'. moga-moga al-Quran yang berada dalam dada mampu diguna sebaik mungkin demi masyarakat di luar sana. walau apa pun perasaan saya ketika itu, perkongsian ilmu serta pengalaman yang tidak seberapa ini diteruskan juga. hebat-hebat peserta yang hadir!!!

Fasa 3S
secara umumnya, saya menekankan 3 fasa yang perlu diberi ihtimam oleh para penganjur program iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas. saya merungkaikan serba ringkas modus operandi dalam memikir, melaksana dan menutup program.

SMART management
saya perkenalkan beberapa kerangka penting (pada pandangan saya) dalam pengurusan program. penekanan terhadap Management by Objective saya kupas serba ringkas bagi memastikan program yang dilaksana punyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai. objektif tersebut pula seharusnya mengamalkan prinsip S.M.A.R.T. Prinsip yang saya peroleh daripada encik Amin Idris
saya sempat juga menyentuh tentang format kertas kerja, flow chart, master plan dan sebagainya sebagai panduan kepada para peserta. saya turut menekankan beberapa perkara penting terutamanya setelah program tamat kerana kebanyakan penganjur program gagal melaksana follow up. kebanyakan penganjur akan mengadakan sesi post-mortem. namun secara majoritinya, muhasabah yang diberi hanya tinggal sebagai coretan di atas kertas dan tidak ada proses follow up yang berkesan daripada pihak yang bertanggungjawab.


alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya sentuh serba ringkas 3 fasa yang disebut awal-awal tadi. respon yang diberi daripada peserta-peserta amat memuaskan. harapan saya moga perkongsian sedikit pengalaman mampu membantu perjalanan organisasi mereka selama sepenggal, insyaAllah. salam kejayaan kepada anda semua!!

Monday, December 1, 2008

Alhamdulillah: tamat juga!!

sedang saya membelek-belek komputer saya di bilik, telefon saya berbunyi. ohh, sajak rupanya.. saya menjawab.

"macam mana result ko zukhairi??"

oh ya, saya terlupa rupa-rupanya keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar hari ini. lantas saya menuju ke perpustakaan rumah saya dan membuka komputer untuk menyemak keputusan peperiksaan.


berdebar-debar hati saya.. alhamdulillah, akhirnya saya dengan rasminya tamat belajar ijazah sarjana muda undang-undang:) kini saya perlu fokus kepada tempoh 9 bulan chambering.

alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada-Mu atas nikmat ini ya Allah. terima kasih saya ucapkan kepada semua pensyarah saya sejak saya di tahun pertama sehinggalah di tahun akhir. ampun dan maaf saya pinta. doakan saya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. terima kasih juga kepada sahabt-sahabat saya yang bersama-sama mengharungi jalan menuntut ilmu ini. tahniah kepada kalian juga!!!

takut makhluk vs takut Allah


saya pernah menulis tentang filem2 seram dalam blog ini dahulu. sekali lagi saya ingin menyentuh perkara yang sama dalam entri kali ini. filem2 berunsur seram semakin popular di kalangan masyarakat kita pada hari ini. malah, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa produser-produser seolah-olah berlumba-lumba menerbitkan filem-filem berunsur seram.

drama seram terbaru yang kini ditayangkan di saluran TV3 berjudul puaka niyang rapik mempunyai keunikan tersendiri. saya sempat mengikuti beberapa episod drama ini. sempat juga saya berbincang-bincang dengan emak saya akan baik buruknya drama berunsur seram ini.

saya cukup percaya industri perfileman memainkan peranan yang cukup besar dalam mencorak pemikiran dan sosio budaya masyarakat. rata-rata rumah di malaysia mempunyai sebuah televisyen. malah, televisyen kini mampu diakses hanya dengan menggunakan telefon bimbit. maka, tidak salah jika saya mengatakan bahawa televisyen mampu menjadi 'guru' kepada setiap lapisan masyarakat.

