Friday, June 20, 2008

Teknik Bijak Belajar di Sepang, 3S

pada 15 Jun yang lalu, saya telah berpeluang untuk berkongsi sedikit teknik bijak belajar kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah kebangsaan labu lanjut, sepang. jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Hariri Daud atas kepercayaan dan peluang yang diberi kepada saya. saya dikhabarkan oleh saudara hariri bahawa pelajar2 sekolah ini merupakan anak2 kampung. malahan pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini amat membimbangkan. saya bulatkan tekad untuk bersama-sama sahabat saya melakukan sesuatu. moga-moga usaha ini dapat menyumbang sesuatu yang baik di sana.

pada kali ini saya mengadaptasi konsep 3S yang diperkenalkan oleh Dr. Tengku Asmadi. 3S tersebut ialah SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN. berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika di sana.








fokus!! perkara penting dalam pembelajaran





belajar umpama main bola!!


malu-malu pulak dia


SASARAN + STRATEGI + SIKAP = KEJAYAAN


bagi mencapai kecemerlangan, perlunya mempunyak SASARAN atau matlamat yang jelas. contohnya ingin mendapat 5A dalam UPSR akan datang. adalah disarankan agar sasaran ini ditulis dan di letakkan di tempat2 yang boleh dilihat di bilik atau di meja belajar. hal ini serba sedikit mampu memberi semangat kepada diri sendiri ketika belajar dan melatih diri meletakkan sasaran yang jelas untuk dikecapi.

walau sasaran sebaik mana pun, tetap tidak berguna sekiranya STRATEGI yang disusun tidak bersesuaian. saya sempat berkongsi 3 teknik kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah ini. antaranya ialah teknik mengambil nota, teknik mengingat serta teknik membuat jadual peribadi.

perkara yang terakhir ditekankan juga tentang SIKAP sesama manusia dan juga Allah. adab tehadap guru-guru, ibu bapa serta rakan-rakan perlu di jaga. yang palng penting adab terhadap Allah. saya juga menyentuh tentenag sikap untuk lebih berdisiplin serta bersemangat untuk belajar menjadi nadi kejayaan.

saya akhiri slot saya dengan membawa kisah benar yang berlaku kepada adik Suhazli yang tiada tangan dan kaki namun masih mampu memperoleh 5A dalam upsr. genius hanya menyumbang 1 peratus terhadap kejayaan. tetapi 99 peratus lagi adalah usaha gigih untuk terus berjaya.

0 comments: