hujung minggu yang saya habiskan hanya membelek komputer ayah saya. ceritanya bermula apabila komputer tersebut gagal untuk dihidupkan pada petang jumaat. tekaan saya tentu ada masalah pada 'power supply'. lalu pada keesokan harinya saya menghantar komputer tersebut ke kedai untuk diperiksa. tepat sekali jangkaan saya. sememangnya 'power supply' tersebut telah rosak. apa puncanya???
haha.. jeng, jeng, jeng..semuanya gara-gara cicak yang cuba mendiami ruang 'power supply' tersebut. ntah bila cicak tu masuk dalam 'power supply' pun saya tidak pasti. sedar-sedar cicak tu pun dah mati kene renjatan elektrik. tak pasal-pasal terpaksa la membeli 'power supply' yang baru. harga di sini jauh berbeza jika dibanding dengan kuala lumpur. semestinya harganya jauh lebih mahal. tapi nak buat macam mana..
alhamdulillah, selesai satu masalah.. tapi, bermula maghrib hari yang sama sehingga awal pagi tadi, saya 'mengerah kudrat' saya untuk menyelamatkan komputer ayah saya daripada serangan virus dan juga spyware pulak.. hehe.. pelajar jurusan undang-undang nak baiki komputer?? jangan jadi ibarat si tikus membaiki labu sudahla, bisik hati saya.
semuanya bermula gara-gara anti-virus yang sedia ada sudah tidak boleh di'update' lagi. selama kurang lebih sebulan saya tiada di rumah, komputer ayah saya yang sememangnya sentiasa digunakan untuk melayari internet telah dijangkiti virus dan spyware. saya mencuba mengeluarkan hard disk ayah saya dan disambung pula di komputer saya untuk di'scan' dengan anti-virus komputer saya. memang banyak virus berjaya dibuang. tetapi, masih lagi tidak dapat memulihkan komputer ayah saya seperti sedia kala. mungkin kurang mahir dalam bab2 nih. hehe..
akhirnya, saya pun mengalah dan menghantar komputer tersebut ke kedai. bukan tidak mahu hantar dari awal lagi, cuma disebabkan kedai tutup di hujung minggu dan juga nak cuba elakkan terpaksa mengeluarkan duit lagi semata-mata untuk servis 'scan'. lagipun baru sahaja hari jumaat saya hantar komputer yang sama ke kedai tersebut dan ayah saya membeli 'power supply' yang baru. ish, ish, ish...
sekarang komputer ayah saya ditahan di kedai tersebut. jadi komputer saya pula la yang mengambil tempat di meja komputer dalam perpustakaan di rumah saya. hehe.. seronok juga bila dikenang kembali. kaffarah dosa apa la yang dah saya dapat kali ni. walau apa pun, saya anggap ini sebagai peringatan kepada diri untuk apa2 sahaja.
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
innalillah..kesian si cicak man or woman?hehe..sama la kite. ana punya komputer rosak sbb ade cicak yg telah meninggal dunia didalamnya..kesian..pasti ahli keluarga dia tak tahu dia berada di mana..sedar2, dh matipun...huhu ;p
hehe.. sapa suruh main kat tempat tu. tak pasal2 dah jadi si cicak yang malang.
hehe..teringat plak cpu yang banyak berjasa kat opis src tu..yang tu masih chat seperti sediakala kan? hehe
alhamdulillah, sihat dan masih boleh digunakan lagi cpu tu, 'alyaa. cuma ada la beberapa part yang patah, tercabut etc kesan dijadikan komputer awam dua tahun berturut2 i.e. aikol festival 2006 n src 2006/2007.hehe...
rindu la plak tgk cpu tu...tp dh tukar casing kn? dulu xde la cantik cmtu..balas dendam lps abih src ek?
eh, tak tukar la.cuma dulu cover plastik yang depan tu patah. ni dah gam balik.
Post a Comment