"jangan nakal-nakal, ada hantu kat belakang rumah tu"

mungkin masih wujud lagi dialog-dialog sebegini menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak terlalu nakal. namun, jika dialog ini sudah tidak lagi dipraktikkan, kehadiran filem-filem berunsur seram ini di kaca-kaca televisyen sudah mampu membahayakan aqidah muslim. menurut dr. mahmood zuhdi, filem2 ini tidak membawa kebaikan dalam masyarakat melayu khususnya kerana filem2 ini tidak lebih hanya mengutamakan keseronokan semata-mata. malahan filem2 berunsur seram ini mampu memesong aqidah umat islam.

mari kita fikir-fikirkan sejenak, sebagai muslim, aqidah kita ialah agar kita takut kepadaNya (rujuk surah an-nazi'at, ayat ke-40-41). takut melakukan maksiat kerana kita yakin Dia maha melihat, maha mengetahui etc. setiap amal buruk kita akan dihitung di hari akhirat kelak. ini yang sepatutnya diterap dalam diri incividu muslim sejak dari kecil lagi. malangnya, kini, umat islam seolah-olah lebih takutkan 'hantu' berbanding pencipta mereka.

walaupun ada diselitkan sedikit pengajaran serta amaran bahawa cerita ini adalah rekaan dan sebagainya, adakah perkara-perkara tersebut memadai dengan ketakutan yang dihidang selama 1 jam? drama terbaru di kaca televisyen pula secara terang-terangan menggambarkan 'hantu' dengan pelbagai rupa yang menakutkan.

malahan hantu-hantu tersebut seolah-olah mempunyai kuasa dan mampu mengambil nyawa manusia. hal ini sama sekali bercanggahan dengan pemahaman aqidah kita bahawa yang berkuasa menghidup dan mematikan adalah Dia.

saranan saya, pihak media terutamanya perlu lebih cakna akan kesan negatif ini dan tidak hanya mengejar keuntungan. ibu bapa pula perlu lebih berhati-hati dalam membiarkan anak-anak menonton filem/drama berunsur seram ini. saya terbaca dalam sebuah majalah yang menyatakan;

amat malang sekali kerana tatkala malaysia sedang melangkah maju ke hadapan, budaya pemikiran semakin dibawa ke belakang

Tuesday, November 25, 2008

Ceramah di Setiabudi

[gambar hiasan : hariri semasa slotnya]

"zukhairi, enta boleh bagi ceramah esok pagi di setiabudi tak?? tentang wuduk."

habis je paper terakhir, civil procedure 2, saya memeriksa telefon bimbit saya. sms daripada hariri meminta saya untuk memberi ceramah pada keesokan harinya dibaca. patutla hariri tanya saya pagi tersebut saya ada paper atau tak hari tu. selepas berfikir sejenak, saya pun balas sms sahabat saya.

"insyaAllah boleh. pukul berapa? untuk sapa??"

penting jugak mengetahui siapa audien kita. persiapan perlu dilakukan selaras dengan tahap audien. akhirnya, saya diberitahu audien terdiri daripada pelajar2 tingkatan 1 sehingga tingkatan 4. jadi pada malam tersebut saya pun mulalah mencari bahan2 yang sesuai dan merangka2 cara presentasi saya agar bersesuaian dengan audien.

memandangkan waktu yang diperuntukkan hanyalah satu jam, maka saya memutuskan untuk tidak membuat sebarang power point presentation. buntu juga nak cerita ape ttg wudu'. pada tanggapan saya, mestilah mereka ni dah 'settle' ttg wudhu'. saya hubungi ustaz nik, guru di setiabudi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

akhirnya saya putuskan untuk mengajar adik2 ni tentang praktikal wudu' serta cara wudu' mengikut apa yang rasulullah laksanakan:)

[adik2 setiabudi]

adik2 yang mengikuti ceramah ini terdiri daripada adik2 tingkatan 1,2 dan 4. memang mereka agak bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan wudhu'. semasa sesi soal jawab, pelbagai persoalan yang diutarakan. alhamdulillah dapt saya jawab persoalan2 tersebut dengan baik. kadang2 kita kene bersedia untuk menghadapi soalan2 yang bersifat teknikal dan tidak terlintas di fikiran kita. hehe...

ha!! kali ni saya bawak hadiah coki2!! hehe.. saje jer nak habiskan stok yang ada. jadi saya bagi kepada adik2 yang betul2 participate dan selalu jawab soalan2 yang saya ajukan. alhamdulillah, menjadi juga taktik saya ni. hehe..

jika dahulu, hassan dan hussein menjadikan wudhu' sbg method menegur orang yang lebih berumur. kenapa tidak hari ini para remaja mampu menjadi contoh kepada orang2 dewasa di luar sana yang dahagakan tunjuk ajar?

