Wednesday, April 29, 2009
Work Centered
Posted by muhammad zukhairi at 8:12 PM 9 comments
Wednesday, April 22, 2009
SMSS: REVIVAL!!!
Alhamdulillah, on last Saturday, 18th April 2009, RK Training Team was again invited to SMSS to share inputs with REVIVAL (form 5). It was a very wonderful day for us having the opportunity to be with REVIVAL:-)


Hurm.. Is this one of the tips to success?;p
Faster! Faster!
Posted by muhammad zukhairi at 8:46 AM 2 comments
Wednesday, April 15, 2009
Kisah Kerusi Roda Untuk Bayyi
Semasa asyraf, napi dgn syuk datang melawat dahulu, Allahyarham hanya terlantar.. masa tu la dirasakan, Allahyarham perlu kurangkan tidur dan perlu duduk...keluar ambik angin... napi ambil inisiatif utk dptkn sumbangan utk kerusi roda...mungkin bayyi boleh jd mcm Syeikh Ahmad Yassin, sapa tahu?
Alhamdulillah, sape sangka dr RM350, duit terkumpul mencecah RM950, tu tak termasuk RM300 lg dgn napi... jumlah duit terkumpul sudah mampu untuk membeli sebuah kerusi roda yang selesa.. namun, the wheel chair spirit yang ditiup hampir seminggu lamanya akhirnya berakhir by 12:00pm semalam... semua dimaklum bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah...
Saat-saat akhir bayyi...
Ayah bayyi cerita saat2 sblm Allahyarham bayyi pergi meniggalkan kita...
kelmarin, ayah dia kesan jangkitan dlm mulut bayyi... bayyi mula hilang selera makan dan sukar nk menelan... perkara sama berlaku pada arwah mak bayyi dulu...
petang tu, bayyi demam..badan panas sikit... so, arwah tak dimandikan.. lap sikit2 je... memandangkan ada benda dlm mulut dia, bayyi diberi madu... tp, xdiberi panadol sbb memang tak boleh campur madu ngan panadol.
11.00pm, bayyi mula sukar bernafas... masa tu, semua dah nk masuk tidur... tp, ayah bayyi panggil gak, suruh tunggu bayyi dulu. Masa tu,bila ayah bayyi cek, nadi memang dah tak da... ayah bayyi mula ajar mengucap dan bacakan yasin...
11.30pm, bayyi menghembuskan nafas terakhir...
Teringat salam yang selalunya Allahyarham sahut bila ana blk bilik mase dulu... td, bila ana sampai ke 'kamar' dia, sunyi sepi... hanya boleh ana bygkn adalah sahutan salam arwah dlm fikiran ana...
Arwah sangat kental jiwa dan komited dengan kerja- kerja dakwah Islami.Masyaallah, hebatnya arwah..
Mungkin sahabat sekalian belum lupa, kereta perodua kenari beliau sangatlah berjasa kepada kita semua. Selalu sangat kita menyewa kereta arwah, terkadang kita gemar minta diskaun pada arwah, dan kadang2 minta dikecualikan terus bayaran (FOC) dengan pelbagai alasan... Baiknya hati beliau, diiyakan saja segala permintaan kita semua (termasuk saya) walau kekadang memang tidak adil kepada beliau sebenarnya kerana kita sebenarnya bersetuju menggunakan keretanya atas kontrak ijarah sejak awal lagi....Atas nama sahabat seaqidah, beliau sanggup berkorban..
Rajin dan komitednya beliau, kita semua sedia maklum.Tidak kisah di posisi mana pun diletakkan, tak kisah walau membuat kerja apa sekalipun, kerja berat, berjaga malam, kerja risiko, beliau galas amanah tersebut sebaik mungkin..Terserlah jernih keikhlasan kerja buat beliau...sesuatu yang tidak mampu kita lakukan..
Posted by muhammad zukhairi at 8:33 AM 0 comments
Tuesday, April 14, 2009
ALFATIHAH..
Posted by muhammad zukhairi at 4:15 PM 0 comments
Dugaan Allah
Posted by muhammad zukhairi at 4:02 PM 0 comments
RK Training di SMSS

Posted by muhammad zukhairi at 3:23 PM 0 comments
Thursday, April 2, 2009
“Islah Nafsaka Wad’u Ghairak”
Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Pada suatu pagi, tatkala pasangan suami isteri ini bersarapan di meja dapur bersebelahan dengan tingkap rumah mereka, si isteri berkata kepada suaminya, “jiran kita tidak membasuh baju-bajunya dengan bersih la. Dia perlu belajar membasuh dengan lebih baik atau mungkin perlukan sabun basuh yang sesuai” Si isteri berkata sambil menuding ke arah rumah jiran mereka yang pada ketika itu sedang menyidai pakaian yang baru sahaja di basuh. Si suami melihat ke rumah jiran mereka tetapi hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang respon.
Perkara ini berterusan hampir sebulan lamanya. Tiap-tiap kali si isteri memberi komen yang serupa, si suami tetap berdiam tanpa memberi sebarang respon terhadap apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.
Pada suatu hari, semasa bersarapan, si isteri berkata, “ha, jiran kita akhirnya sudah belajar membasuh dengan betul”. Si suami menoleh ke arah rumah jiran mereka dan bersuara, “ohh.. pagi ini saya terjaga awal. Jadi saya ambil kain buruk dan lap tingkap rumah kita ni. Kotor sangat dah”. Si isteri terdiam.
Cerita ini amatlah pendek dan memberi satu situasi mudah kepada pembaca. Kebanyakan masa, kita sering terpengaruh dengan persepsi kita kepada orang lain. Kita sering memberi penghakiman kepada orang lain tanpa kita mengenali terlebih dahulu budi pekerti orang tersebut.
Teringat saya kepada satu nasihat yang diberi kepada saya oleh saudara Amin Idris. Segala-galanya berpunca dari hati. Apabila kita punyai niat untuk baik dengan seseorang yang kita temui, maka ianya akan terpancar pada wajah kita. Berbeza jika kita sudah memasang niat negatif terhadap orang yang kita temui.
Maka, moga kita sama-sama dapat membersihkan ‘tingkap’ diri kita sentiasa sebelum kita menyalahkan orang lain, insyaAllah.
Posted by muhammad zukhairi at 9:58 AM 0 comments
Monday, March 30, 2009

Dalam pengetahuan saya, sekarang telah bermula pepriksaan akhir semester bagi UIAM. Beberapa rakan dan juga junior saya menghubungi bertanyakan pendapat untuk chambering. Saya sedari saya bukanlah punyai pengalaman yang banyak dalam hal ini. Tetapi saya bantu sekadar yang termampu.
Pada semester terakhir saya, saya pernah meminta pendapat seorang pensyarah Professional Practice saya antara membuat chambering atau terus terjun ke alam korporat (in-house counsel) atau terus menyambung belajar (sangat berkobar-kobar nak sambung belajar sebenarnya). Nasihat yang saya peroleh ialah lalui chambering dahulu. Alasan yang diberi adalah cukup mudah. Pertama ialah berkaitan pendedahan awal dan proses untuk menimba pengalaman. Kedua, perbezaan kedudukan antara lepasan universiti dengan lepasan chambering.
Saya tekad melakukan chambering walaupun pada asalnya hati membuak-buak untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga pensyarah saya yang mencadangkan agar saya lalui chambering dahulu sebelum menyambung belajar kerana mempunyai kelebihan mengasimilasikan antara teori dengan praktikal. Maka, segala tindakan dan perancangan saya atur menjelang peperiksaan akhir semester saya yang lepas termasuk mendapatkan senarai firma di sekitar Kuala Lumpur.

Kepada yang berkeinginan untuk meneruskan pembelajaran, ada kelebihan dan kekurangannay juga meniggalkan sebentar alam pembelajaran. Tetapi, bagi saya ianya sesuatu yang subjektif kerana lain orang, lain sifatnya. Ada yang berkurangan momentumnya untuk sambung belajar apabila sudah menceburi alam pekerjaan. Tetapi, ada juga yang tidak.
