Tuesday, July 1, 2008

Politik : Celoteh Sket!!!

Setelah 10 tahun berlalu peristiwa yang membawa satu anjakan dalam politik negara, kini seolah-olah sudah kelihatan bibit-bibit permulaan peristiwa yang sama. saya bukanlah penyokong setia insan yang disebut anwar ibrahim, namun kehadirannya di arena politik negara sememangnya mencuri tumpuan sebilangan besar rakyat negara ini termasuklah saya. jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah timbalan perdana menteri malaysia sebelum disingkir dari barisan kerajaan atas tuduhan liwat.

pada 10 tahun yang lalu, ketika itu saya masih di menengah rendah, peristiwa yang melanda anwar telah menarik minat saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair. liputan meluas tentang kes liwatnya ketika itu sudah cukup untuk menimbulkan fenomena baru. di mana-mana sahaja orang berbicara tentang anwar. ketika itu jugalah bermulanya era reformasi secara aktif. demonstrasi jalan menjadi pilihan untuk meluah rasa setelah ruang dan peluang untuk berdiskusi agak tertutup. ketika ini jugalah negara menyaksikan buat kesekian kalinya segala macam akta drakonian diguna atas alasan keselamatan negara (auku, isa etc).

maka, anwar telah ditahan dan dipenjarakan. beliau bukan sahaja dipenjarakan tetapi telah mendapat layanan yang cukup 'istimewa. keadaan kesihatan beliau juga bertambah teruk dari hari ke hari. di belakangnya, ramai pejuang reformasi ditahan tanpa bicara di kem tahanan kemunting bawah ISA. mereka ditahan tanpa diberi hak sewajarnya untuk membela diri dan ditahan seberapa lama yang boleh.

rentetan peristiwa tersebut, maka pada pilihanraya 1999, satu tsunami politik melanda. kerajaan kehilangan banyak kerusi baik di parlimen mahupn di dun. malah terengganu juga telah jatuh ke tangan parti pas.

kini, setelah 10 tahun berlalu dan anwar dibebaskan daripada pertuduhan liwat, serta keraguan melampau terhadap proses dan intergriti kehakiman ketika perbicaraan beliau, sekali lagi anwar dituduh melakukan perkara yang sama kepada seorang anak muda. apakah ini satu permainan politik? atau adakah kebenarannya? saya tidak mempunyai jawapan.

perlu diingat, tuduhan zina ini dipandang berat oleh undang-undang syariah. perlu dibawa saksi yang adil. adil ini ada ciri-ciri dan syarat yang sungguh ketat. bukan semua orang boleh mendapat taraf adil. jika ini suatu fitnah, maka laknat Allah ke atas pemfitnah. jika ini mainan politik daripada pihak tertentu baik musuh anwar mahupun pihak anwar sendiri, ingatlah suatu hari nanti pasti akan dibuka kebenarannya.


cuma apa yang saya yakin, keadilan perlu ditegakkan. jika ini satu lagi mainan politik, biarpun mungkin boleh berjaya, namun lambat-laun kebenaran akan terserlah. perlu diingat, kebenaran tanpa keteraturan organisasi/perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. kini saya ternanti-nanti apakah respon masyarakat terhadap isu ini.bilakah anwar akan ditangkap? adakah sekali lagi demonstrasi jalanan berlaku? adakah mahasiswa turut berperanan dalam isu ini? semuanya mungkin terjawab nanti...

pautan lain:
who is saiful bukhari?? http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/
musang berbulu ayam? [link]

1 comments:

Anonymous said...

Power wrestling,who is the biggest loser?

"Inflation is roaring, consumer confidence cratering, world economies cooling, commodities skyrocketing, currencies weakening, equities on the bleeding edge and business turning cautious.

Meanwhile, sodomy/sexual allegation are being hurled all over the place.
............ It describes what happened in 1998."
-BIZWEEK,SATURDAY JULY 5,2008-