KISAS, dalam kenangan

baru-baru ini saya mengemas2 bilik saya di rumah. em, terjumpa album-album lama sewaktu di tingkatan 6. hehe, terus saya scan gambar2 yang menarik untuk dikongsi bersama:)













kat atas ni bilik saya masa upper 6. duduk 2 orang je. tapi sorang lagi kawan saya (hadi awang) selalu datang melepak kat bilik saya. study kat situ. maklumla bilik lawa!! hehe... hadi dan syauqi sekarang ada di al-azhar. bila la hangpa nak balik??














ni pulak jamuan kelah 6 atas 5. kelas sejarah. cikgu norisah adalah guru kelas kami. ha, ustazah zaidah pulak yang ngajar kami bahasa arab. manala kawan2 semua sekarang?? dengar2 ada yang dah jadi ustaz. yang kat fountain tu, sebahagian upper 6 lelaki. kitorang ambik waktu prep pagi sket untuk ambik gambar.hehe..














sahabat2 yang bersama-sama dari tingkatan 4 sehinggalah tingkatan 6. shukran jazilan semua. ukhuwwah yang dibina akan dijaga selama2nya insyaAllah. (semangat je pakai baju BADAR petang2 sbb nak pegi ambik gambar)














hehe... yang belah kiri ni, performance masa anugerah kokurikulum rasa2nya.. join soutul mujahideen form 5. (saya pernah letak video ni kat blog ni dulu). ha, yang belah kanan tu, hari guru. saya jadi emcee. then jemputla ustaz fazdi untuk wat persembahan. tiba2 dia ajak skali saya join dengan soutul f5. hehe.. malu jugak sbb masa tu saya xmo naik. tapi cikgu2 perempuan sume suruh saya join skali. hehe...














teringat masa lawatan lembaga ketua pelajar. kami bermalam di sebuah sekolah sains di kelantan (tak ingat sekolah ape). masa malam selepas slot penerangan oleh sekolah berkenaan, kami diminta mengadakan sedikit persembahan secara mengejut semasa makan malam. mujur kebanyakan LKP adalah ahli2 soutul. habis je makan malam, tiba2 pintu bilik kami diketuk. ada pejar sekolah tersebut minta record nyanyian kami. hehe.. semangat je aji & the geng masa ti.

ha, time hari sukan sekolah pulak, saya masuk rumah thariq!!! ramai jugak stayers yang masuk rumah thariq sampaikan cikgu2 pun pelik. nak wat camne kan? hehe.. masuk rumah sukan bukan sekadar masuk tau. saya mengambil bahagian dalam acara 400 n 800 meter. hehe.. bila fikir2 balik, tak sangka plak. alhamdulillah dapat tempat ke-2 (kalau tak silap la). game, saya ambil bahagian dalam petanque (betul ke eja ni?). dapat jugak tempat tapi bukan nombor 1 la.














gambar di sebelah kanan tu masa 1st year di uia. kisas sambut ulang tahun ke-50 penubuhan. jadinya saya pun turut serta dalam acara dinner. dapat free table sbb cikgu-cikgu sponsor. hehe.. ha, suzaime tu pakai baju pinjam!!! hehe.. pinjam abg nidzamuddin. sekarang ni abg nidzamuddin bekerja sebagai pensyarah di UPSI. mohsein??? dia sekarang di SC.

5 keunikan di KISAS... mula2 datang rasa macam pelik jer. tapi 4 tahun duduk di kisas, rasa kemanisan keunikan2 ini.. suasana yang terjaga, cikgu2 yang sangat2 penyayang (berbeza sket dengan sekolah lama saya) etc. tapi tak semua lepasan kisas merasai keunikan ini.. teringat lagu kisas yang lama...

kota ini zahirnya usang,
namun sedari di dasarnya,
tertanam mutiara berkurun lamanya...
yang tabah pasti memiliki....

Thursday, November 20, 2008

Cuti...

ALHAMDULILLAH, akhirnya dapat juga peluang untuk bersua dengan internet. hehe.. setelah seminggu lebih saya menamatkan kertas peperiksaan terakhir, akhirnya berjaya juga saya mendapat sedikit ruang untuk melayari internet.

sebaik sahaja tamat peperiksaan pada isnin lepas, saya dan rakan sebilik mula mengemas2 barang. fuh, banyak juga barang yang kami ada di bilik. maklumlah, 4 tahun bermukim di uia. mujur sebahagian besar buku-buku saya telah saya bawa pulang terlebih dahulu. akhirnya, setelah siap2 berkemas, saya dapati saya terpaksa membuat 2 trips untuk mengangkut barang-barang saya pulang ke rumah. mujur savvy dapat membantu. hehe... mak saya pun terkejut bila melihat barang saya yang terlalu banyak. hehe...

kertas peperiksaan terakhir saya iaitu civil procedure 2 benar-benar meniggalkan sedikit kesan kepada saya dan rakan2... erm, berlaku sedikit kekeliruan tentang soalan wajib. rata-rata batch saya diberitahu bahawa tidak akan ada soalan wajib untuk kali ini. tetapi, apabila kami membaca arahan di muka depan, "....question one (1) is compulsory...." pada awalnya saya menyangka bahawa mujurlah saya perasan arahan tersebut. kesian rakan di meja belakang saya yang tidak perasan arahan tersebut... tetapi setelah peperiksaan tamat, ada pula khabar angin yang mengatakan sebenarnya cover page kertas itu tersilap dan sememangnya soalan 1 adalah tidak wajib. hm... sukar juga soalan 1 tersebut...hm.. xpela. yang penting dah cuba buat yang terbaik.