Ada yang menasihati agar jangan pergi ke firma-firma guaman yang besar kerana kemungkinan tidak akan banyak belajar. Wallahua’lam. Saya tak dapat nak komen perkara ini. Kepada sahabat-sahabat yang brkeinginan untuk melalui chambering ini, saya sarankan agar bersedia dari segala sudut kerana sesungguhnya apa yang kita pelajari di alam universiti hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang kita tempuhi semasa chambering. Malah, perlu juga persiapkan diri untuk sedia pulang lewat dari tempat kerja, bekerja pada hujung minggu dsb.
Walau apa pun pilihan sahabat-sahabat, pastikan diri anda thabat dgn pilihan tersebut. Apabila kita telah berazam, maka bertawakkal pada AllahJ Semoga kalian cemerlang dalam peperiksaan kalian!!!
Posted by muhammad zukhairi at 4:10 PM 1 comments
Sunday, March 8, 2009
Maulud Nabi
1. Alhamdulillah pihak firma Azmi & Associate telah menganjurkan sesi ceramah/tazkirah di pejabat sebelum solat jumaat baru-baru ini. Penceramah jemputan adalah Ustaz Malik. Alhamdulillah dalam kesibukan menjalankan tuntutan kerja, pihak firma masih memperuntuk dan memberi ruang agar hati-hati warga firma diberi peringatan.
2. Penceramah membawa kami sedar dengan situasi sekarang yang mana, umat Islam semuanya leka. Kita hilang rasa cinta pada rasul. Kita meletakkan al-Quran sbg perhiasan. Tertarik saya pada kata-kata ustaz, kita hanya ingat pada al-Quran apabila nak halai jin/syaitan, nak pelaris perniagaan etc jer. selain daripada itu, kita lupa..(muhasabah)
3. Penceramah menekankan bukti cinta kepada rasul bukanlah hanya membuat sambutan maulidurrasul, berarak dsb. Walaupun bagus diadakan beditu kerana sekurang-kurangnya ia mampu melahirkan kesedaran kepada yang leka, atau yang mungkin tak tau langsung soal kelahiran nabi ini. Bukti cinta kepada rasul ialah kita sedar akan misi rasulullah di muka bumi ini. Ustaz membacakan petikan ayat daripada surah an-Nahl yang menyatakan apakah misi sebenar rasulullah.
4. Adalah menjadi misi untuk menegakkan kalimah Allah, menolak kemungkaran dsb. Inilah yang kita warisi dan perlu diteruskan sebagai lambang kecintaan kepada rasulullah. Dakwah!! Kita diseru melakukannya menurut kemampuan diri sendiri dalam kapasiti dan ruang yang ada.
5. Ketika rasulullah di saat-saat nazak, rasulullah pernah memohon agar kesakitan menghadapi kematian oleh umatnya akan ditanggung oleh baginda. Luluh dan menangis para malaikat melihatkan pengorbanan rasulullah di saat-saat terakhir hayatnya.
6. Amatlah wajar kepada umat Islam untuk mendalami sirah rasulullah bagi menanamkan rasa cinta terhadap baginda. Segala pengorbanan yang rasulullah lakukan bagi memastikan kalimah tauhid ini tertegak amatlah wajar dihargai.
Salam maulidurrasul!!!
Posted by muhammad zukhairi at 8:39 AM 0 comments
Saturday, February 28, 2009
Islam : Way of Life
(Surah An-Nahl ayat 81)
9. Ada pula yang berkata, "Alaa, aku takmo hiprokrit. Konon2 pakai tutup aurat, tapi dalam hati aku ni tak suka." Macam mana ye kalau nak cakap dgn mereka ni???
10. Bagi saya, lebih baik hipokrit kepada manusia daripada kita terus-menerus mengabaikan perintahNya. Dari sudut aqidah, keutamaan kita pada Allah, bukannya pada manusia. Lebih2 lagi, pada pemahaman saya, kita telah jadi "hiprokrit" dengan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat kerana kita mendakwa kita Muslim dan kita patuh pada perintahNya, sedangkan dalam perbuatan kita kita tidak menggambarkan sepertimana yang sepatutnya. Wallahua'lam.
11. "Aku tak suka paksa2. Biarlah datang dari hati aku." Hm.. dulu masa kecik2kita memaksa diri kita puasa. Malah mak dan ayah pun "memaksa" kita berpuasa. Daripada situ kita membentuk hati kita untuk menerima ini adalah ibadah yang wajib. Bagi saya, hati ini perlu dibentuk. Bukannya hati ini yang membentuk perilaku kita.
Wallahua'lam.
Posted by muhammad zukhairi at 8:40 PM 0 comments
Saturday, February 14, 2009
Pakaian Sutera
Asal Pengharaman Sutera
Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
(Hadis riwayat An-Nasa’i)
Kelonggaran Untuk Lelaki Memakai Sutera
Hal ini dijelaskan dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah telah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin al Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka.
Antara lain ialah dalam keadaan darurat seperti kesejukan yang mengancam nyawa dan hanya wujud pakaian sutera untuk membaluti tubuh dsb.
Sutera Yang Sedikit Atau Bercampur
Berdasarkan riwayat daripada Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah:
Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata:
Pada peringkat ini, saya dapati kebanyakan pandangan mengatakan tali leher yang diperbuat daripada sutera adalah haram dipakai oleh kaum lelaki. Ada yang berhujjah mengklasifikasikan tali leher sebagai pakaian. Ada juga yang mengatakan tali leher sebagai hiasan. Maka kedua-duanya jatuh kepada hukum haram memakai tali leher diperbuat 100% daripada sutera.Pendapat Berbeza
Pendapat ini saya perolehi daripada http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab58.htm
Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram. Dalil-dalil hadis sahih melarangnya adalah banyak, antaranya HR Ahmad, Ibn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib.
"Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku." HR Bukhari-Muslim
Umar alKhattab:
"Jangan siapa memakai sutera di dunia,niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat."
Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat:
Segelintir sahabat, sebanyak dua puluh orang (20) memakai sutera antaranya Anas dan al Barra' (diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud).
Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila digabungkan kesemua dalil hadis yang melarang dan dalil-dalil yang membolehkan, maka ia menujukkan makruh hukumnya memakai sutera. Ini terbukti dengan 20 orang sahabat yang memakainya, sedangkan tidak mungkin para sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar.
Pegangan Saya
Saya mengambil jalan tengah iaitu tidak memakai lagi tali leher tersebut. Alasan saya ialah:
1) Masih boleh dipakai tali leher lain yang tidak diperbuat daripada sutera.
2) Lebih-lebih lagi antara perkara yang jelas haram dan jelas halal wujud perkara yang samar-samar. Sebaik-baiknya ditinggalkan sahaja perkara yang samar-samar.
3) Teringat saya sewaktu di sekolah menengah dahulu, ada diterapkan satu konsep 'perkara yang nampak baik di kalangan orang kebanyakan, tetapi ianya buruk di kalangan orang yang medekatkan diri kepadaNya'.
Maka, saya hanya menyimpan tali leher hadiah daripada universiti saya tersebut. Apa pendapat rakan-rakan pula???
Posted by muhammad zukhairi at 8:32 PM 4 comments
Friday, February 6, 2009
Forum Untuk Palestin
Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri forum untuk palestin yang diadakan di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada firma guaman yang menaja saya dan rakan-rakan saya menghadiri program tersebut. Program dimulaik dengan ucapan pengerusi Tribunal to Criminalise War, Tun Dr. Mahathir. Walaupun ucapannya agak ringkas, namun saya kira seluruh hadirin berpuas hati kerana ucapan beliau dipenuhi dengan fakta dan sejarah.
Media Massa
Kebanyakan pembentang kertas kerja pasti menyentuh peranan media massa yang dikawal oleh zionis di USA. Kesemua pembentang bersetuju permainan doktrinisasi oleh media massa ini memberi impak kepada masyarakat umum dalam mempercayai dan meletakkan kesalahan bukan kepada zionis, sebaliknya kepada Hamas.
