Thursday, June 12, 2008

Yang tua dihormati, yang muda disayangi


situasi pertama: peniaga dan pembeli di pasar malam.
peniaga: bang beli bang. murah je buah-buah ni bang. baru keluar dusun je pagi tadi.
pembeli: berapa ringgit sekilo ni bang?
peniaga: 3 ringgit je bang. manis ni bang. boleh cuba
pembeli: kalau macam tu abang bagi saya 2 kilo buah mangga ni la yer.

situasi kedua: di sebuah kedai makan (pengalaman rakan saya)
pembeli: kak, ambil order ni kak. akak tolong bawakan kami nasi goreng ayam kunyit, air milo tabur, mee ladna dan air bandung. bagi sup jugak yer kak.
peniaga: eh, ape kakak2?? saya muda lagi tau. lagi muda dari awak.

situasi ketiga: perbualan antara rakan2
Ahmad: ler, leceh la nak panggil kakak kat senior2 nih. meluat plak aku.
Ali: alah ko tu, panggil je la. diorang kan lebih berumur daripada ko. aritu masa junior ko panggil nama ko jer, ko merungut pulak cakap dia tak respect ko yang lebih tua la, ape2 la. kalau ko taknak panggil or tunjukkan rasa hormat melalui panggilan, baik ko pun jangan expect yang sama.
ahmad: alamak, kene paku la pulak..

situasi-situasi di atas adalah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan. mungkin jarang bagi sesetengah orang. kadang2 kita merasa leceh nak panggil orang yang lebih senior daripada kita dengan panggilan abang atau kakak. tetapi, jangan kita lupa, ada juga orang yang particular dalam bab ini. semuanya berkaitan dengan komunikasi dua hala dan menimbulkan rasa senang orang lain bersama kita.

sebagai seorang pendakwah mahupun pemimpin, hubungan sesama orang lain amat penting dijaga. mungkin kita pandang remeh akan perkara ini. tetapi adakah rakan kita mempunyai pemikiran yang serupa. sukar sangatkah kita ingin melafazkan pangkat kepada mereka yang lebih berumur daripada kita?? bagus juga kita panggil seseorang itu kakak atau abang. ini menunjukkan kita lebih muda daripada mereka.hehe...

dalam urusan seharian, komunikasi adalah perkara yang amat penting. bayangkan situasi pertama. kenapa peniaga kedai di pasar malam sanggup memanggil pelangganya abang sedangkan kadang-kala kita boleh lihat peniaga tersebut lebih berumur daripada pembeli. inilah dinamakan teknik komunikasi bagi menimbulkan rasa senang pembeli. dalam urusan seharian, mungkin ada orang yang dari riak wajahnya seolah-olah tidak kisah tidak dipanggil sedemikian. tetapi situasi ketiga juga mungkin berlaku. secara tidak langsung kita menimbulkan rasa kurang senang di hati rakan kita. hal ini sedikit sebanyak mencemar hubungan kita dengan rakan2 lain.

mengapa saya tertarik dengan isu ini?? ada yang mengatakan semua ni kerana saya merupakan pelajar lepasan sekolah berasrama. apa yang saya percaya, ini adalah budaya yang telah diterapkan kepada masyarakat kita sejak dahulu lagi. perkara yang sebegitu kecil ini mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian lebih2 lagi dalam hubungan kita sesama manusia. bagi saya panggilan abang or kakak bukan semata-mata kerana kita respect seseorang, tetapi juga sbg acknowledgement terhadap orang tersebut yang lebih berumur. bak kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi:)

bagi seorang pemimpin dan pendakwah khususnya, kita perlu menyesuaikan diri dengan mad'u dan orang2 yang dipimpin. barulah kita boleh membawa mereka mengikuti perjalanan kita mencapai visi dan misi kita:)

2 comments:

Anonymous said...

Saya pun biasa hadapinya...

Ada yang sebaya, bahasa diri kakak, nampak saya muda la pulak :)

Tapi selalunya perempuan la yang selalu sensitif bab-bab panggilan "kakak" ni.

Yang lelaki jarang-jarang...

Betul tak?

muhammad zukhairi said...

betul-betul!!! tapi kadang2 laki pun sensitif bila berlainan jantina. hehe...