Sajak bergambar dengan Mdm. Nik Haizam

saya sedih kerana tak dapat menghadiri lawgrad dinner pada rabu malam khamis. rasa rugi juga tidak dapat bersama-sama rakan-rakan dan terlepas peluang untuk bersua dengan pensyarah-pensyarah yang turut hadir. buat rakan-rakan penganjur, maafkan saya kerana tidak dapat menghadiri jamuan tersebut. xpela, insyaAllah lepas2 ni ada peluang untuk bersua muka.


semasa berkemas-kemas, rasa sayang pada nota-nota yang dapat dan dibuat sepanjang 4 tahun belajar. lantas saya menghantar sms ringkas menawarkan nota-nota tersebut kepada juniors saya. hehe... banyak juga la nota yang saya kelas-kelaskan. alhamdulillah, semuanya diambil oleh adik2 saya. moga2 dapat membantu dalam pelajaran anda nanti:)


oklah..sekadar ini sahaja. nak survey tempat kerja sket. plan untuk menimba pengalaman chambering sebelum melapor diri ke telekom. salam ukhuwwah!!!

Friday, November 7, 2008

Nota, nota, nota, nota.....

[main hall cac, tempat saya dan kawan2 memerah otak]

memandangkan kertas civil procedure 2 saya pada hari isnin, jadi saya mencuri sedikit masa study saya untuk menjenguk blog ni:) terima kasih kepada yang melawat. hehe..



erm, satu fenomena yang tak pernah berubah sejak tahun pertama saya di sini ialah nota-nota berselerakan di luar dewan peperiksaan setelah tamat peperiksaan. kadang-kadang saya tertanya-tanya juga kenapa nota-nota yang dibuat ini dibiarkan bersepah2 begitu sahaja?? sekadar husnuzzon saya ialah mugkin empunya nota itu terlupa bahawa dia membawa nota ke dewan peperiksaan. (ada yang siap lupa nak ambik beg lepas peperiksaan lagi!! hehe..)


apa yang menjadi kerisauan saya ialah, kadang-kadang nota yang ditinggalkan berselerakan ini adalah nota-nota subjek agama. mungkin terdapat coretan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya. akhirnya nota itu diterbangkan oleh angin dan berselerak di atas lantas menuggu makcik-makcik cleaner membantu membersihkannya...



walaupun bukan nota berkaitan subjek agama, saya tetap memandang nota tersebut sebagai ilmu. bukankah kita nak berjaya dalam perjalanan menuntut ilmu?? bukankah banyak ulama' terdahulu menekankan adab kita dengan ilmu?? hm.. harap2nya adab menuntu ilmu itu masih kita jaga walaupun ada yang mengatakan perkara ini remeh sahaja:(


cadangan saya, apa kata kita tanamkan sense of belonging terhadap nota yang susah payah kita buat (if buat la) or susah payah kita gi kumpul dan fotostat. kalau rasa-rasa nota tersebut dah tak berguna, kita sedekahkan la pula pada junior2 kita yang mungkin boleh membantu mereka. tak pun, lupuskan nota-nota tersebut dengan baik. tak perlulah kita menyusahkan orang lain untuk membersihkan bagi pihak kita:)


em, walau apa pun, saya doakan kita semua berjaya dalam peperiksaan kali ini. 'berjaya' ini menurut interpretasi masing-masing ye:) salam najah!!!

Wednesday, October 22, 2008

Exam mode

asslamualaikum...

27/10 : Jurisprudence 2
01/11 : Public International Law 2
02/11 : Criminal Procedure 2
04/11 : Evidence 2
06/11 : Professional Practice 2
10/11 : Civil Procedure 2
feel free to leave your message:)

oh ya, before that, i am in the aikol lab now. hehe, it is fun to see my friends rushing to complete their assignment. hehehehehe, i think, today is the busiest day for the staff of multimedia unit. why?? lot of printing by the students. so he has to come frequently to feed in the papers etc. hehe.. (lab pun dah jadi meriah dah ni)--> ikan parang ni berapa??? (hehe, macam pasar plak kat lab ni).

anyway, all the best to all of you for your final examination!!! thank Q to all my lecturers for teaching me:)

usaha + doa + tawakkal = insyaAllah boleh berjaya!!!
p/s : jumpa lagi lepas exam:)

Saturday, October 18, 2008

Theft!!!