Malah, dalam beberapa siri temubual dengan rakyat Israel, sebilangan besar mereka menyokong tindakan tentera zionis ke atas Palestin. Antara dialog yang masih saya ingat ialah "wipe them all", "take their land" etc. Lebih mengejutkan orang yang mengeluarkan ayat sebegini adalah daripada golongan wanita yang sepatutnya dan secara lumrahnya punyai sifat lembut dan penyayang yang tinggi.
Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya, proses doktrinisasi bagaimana yang telah diterapkan ke atas golongan ini sehinggakan mereka seperti tidak punya rasa peri kemanusiaan terhadap keganasan yang dilakukan. Tentera Zionis bukan hanya membunuh orang dewasa, malahan mereka membunuh kanak-kanak yang baru ingin mengenal erti kehidupan.
Secret Pledge
Salah seorang panelis merupakan calon untuk merebut jawatan presiden USA. Beliau bukanlah calon parti demokrat mahupn republikan. Sebaliknya beliau merupakan calon Green Party, sebuah parti politik baru. Namun beliau gagal menempatkan diri dalam senarai calon kerana keengganan beliau untuk menandatangani akur janji untuk menyokong yahudi dalam kerja buat mereka. Sejauh mana kebenaran perkara ini mungkin perlu diteliti. Namun menurut beliau, sebelum beliau diterima untuk bertanding, semua calon wajib menandatangani sebuah akur janji untuk mengiktiraf negara Israel, memberi segala bantuan ketenteraan kepada tentera zionis, dsb. Dalam erti kata lain, menurut beliau, semua ahli kongres USA telah menandatangani akur janji tersebut.
Usaha berterusan
Pernah dalam lembaran sejarah menunjukkan usaha berterusan mampu merubah sesuatu perkara. Dalam ucapan alu-aluan oleh penganjur, beliau membawa contoh pernah dalam sejarah eropah, seorang rakyat biasa menggerakkan masyarakat menentang sistem perhambaan dan akhirnya beliau berjaya.
Dalam sirah nabi juga menunjukkan bagaimana usaha yang konsisten mampu merubah kejahilan yang telah begitu lama bertapak dalam masyarakat arab. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu boleh berjaya sekiranya ada usaha gigih dan berterusan daripada kita.
Kerja kita
Kadang-kadang pernah juga saya berasa letih apabila terlalu banyak perbincangan, forum, ceramah dsb tentang Palestin. Tetapi saya sedar, mungkin itu antara perkara yang mampu kita lakukan kerana saya percaya masih terdapat ramai di kalangan masyarakat kita yang masih tidak cakna dengan penderitaan saudara kita di sana.
Seorang Ustaz saya yang baru sahaja pulang dari Gaza memaklumkan kepada saya bahawa beliau berkesempatan untuk bertemu dengan Hamas dan menyerahkan bantuan kepada Hamas secara terus. Pegawai Hamas itu berkata, tidak banyak yang sampai ke tangan mereka untuk digunakan. Ada yang mungkin musnah diserang tentera zionis, ada yang disekat di beberapa pintu masuk dan ada juga TERSALAH beri kepada Fatah yang akhirnya tidak disalurkan kepada rakyat Palestin yang menderita.
Namun, janji Allah itu pasti. Pasti akan tiba hari di mana Islam yang selama ini ditindas kembali subur. Persoalannya adakah kita sudah bersedia dan adakah kita sebenar-benarnya menuju dan membantu ke arah itu. Sama-sama kita muhasbah.
Posted by muhammad zukhairi at 7:13 PM 0 comments
Saturday, January 31, 2009
Azmi & Associates : Dinner
Wah, lazatnya!!!
Posted by muhammad zukhairi at 5:11 PM 2 comments
Sunday, January 25, 2009
Keputusan Pilihanraya Kampus UIAM
Entri ini dipetik daripada http://www.helangsenja.blogspot.com/
Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.
KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES
AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590
KULLIYYAH OF ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES
KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)
Walau apa pun, tahniah dan takziah kepada yang menang dalam PRK kali ini kerana amanah berat menunggu kalian. kepada yang kurang berjaya, sekalaung tahniah juga saya ucapkan kerana kalian juga bersama-sama berpartisipasi dalam sistem pilihanraya ini. Moga sebaran dakwah sentiasa subur, insyaAllah.
