
"ish, sempat ke? nak solat lagi, nak jemput rakan yang tau jalan ke DQ dsb.."
dipendekkan cerita, setelah bersiap-siap dan solat maghrib, saya bergegas menjemput Shahrul Nizam, lepasan DQ dan Ubaid(junior saya) untuk menemani saya ke DQ. Penat juga sebenarnya. tetapi saya gagahkan diri untuk memenuhi tuntutan penganjur:)

perjalanan mengambil masa kurang lebih satu jam. keadaan saya yang tidak biasa dengan jalan ke DQ serta hujan memaksa saya membawa kereta dengan perlahan. Alhamdulillah saya selamat tiba di DQ walaupun agak terlewat sedikit. itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Darul Quran. saya percaya pemandangan persekitarannya adalah amat menarik. cuma keadaan malam membantutkan hajat saya menikmati keindahan panorama persekitaran.

sememangnya ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Mahasiswa Darul Quran mempunyai karisma dan keunikan yang tersendiri. gementar juga hati saya apabila berdiri di hadapan pelajar-pelajar DQ. bak kata orang, 'bersih-bersih muka orang menghafal Quran ni'. moga-moga al-Quran yang berada dalam dada mampu diguna sebaik mungkin demi masyarakat di luar sana. walau apa pun perasaan saya ketika itu, perkongsian ilmu serta pengalaman yang tidak seberapa ini diteruskan juga. hebat-hebat peserta yang hadir!!!
Fasa 3S
secara umumnya, saya menekankan 3 fasa yang perlu diberi ihtimam oleh para penganjur program iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas. saya merungkaikan serba ringkas modus operandi dalam memikir, melaksana dan menutup program.
SMART management
saya perkenalkan beberapa kerangka penting (pada pandangan saya) dalam pengurusan program. penekanan terhadap Management by Objective saya kupas serba ringkas bagi memastikan program yang dilaksana punyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai. objektif tersebut pula seharusnya mengamalkan prinsip S.M.A.R.T. Prinsip yang saya peroleh daripada encik Amin Idris


alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya sentuh serba ringkas 3 fasa yang disebut awal-awal tadi. respon yang diberi daripada peserta-peserta amat memuaskan. harapan saya moga perkongsian sedikit pengalaman mampu membantu perjalanan organisasi mereka selama sepenggal, insyaAllah. salam kejayaan kepada anda semua!!
1 comments:
wah...baru je smlm ckp kt abusaif nak join team2 training ni berkongsi ngn oranglain. upenye akhi sorg ni dh ke depan ek? wah,bgus2...teruskan2.bukan senang nk bercakap kat depan nih.=)
Post a Comment