* for the purpose of confidentiality, I purposely concealed the identity of the person involved as well as the gender. hehe...

[gambar hiasan]

Erm, it was Tuesday afternoon. I was revising for my evidence 2 test in the mosque. suddenly one of my junior text me a message "makanan hilang!!". I asked back what my junior mean? then my junior said that he/she bought some food for lunch and he/she went to the library to read newspaper first. then he/she put the food at the piegon hole before he/she enter the library. after he/she finished reading the newspaper and intended to go back to his/her room, then he/she realised that his/her food was not at the pigeon hole!!! it was stolen!!!

pitty to him/her. but at the same time i lough.hehe... i whisper to myself "ada jugak orang curi makanan kat library?" hehe... well, the pigeon hole which students use to leave their bags or books before entering the library is a place where public has access to it. there are number of cases where students accidentally left some valuable items in the bag and at last it went missing. for me it is normal though unhealthy situation. but, food went missing??? hehe...

i said to him/her to husnuzzon with the people who took the food. maybe it was taken unintentionally or maybe the person who took it was very hungry and unable to buy some food. (maybe) hehe... just let that person enjoy the food lah yer?

memories during secondary school

i remember one occasion during my secondary school in Melaka. i was then in form 3. living in hostel, it is a rule that all students must perform 5 times prayer at the surau. so, one day as i reach surau, i saw a very interesting way of ensuring your own slippers will not be taken by others. slipper went missing after prayer is normal when you live in hostel. so, we tend to hide our slippers at the bushes, under the stairs and many other places.


coming back to what i saw, i saw a slipper also called selipar jepun (i wonder why we call it that way even though it was made in malaysia), tied/locked together using mangga (i don't know what is the best word to describe this). the slipper is locked together using a lock that we use to lock our locker. hehe... very creative and imaginative. that was the first time i saw student go to that extent to ensure his selipar jepun will not be taken away by others.

what makes it more interesting is that, a few days later, i found out that other students particularly form 1 follow the skill. i remembered looking at a pair of selipar jepun, locked together using solex!!! wah, very safe!! hehe...

p/s : ada lagi ke orang guna cara ni???

Tuesday, October 14, 2008

Raya lagi!!!

Selepas je beraya di rumah ustazah ramizah pada hari sabtu, saya menerima undangan beraya di rumah rakan pula pada hari ahad. dipendekkan cerita saya bersama hafiz dan najmuddin telah menggempur rumah tersebut dan memastikan kami memenuhkan perut kami yang memang kosong;)

berikut beberapa gambar yang sempat diambil. ada lagi gambar yang tak sempat nak transfer daripada hafiz.

[sempat bergambar masa sampai]


[wah.. banyaknya makanan]

[ni nak beraya or nak bergambar ni??]

[kat pintu pun boleh jugak]

[tetamu yang paling lama di meja makan;)]

[bila la nak miliki rumah sebegini?]


p/s: terima kasih kepada najib dan isteri (musfirah) atas undangan. moga-moga dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang soleh/ah

Saturday, October 11, 2008

Open House Ustazah Ramizah

1. terima kasih kepada ustazah ramizah atas undangan ke majlis hari raya di rumah ustazah. ustazah maklumkan ianya sekadar kecil-kecilan sahaja:)

2. saya bersama-sama lukman(roomate) dan tan chien liang bertolak ke rumah ustazah yang kurang lebih 10 minit perjalanan dari uia. rumah ustazah dekat dengan ong tai kim!! hehe.. mudahla nak beli barang-barang.

3. berikut beberapa gambar yang sempat dirakam pada majlis pagi tadi.



[sedapnya!!! perut pun dah berbunyi;p]

[kalau malu, lapar la jawabnya!]

[eleh, hayyi wat rajin membaca plak]

[daus, pelatih dalam kamar:)]

[ummi, seganla...]

[bergambar dgn ustazah ramizah dan mdm junaidah]

[kat pintu pun jadilah ye ustazah??]

p/s : walaupun kecil-kecilan sahaja, tapi sedap. kenyang kami makan. hehe.. tak kira plak berapa kali tambah tadi. sikit je rasa2nya. betul tak hayyi???