Posted by muhammad zukhairi at 9:13 AM 1 comments
Friday, January 23, 2009
Workshop on Smart Management : INTEC
Last Minute
Treasure Hunt
Hubungan Kekeluargaan
Perkongsian
Tamat
Posted by muhammad zukhairi at 8:46 AM 2 comments
Wednesday, January 21, 2009
Forum Remaja Soleh Keluarga Bahagia
Seawal jam 8.15, orang ramai sudah datang memenuhi tapak forum. baik yang masih kecil sehinggalah yang sudah berumur. Mana tidaknya, panelis jemputan adalah pasangan suami isteri pendakwah bebas yang "hot". Tentu ramai sudah boleh meneka siapakah panelis jemputan tersebut. Inilah kali pertama saya berada sebaris dengan Ustazah Dato' Siti Bahyah dan Ustaz Wan Akasyah. Gementar pun ada kerana saya pasti ustazah semestinya akan menjual pantun kepada saya. Namun, alhamdulillah, pengalaman yang ditimba sewaktu belajar di universiti banyak membantu saya mengendali sesi forum tersebut.
Lukman Sebagai Pengerusi
Ha!! Bijak juga rakan penganjur, saudara Shahrul Nizam. Beliau memang ambil pakej dari rumah sewa kami. Hehe.. Saya diundang sebagai moderator forum manakala sahabat serumah saya diundang sebagai pengerusi majlis. Lukman juga tidak kurang hebatnya dengan pantun "on the spot" yang dikarangnya sehingga mampu mencuit hati para penonton. Syabas Lukman!!!
Bermula Lewat
Pasangan suami isteri panelis ini tiba lewat daripada yang dijangkakan. Maklumlah, mereka berdua bergegas dari Merlimau, Melaka setelah habis satu sesi forum di sana. Forum pada malam tersebut merupakan forum yang ketiga untuk hari tersebut. MasyaAllah, begitu tinggi pengorbanan mereka berkelana di merata-rata tempat demi berkongsi ilmu. Semasa sesi forum, sempat ustaz Wan mencoret sesuatu di atas kertas nota saya. Coretan itu dalam bahasa arab dan saya terjemahkan di sini. "Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada". Jika tidak silap saya, ini adalah kata-kata Imam Hassan Al-Banna, pengasas kepada gerakan Ikhwan.
Beberapa isi menarik yang dapat dipetik. Antaranya, Ustaz Wan selaku panelis pertama memulakan definisi remaja seperti di bawah:
Namun ciri-ciri yang disebut di atas bukanlah ciri-ciri remaja yang diimpi oleh masyarakat Islam. Sebaliknya ciri-ciri berikutlah yang sepatutnya ada dalam jiwa remaja muslim:
E : Educated
M : Motivated
A : Adventurous
J : Justice
A : Advice
Lewat Malam
Posted by muhammad zukhairi at 8:02 AM 6 comments
Monday, January 19, 2009
Duhai Blog...
Assalamualaikum semua!!!
hehe, hampir sebulan jugak blog ni tak di'update'!! boleh dikatakan hampir setiap hari bekerja saya buka. tapi sekadar menjenguk sahaja. masih kurang kesempatan untuk meng'update'. tapi dah rancang beberapa strategi baru untuk memastikan blog ini boleh juga di'update'. moga-moga berjaya!!! hehe..
dalam masa kurang lebih 3 minggu ni, pelbagai perkara yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan saya di luar sana. perkara-perkara ini termasuklah perjalanan chambering, jemputan menjadi moderator forum remaja, etc. insyaAllah akan dikongsi bersama:)
Tahniah sahabatku, Hayyi!!
ha!! bukan tahniah sbb walimah yer. tahniah atas pelantikan anda sebagai majistret!!! kurang la sorang ahli rumah sewa saya. setakat hari ni kami masih lagi mencari pengganti. ha, saya iklan siap2 la. rumah kami terletak di wangsa maju, berdekatan dgn jusco wangsa maju, berdepan dengan stesen LRT wangsa maju dan depan rumah saya ada pasar malam setiap hari isnin. menarik tak? hehe.. ha, lagi satu, banyak kedai makan juga di sekitar tu. kalauXSEMPAT nak masak, boleh beli jer. saya ulangi, XSEMPAT tau. hehe.. ada sape2 berminat. oh ye, hanya terbuka kepada kaum adam sahaja ye.
kembali kepada hayyi yang kini berada di gua musang sebagai majistret di sana. kadang-kadang kesian jugak sbb rumah kami dah kira agak selesa juga la kami siapkan. tak sempat sebulan je hayyi menetap di rumah. walau apa pun, tahniah atas pelantikan ini. moga dapat menjalankan tugas dengan amanah.
tangguh
erm, setakat ni dulu. keje dah datang dengan banyak:) hehe.. jmpa lagi
Posted by muhammad zukhairi at 8:35 AM 5 comments
Wednesday, December 31, 2008
Palestin : Isu ummah


satu pandangan bernas oleh ustaz hasrizal yang mencadangkan agar kita melakukan usaha kesedaran secara besar-besaran dengan gaya yang betul. target group kita bukan hanya sekadar rakyat dan penganut islam, malah kesedaran ini mesti disemai kepada rakyat amerika sendiri kerana merekalah yang menyumbang dana yang besar kepada amerika melalui bayaran cukai dsb. dana inilah (USD10 juta) digunakan bagi membantu usaha zionis menyerah saudara-saudara kita.Posted by muhammad zukhairi at 9:47 AM 1 comments
Selamat melayari bahtera rumah tangga
Posted by muhammad zukhairi at 9:41 AM 2 comments
Friday, December 26, 2008
Tahun Baru!!!

Posted by muhammad zukhairi at 8:51 AM 1 comments
Wednesday, December 17, 2008
10 hari tidak menjenguk : mengapa??
assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!:)
akhirnya dapat juga melayari internet. masa 10 hari diguna sepenuhnya menguruskan proses temuduga, rumah sewa (hehe), clearance, barang-barang keperluan diri untuk pupillage etc..
temuduga
alhamdulillah saya pergi menghadiri beberapa temuduga untuk pupillage saya. pelbagai cara dan gaya saya alami. ada yang sekadar bertanya soalan, ada yang memberi tugasan menulis surat dan pelbagai lagi. segala-galanya memberi pengalaman yang sangat berharga buat diri saya. ada yang bertanya, kenapa perlu pergi semua temuduga?? jawapannya cukup mudah. creating options for myself :)
rumah sewa
3 hari juga la kami guna untuk membersih rumah sewa kami. alhamdulillah dapat rumah sewa dengan kadar yang berpatutan. rumah bukanla besar pun. satu hari sahaja dah boleh siap. cuma buat kerja sedikit demi sedikit:) jemputla ke rumah (hehe..) dekat dgn jusco tau.
pupillage
alhamdulillah isnin lepas saya mendaftar diri untuk memulakan pupillage saya. hari pertama dan kedua pihak firma menganjurkan kursus induksi untuk kami:)
ha!!! apa yang menarik, di tengah-tengah satu sesi, tiba-tiba penggera kebakaran berbunyi. tetapi penggera tersebut takdela macam di sekolah-sekolah atau universiti. penggera tersebut sama seperti di pusat membeli-belah apabila ada pengumuman ingin dibuat. hehe.. jadinya, kami pun tidak berganjak la sehingga la datang orang memberitahu tentang kebakaran di tingkat atas. fuh..
okla.. sekadar ini sahaja. ada kerja:)
Posted by muhammad zukhairi at 10:48 AM 0 comments
Sunday, December 7, 2008
Salam eidul adha!!!
Posted by muhammad zukhairi at 1:33 PM 1 comments
Saturday, December 6, 2008
Kisah si penjual tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..
p/s : saya peroleh cerita ini daripada emel. menarik untuk dikongsi bersama:)Posted by muhammad zukhairi at 7:58 AM 2 comments










